Coklat yang aku buat.... cantik tak??? |
Hai semua…. Kali ni, Emmy nak citer pasal aktiviti emmy minggu lepas. Kali ni, aku telah menganjurkan 1 bengkel under PUSPANITA Ibu Pejabat NRE yang sememangnya telah lama ditunggu oleh wanita-wanita kat NRE ni iaitu Bengkel Asas Membuat Coklat.
Lama jugak aku nak meriki dengan siapa orang yang sudi nak mengajar untuk PUSPANITA dengan harga yang murah ni. Almaklum la…. Biasanya orang meniaga ni nak keuntungan dan nak bisnes cara mudah dengan hanya buat kelas di rumah. Sebab tu payah sikit aku nak cari orang yang sanggup mengajar. Kebetulan aku terjumpa blog Akak Arah ni, dan aku tengok design coklat dia menarik sungguh especially chocolate box dia. Then aku pun try la call. Setelah berborak lama, akhirnya Akak Arah setuju untuk mengajar. Lagipun Kak Arah cakap, dia memang teringin untuk membuat kelas di Jabatan-jabatan kerajaan ni tapi belum berkesempatan lagi sebab takder orang offer kat dia. So, Alhamdulillah, aku telah membuka jalan buat dia untuk mengajar di dalam PUSPANITA dan pada masa yang sama kami pun dapat belajar... bestnyeeee!!!
Cerita pasal kelas, dari 30 orang yang bagi nama kat aku untuk hadir, hanya 25 orang sahaja yang hadir. Apapun, aku happy sebab semua orang merasa untuk belajar dan merasa sendiri macam mana nak mewarna dan membuat coklat tu. Masa yang diberikan mmg tak lama. Almaklumla, Kak Arah nak demo jer dah makan masa, nak cuba buat sendiri lagi, then nak bekukan coklat lagi. Nasib baik ada jugak peti ais kat dalam bilik aku tu. Boleh juga mencepatkan proses menyejuk coklat tu. Memang makan masa skit la. But overall, semua orang merasa la membuat coklat dan makan coklat!! Itu yang penting…..
Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Kak Arah kerana sudi mengajar untuk bengkel yang aku anjurkan itu. Hopefully lepas ni, ada la kengkawan dari pelbagai Jabatan kerajaan yang baca blog aku ni boleh minta Kak Arah ni mengajar. Good luck Kak Arah!!
Korang tau tak…. Punya la tak sabar nak tunjuk kat my mom coklat hasil tangan anak dia ni masa balik kampung Jumaat lepas but rasa frust betul tau! Boleh lak coklat tu tertinggal kat umah… sabo jer la…. Whateverpun…. Korang leh tgk hasil coklat yang aku buat bersama partner aku sorang lagi tu iaitu Cik Intan. Malang sekali Cik Intan balik awal, so dia serahkan coklat tu semua kat aku. Heheheheh…. Dan di tambah pula coklat yg didemo oleh Kak Arah tu… makin bertambah lak koleksi coklat aku… heheheheh… best2… Maka.. dengan itu jugalah, badan aku akan menambah lemak-lemak dan kolestrol. Hahahahah!!!
1 comments:
bengkel cupcakes.. coklat... apa lagi..aku rasa lepas korang pencen agaknya dorang nak suruh korang buat bisnes buat cupcakes ke..buat coklat ke...
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!