Selasa, 19 Januari 2016

Jual Barangan Kraftangan Malaysia

Posted by Emmymazli at 12:42 PTG
Assalamualaikum semua...

Harini just nak share aktiviti aku semalam menjual barang-barang kraftangan kedai arwah mak mertua aku  yang ditinggalkan di rumah.  Aku jual murah-murah jer.  Bukan sebab nak duit sangat tapi disebabkan tak mahu barang rosak macam tu jer... baik aku jual pada yang berkehendak...

Barang-barang yang ada ialah tudung saji, tikar lipat saprah mengkuang, tikar mengkuang,  set tampi, bakul basuh beras, bakul bawang 3 tingkat.  Alhamdulillah... aku just post dekat 2 group whats app jer lewat malam ahad tu iaitu group mak-mak koryo taekwondo dan group ibu-ibu taman perumahan aku.  And tak sangka sold out dah semalam.  Syukur!!!  

Yang bestnya... ada yang bertanya kot ada lagi stok tikar mengkuang la... stok tudung saji laa... hmmmm... aku memang sangat tak berani janji sebab masih tak tengok lagi barang kedai mak yang dikeluarkan oleh sepupu husband tempoh hari.  Kalau stok ada baru boleh citer.  Yang ada ni memand stok kat rumah.

Apa pon... tak sangka pula yang barang-barang kraftangan tradisional masih lagi orang minat... Guys... pleaselah sokong kraftangan Malaysia... hehehhe....






4 comments:

Unknown on 15 Mei 2016 pada 8:16 PTG berkata...

Saya nak beli. Ada lagi barang?

Unknown on 15 Mei 2016 pada 8:17 PTG berkata...

Whatsapp ye. 0129778169

Unknown on 4 Ogos 2017 pada 9:39 PG berkata...

Ada lagi x?

Unknown on 26 November 2017 pada 5:16 PTG berkata...

Ada lg x? Tikar bulat 2?

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...