Rabu, 30 Mac 2011

Program Tranformasi Kerajaan (GTP)

Posted by Emmymazli at 12:06 PG
27 Mac 2011 - Stadium Putra Bukit Jalil

Perasan tak... lately ni aku asyik buat cerita back dated... hehehhe..  Serius!! Aku ketiadaan masa nak menulis.  Harap nak menulis di blog ni time masa petang di pejabat atau masa terluang di rumah pada waktu malam jer la.  Kalau hubby ada ni confirm dia bising sebab asyik layan komputer je. Huhuhuhu.!!!


Oklah.  Back to the story yang bertajuk di atas.  Last Sunday aku telah ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menghadiri Program Tranformasi Kerajaan (GTP) bersama hubby yang kebetulan juga menerima arahan untuk hadir oleh Pengarah  beliau.   Sebenarnya, aku menerima arahan dari pegawai di Jabatan Biokeselamatan pada jam 5.45 petang dari email mengenai program ni.  Mula-mula dapat information tu, rasa hati macam nak pergi tapi bila mengenangkan masa tu, terus tak jadi.  But akhirnya aku disenaraikan pulak.  Sib baik aku balik lambat skit.  Sempat la baca email pasal kena program GTP ni.  Mula-mula ingat nak ponteng je.... but pegawai aku tu cakap attendance kami akan di ambil, terpaksa la datang juga. 

Haishh.... actually pada hari Ahad tu, aku dan hubby amat kepenatan kerana pada hari Sabtu dan Ahad tersebut kami  berada di kampung Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu hubby dan kebetulan kami juga ditugaskan menjadi photographer untuk mempelai tersebut.  Bayangkan, setelah selesai sahaja kerja dalam jam 3.45 ptg kami terus balik ke Putrajaya untuk menjalankan tugas yang di arahkan.  Rushing betul!!! Kena lak jam kat highway.... adehhh.... tension!! Nasib baik my hubby tau ikut jalan dalam, so terlepas la dari jam yang panjang tu.  Sempat aku dapat selelap dua dalam kereta... ngantuk dan kepenatan beb.  Sepatutnya, kami kena ada kat stadium jam 6.00 petang.  But disebabkan kami dah lambat sampai dari Melaka, akhirnya jam 7 jugak kami baru sampai kat stadium tu dengan menaiki motor.  Alamklum lee... nak post anak kat umah adik lagi. Heheheh.... Lagipun program baru nak start... so takder la hal... Heheheh...

Sampai kat sana je.. terus cari Mazwan dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Sign attendance bersekali dengan hubby aku yang wakil dari JUPEM under NRE.  Tengok geng-geng JBK ramai yang hadir melalui sign attendance tu.  Pasukan NRE yang lain ntah mana ntah.   Datang ke tak... tak tau lah.  Yang penting wakil JBK ada ekk!!!

Masa kat sana, takde apa yang menarik sangat tapi bila disebabkan kena hadir, maka kena la bersabar.  Sambil melayan program tu... layan jugak la tengok artis.  Tapi aku tak leh lama.  Tepat jam 9.50 jer aku keluar dan time tu Reshmonu lak tengah nyanyi.  Tak kuase le nak tunggu lama-lama.  Ingat nak tunggu Siti Nurhaliza tapi mesti dia persembahan yang terakhir!! Tension beb.

Sampai jer luar, bleh lak terserempak ngan budak-budak JBK.  Hah selamat!!! Kena amik gambar ni sebagai bukti wakil dari JBK ada ye.  Mana lah tau kot-kot KSU nak tengok attendance lak kan.  Sekurang-kurangnya kami selamat.   Heheheh..

Oklah... maka sekian saja story pasal GTP for today.... enjoy the pic ye.. ^_^

hubby aku possing dengan wajah boring masa
 persembahan kat dalam stadium
 
possing kat luar

aku pun nak jugak possing... heheheh
 
possing bersama staff JBK yang datang GTP ni



saja pose kat depan banner tu... bukti kehadiran aku
 kat Stadium Putra Bukit Jalil tu... heheheheheh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...