Isnin, 4 Januari 2016

Melawat Sahabat SMVPD Sakit Kanser Tulang

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:26 PTG
Reactions: 
4 Januari 2016 - HUKM

Salam semua....

Harini nak update kisah sahabat aku di zaman persekolahan di SMV Port Dickson.  Sahabat aku ni namanya Syuhaimirizal atau nama panggilannya Amy.  Beliau adalah antara kawan-kawan yang agak rapat dengan aku atas faktor sama-sama dalam badan beruniform dan persatuan di sekolah walau kami bukanlah rakan sekelas.  

Nak dijadikan cerita, semalam aku terbaca dalam FB seorang sahabat ni mengatakan Amy ni tidak sihat.  Dengarnya tenat juga la... So... atas dasar prihatin... aku pun carilah maklumat ni tentang Amy... disamping tu, tak lupa juga aku maklumkan dalam group whatsapp group sekolah yang Amy tak sihat.  Jika ada antara sahabat-sahabat yang hendak melawat bolehlah ke HUKM.

Memandangkan harini adalah hari pertama persekolahan dan aku serta hubby juga ambil cuti, maka aku teruskan niat aku untuk melawat Amy kat HUKM waktu melawat tengahari.  Kebetulan anak-anak aku pula balik lewat. Jadi tak menjadi masalah pada aku  nak datang melawat Amy.  Bolehlah hubby aku temankan ke HUKM

Sebaik sampai di HUKM, aku sempat  maklumkan kepada whatsapp group sekolah yang aku berada di HUKM dan akan update apa-apa maklumat tentang Amy bila dah  berjumpa nanti.  Tapi tak sangka pula salah seorang sahabat rapat Amy, Mashrifa yang sama-sama baik dengan aku juga turut ada.  Kami berjumpa di wad ICU dan sama-sama masuk melawat Amy memandangkan waktu melawat hanya dibenarkan  untuk masuk melihat pesakit hanya 2 orang sahaja.  Terpaksalah hubby aku tunggu di luar... dia beralah kerana yang sakit tu sahabat aku katanya...

Masuk jer wad ICU dan melihat keadaan Amy... rasa sayu sangat hati.  Kesian sangat....  Aku baru tahu yang sebenarnya Amy disahkan Kanser Tulang Tahap 4.  Sebelum masuk ke dalam wad, sempat Mash ceritakan pada aku tentang kesihatan Amy dan punca sakit dia semakin teruk.  Entah kenapa... semua kenangan suka duka kami  bertiga masa zaman persekolahan bermain dalam kepala.  Teringat kami ketawa bagai nak rak... join Pengakap... gi makan ais krim kat kantin... gi  camping sama-sama... Pandang muka Amy... rasa syukur dia masih sedar walau banyak ubat yang masuk kat dalam badan dia.  Pandangan mata dia agak kabur... mata dia hilang balance.... tapi bila aku tanya pada Amy adakah dia kenal aku... Alhamdulillah dia masih mengenali aku dan Mash.  Bila terpandang mesin ubat Amy yang berselirat kat tangan Amy... teringat masa Amy terkena kapak/gergaji masa kami menyertai Jambori Pengakap dan akulah jadi jururawat yang dilantik oleh Pengakap sekolah.  Walau ilmu merawat tu ada... masalah utama aku adalah darah.... aiyooo... tengok darah kat tangan Amy... punyalah ngeri... tapi Amy masih boleh tersenyum nak tunggu aku rawat dia.  Setiap kali aku nak letakkan ubat... dia akan buat-buat muka acah-acah yang sakit bebenau.  Lepas tu dia dan Mash akan ketawa terbahak-terbahak bila tengok muka aku yang penakut nak ubatkan orang.  Hmmmmm... masa aku bagitau Mash pasal kisah ni di depan Amy... tak sangka pula dia ketawa kecil.  Sempat pula dia angkat tangan dia yang bercucuk wayar ubat untuk tunjuk kesan atau bekas luka yang jadi topik cerita kami tadi.  Masih ada parut tu rupanya.  Huhuhuh.... Aku dan Mash hanya mampu berpandangan.  Masih segar kisah itu di antara kami.  
Gambar curi Amy dalam wad ICU
* untuk makluman, wad ICU tak boleh snap gambar yer... tapi aku degil... jangan ikut kedegilan aku...
Sempat lagi kami bercerita sambil tanya apa yang patut pada Amy walaupun aku tau jawapan yang dia berikan sepatah demi sepatah.  Sekurang-kurangnya... aku hendak melihat reaksi positif pada Amy.  Dan yang paling penting.... Amy beberapa kali juga tertawa kecil bila dengar seloroh aku dan Mash walau dia tertawa dalam kepayahan.  Namun, aku dan Mash puas hati... nampak Amy happy kami melawat dia.  Sempat aku berikan harapan...."Amy... ko kena kuat tau... kau kena baik cepat.... nanti kita gathering kat umah aku macam dulu.... tak ramai pon takpe.... kita bertiga dan keluarga kita pon ok... kita buat masak-masak cam aku baru kawen dulu ekk My... Ko kena baik tau My..." Amy mengnganguk dalam terpaksa.  Aku tahu Amy tabah.  Amy cekal nak lawan sakit dia.  

Keluar dari wad... aku tahan air mata.... tak mau tunjuk kat siapa-siapa yang aku lemah dan mudah tersentuh hati.  Mula-mula ingat nak ajak hubby dan Mash gi makan kat cafe hospital... tapi Mash minta tunggu pula sebab 2 orang lagi rakan sekolah kami si Rashdan dan Jafri @ Jep nak datang melawat tapi tak mahu kecoh-kecoh.  Hmmm... elok sangatlah tu... Macam reunion geng Pengakap pula kat hospital pula... masa zaman Pengakap sekolah... Rashdan adalah Pengerusi dan Jep adalah salah seorang ahli aktif juga.  Macam aku... tak terperanjat pon bila jumpa 2 orang hamba Allah ni sebab selalu juga berjumpa. Even husband aku pon naik kenal ngan diorang ni.  Tapi Mash nak sangat jumpa... dari zaman sekolah tahun 1996 last diorang jumpa...
Dari kiri:  Jep, Mash, Emmy dah Rashdan
Akhirnya bertembung jua kami 4 sekawan ni depan wad ICU... Mash nampak happy... katenya Jep dah macam Afdlin Shauki... si Rashdan dan makin mantap... hahaha... apa-apa pon bagi peluang pada Rashdan dan Jep jumpa Amy dulu sebelum bersambung gurau senda... kemudian tu kalau nak makan ke... nak ngeteh ke... terpulanglah... Dalam 15-20 minit juga menunggu.... bila Rashdan dan Jep keluar jer wad terus kami berlima ke cafe hospital untuk makan tengahari... dah tak boleh tahan lapo sebenarnya masing-masing... heheheh...

Selesai makan dan berborak.... masing-masing tak boleh tunggu lama untuk berborak lebih panjang.  Aku sendiri nak urus ambil anak dari sekolah.  

Apa pon... kawan-kawan yang membaca blog aku  nih... please doakan kesihatan sahabat aku Amy ni.  Hiba bila mengenang nasib kawan-kawan yang macam ni.  Tahun lepas... teman sekelas aku meninggal kerana kanser tahap 4 juga.  Kalini sahabat yang ini pula.... Please yer kengkawan.... Moga doa kalian didengari dan dimakbulkanNya.  Aminn...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...