Isnin, 12 Januari 2015

Hari Pertama Persekolahan 2015

Posted by Emmymazli at 10:01 PTG
Assalamua'laikum semua!!!

Hmmm... baru sempat aku nak update pasal sesi persekolahan anak-anak untuk tahun 2015.  Harini... bila buka FB jer... bersusun kawan-kawan update cerita tentang anak-anak happy nak pergi sekolah..... tapi aku tengok mak ayah lagi excited dari anak... heheheh...

Anyway... aku tak ketinggalan juga menguruskan anak-anak masuk ke sekolah dihari pertama. Anak-anak aku bukannya budak kecik lagi sampai nak teman-teman pergi sekolah. Tapi aku nyer style... first day school jer memang kami akan cuti untuk datang ke sekolah dengan mendengar taklimat dari guru semasa pembukaan sekolah. Harini.... aku dan suami berpecah uruskan anak-anak. Hubby uruskan Kimie dan aku uruskan Hanum. Hanumkan masuk tingkatan 1... so maybe ada perkara yang penting perlu aku dengar.  Macam Kimie pula harini hubby kata lepas perhimpunan jer terus murid-murid masuk kelas kecuali pelajar darjah 1 dan murid baru berpindah.
Kiranya... awal jugalah dan agak lama aku tercanguk kat sekolah tadi... nasib baiklah kantin sekolah rendah dan menengah tu sebelah-sebelah jer... ada pula jalan nak masuk mana-mana kantin. Hubby dah melepak kat kantin sekolah rendah bersama member-member taman perumahan kami. Aku ni nasib ada 2--3 suri dari taman aku juga yang boleh di ajak berborak sambil breakfast. Tapi bila semua dah balik.. sekali lagi aku tercanguk.  Pemutusnya aku and hubby terus ke Majlis Perbandaran Sepang untuk rujuk beberapa perkara mengenai taman perumahan kami sementara nak menunggu waktu persekolah tamat...

Jam 1.15 tengahari kami dah tercongok depan sekolah. Lama nau rasa menunggunya... Kimie balik 1.30 tengahari  dan Hanum jam 1.50 tengahari. Erkkkk... lemau jap tengah-tengah panas ni.... apa pon... dah selamat uruskan persekolahan hari pertama anak-anak untuk sesi 2015... legaaaa.... 
Moga jadi anak-anak yang berguna anak-anakku... belajar rajin-rajin. Luv yaaa...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...