Selasa, 22 Mac 2011

Layan Cuti Sekolah Bersama Anak-anak di Permaisuri Resort, Port Dickson

Posted by Emmymazli at 4:08 PTG
18-20 Mac 2011 - Permaisuri Resort Port Dickson

Cuti sekolah yg lepas, aku n family telah ke Port Dickson untuk sesi bermandi manda… sebenarnya program ke PD ni nak menggantikan program yg sepatutnya ke Kelantan untuk majlis perkahwinan sepupu husband aku. Tapi trip ke Kelantan terpaksa dibatalkan kerana keadaan kereta aku yg tak berapa nak stabil…. Takut kang jalan jauh-jauh breakdown plak… pempahan jer lee…. kereta lama…

Aku bertolak ke PD pada Jumaat tenghari tu…. sepatutnya, hari Jumaat tu aku cuti tetapi aku dtg ke pejabat juga sbb telibat dgn Mesy. Terhimpun PUSPANITA NRE. Lepas habis meeting tu baru terus bertolak ke PD. Sepatutnya program ke PD ni menjadi program bersama family lain, tetapi memandangkan family lain pun kesibukan, maka dgn itu, hanya aku sefamily jer pergi. For info, bilik hotel yg kami menginap tu telah dibeli melalui program MATTA FAIR dgn harga yg murah…. Kebetulan program ke Kelantan tu tak jadi… so husband aku menggunakan la peluang guna baucer yg dibeli semasa MATTA FAIR untuk mengisi cuti skolah anak-anak aku….

Petang Jumaat tu, aktiviti pertama aku ialah melawat sahabat lama semasa di Sek. Menengah Vokasional Port Dickson si Hasrunnafi atau lebih glemer dgn panggilan Adek di Akademi Imegresen, Port Dickson. Cadangannya, jumpa Adek tu sbnrnya nak melawat kawasan akademi tu untuk buat reunion. Mmg not bad la tempat dia… Alhamdulillah, ptg tu si adek belanje kami sefamily di kedai makan yg isteri dia buka di Akademi tu… kemudian malam tu aku n family jalan2 area Teluk Kemang sambil mencari pelampung yg anak2 aku dok loghat mengecek dari petang tu… sabo jer le….

Sabtu tu, semasa di Permaisuri Resort, untuk anak-anak aku, tiada yg paling best melainkan mandi kat kolam renang tu. Tp aku ngan hubby lak keboringan…. Ingat nak main jet ski tp takder lak… sib baik ada ATV bike tu… boleh la aku testing… mcm naik motor cross beb!! Aku n hubby lenjan cukup2 la sampai tercabut rantai motor tu… hahahahha.. mesti bengang mamat yg sewa ATV bike tu…. huhuhu… nasib ko lee…. tgh tu… bila dah penat main motor .. anak2 aku lak dah mandi kemain lama.. mestila perut lapor kan… apa lagik… layan kari kepala ikan kat pekan PD… perghhh!!! Terangkat beb!!... licin!! Elok lepas makan je ngantuk…. Hehehehhe….


Mesra bersama hubby masa mula2 naik ATV Bike ni

Bergaya la tu kunun... h ehehhe


Aku pun nak possing dgn ATV Bike ni... heheheh

Layan Kari Kepala Ikan kat Pekan Port Dickson

Hanum yg tgh ngantuk melihat lauk... hahahahha

Petang tu… aku n suami layan bijik mata.. anak2 aku layan mandi lagik… jgn ingat aku saja lepaskan anak2 aku sesuka hati mandi kat situ yee… tp aku rasa selamat sbb kat hotel tu, kolam renang tu punya guard mmg garang n strict giler… asal budak masuk kolam renang besar jer dia berbunyi…. So anak2 aku selamat di kolam renang yg takat pinggang diorang jer lee… hehehehhe… diorang suka mandi kat situ sbb ada water slide… pastu kawan ramai… sakan laa…. Dalam pukul 6.00 petang baru ada mak sedara dan cousin aku dari Seremban datang menyinggah bawa anak-anak dan anak buah yang lain mandi manda kat situ n lepak sesama…. As usual, bibik aku bik nyah joint tido skali kat bilik tu… baru happening… tak la aku bosan sgt… bila dah ramai baru syok nak wat program apa2… tol tak??? Petang tu aku n hubby serta cousin aku dan anaknye naik boat round area Blue Lagoon…. Best betul… bukan apa… area Blue Lagoon tu mmg rileks jer berbanding di area Teluk Kemang….

Kunun2 boleh bawak boat la tu... hehheeh

With hubby, Safuan, Abg Eddie n Adlina


Sesi mandi kolam

Malam tu… aku n family yg ada makan malam di Eagle Ranch PD. Actually, cousin aku bekerja di situ as a Chef… kebetulan lak anak dia pun joint ada dgn kami n kebetulan juga haritu birthday dia.. so kami dinner sambil celebrate birthday Suraya la…. Mmg best malam tu…. lepas makan… cousin n anak2 buah aku balik Seremban.. tinggal Bik Nyah n family jer yg stay dgn aku kat hotel tu….

Esoknya Ahad… lepas breakfast… aktiviti pertama aku adalah mandi laut…. Rindu woo… saja takmo mandi dulu walaupun sampai awal… takut celeng… hehehhehe…. Terasa puas betul mandi laut…. Pastu, aku n suami belanja bibik aku n family naik banana boat…. Hehehhe…. Mengelenjit la semua… hahahha… as usual lepas semua settle… tgh tu baru check out….

Alhamdulillah… selepas semua selesai… masing-masing balik dgn kepenatan terutamanya anak2 aku… mandi kolam lelama sampai hitam melengit… dah tak comel dah!!

Sekian sahaja story pasal cuti skolah anak-anak aku ni… hehehheh

Dinner at Eagle Ranch

Celebrate birthday Suraya... yg baju putih Abg Mie yg berkerja di Eagle Ranch tu...







Bergambar dengan semua yang ada

Mandi laut

Testing dulu banana boat

Layan Banana Boat

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...