Selasa, 13 Januari 2015

Koryo Sepang / Geng 69 Outing Day

Posted by Emmymazli at 2:04 PTG
10 Januari 2015 - Pantai Bagan Lalang, Sepang

Salam semua...

Today nak update kisah Sabtu lepas... kalini program berpicnic bersama family Koryo Sepang/ Geng 69. Bagi aku sekeluarga.... ini merupakan picnic kedua dalam masa tak sampai sebulan.  Dah la pergi tempat yang sama untuk berpicnic lak tu... heheheh... Apa-apa jer laa... yang penting... tak jauh dari semua geng yang ada.  Kalau boleh tak mau la menyusahkan.  

Picnic kalini lebih meriah dari yang aku pergi sebelum ini bersama-sama kawan-kawan sekolah baru-baru ni.  Sebabnya... kalini lebih ramai family yang join. Kalau ikutkan.... ada 15 family yang ada dalam list geng 69 tapi at least  ada 7 family yang dapat luangkan masa bersama keluarga untuk join picnic ni.  Congrats Geng 69 yang datang!
Perancangan nak berpicnic ni simple jer... taklah beria sangat... tapi bila dah dibahagi-bahagi tugas... semuanya rasa ringan pula.  Sebenarnya... perancangan nak berpicnic ni dah lama tapi disebabkan masing-masing ade jer halnya.... jadi asik lah tertangguh.  Pemutusnya... bila diumumkan yang tarikh naik sekolah ditangguhkan kepada 11 dan 12 Januari 2015 ikut negeri... maka kami terus plan dalam masa tak sampai seminggu.  Bukan apa... ni jer lah masa yang parents dan anak-anak ada kalau nak berkumpul... kalau tak, mau payah juga. Tapi seperti biasalahhh... pasti kami tak dapat berkumpul semua.... Walau macam manapun... aku ni hanya mampu membantu dengan mengumpul rakan-rakan dan merancang skit-skit serta mengumpulkan dana untuk beli makanan dan bahagi-bahagi tugas untuk potluck apa-apa yang perlu.  Tiada paksaan dalam nak bawa apa-apa.  Jika berkemampuan... bawa jer apa-apa.  Alhamdulillah juga laa... rezeki murah pada hari itu.  
Geng 69 a.k.a mak-mak Koryo Sepang bukan main lagi happy bila dah berkumpul.  Bergambar saje... heheheh... terima kasih pada Kak Selina yang menaja kek untuk geng kita.  Macam sambut mothers day bila dah potong kek pon nak kena bergaya sakan... hahahahaha...
Apa pon.... picnic kalini anak-anak la yang paling seronok... bukan takat mandi dari pagi hingga ke petang... malah dapat explore menda baru.  Bila air surut, anak-anak follow Abang Majid (ayah Ammar dan Amru) pergi menjala ikan.  Almaklumlaaa.... yang ada ni semua anak-anak orang bandar... maka jakun terlebih bila dapat ikut dan tengok sendiri orang menjala ikan. Nampak diorang seronok habis.  Aku yang mak-mak orang pergi mengekor pon seronok apatah lagi budak-budak.  Lebih seronok tengok budak-budak ni mengejar bila Abang Majid dah tebarkan jala.... kununnya nak kutip ikan... heheheh... tengok jer la aksi budak-budak dalam gambar ni.... 
Seperti aku katakan tadi... makanan yang dihidangkan serta yang dipotluckan bukan main meriah.  Masing-masing ada membawa bahagian masing-masing.  Hubby aku adalah antara yang paling rajin... dari mula sampai ke sudah dia la yang paling rajin membakar ayam dan ikan bbq serta memasak mana-mana makanan yang ada.  Tau-tau jer dah siap untuk dimakan.... And alhamdulillah... walau nampak macam banyak makanannya tetapi tidak ada yang membazir sehinggalah waktu kami balik... makanan sempat dihabiskan oleh anak-anak.  Almaklumlahhh... bila dah mandi ngan jumpa kengkawan, masing-masing tak ingat lapar.  Tapi bila  badan dah bersih.. baru ingat lapar.  Yang geram tu... time kita nak balik barulah diorang nak makan... sabo jer laaa.... 
Penyudahnya.... dah masuk waktu maghrib juga kami balik ke rumah.... ada juga family yang balik lebih awal kerana dah ada perancangan terdahulu.  Tapi akulah paling boring dengan Kak Ina. Mana tak nya....  dah la dari pagi kami dah tercongok kat situ.... penattttt....

Apa pon... aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sama-sama menjayakan picnic ni... Ada rezeki insyaallah dapat berkumpul lagi.

Enjoy jer la pic-pic kami yer.... Tataaa dulu!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...