1
Februari 2015 – Shah Alam Convention Centre
Salam
semua…
Alhamdulillah… baru rasa semangat skit lepas dapat rehat secukupnya. So… today nak update pasal larian aku dan
anak-anak kelmarin….. huwaa… tegang segala urat-urat hakak… almaklumlah… dah
tua-tua baru nak masuk larian… kecik-kecik dulu tak mau masuk… hehehehhe...
Nama
larian ni adalah seperti tajuk aku di atas… agak-agak korang la… apasal tajuk
tu 2014 ekk? Bukan 2015… Anyway…. sepatutnya acara ni berlangsung bulan Disember tahun lepas tetapi tapi disebabkan
berlakunya bencana terbesar yang melanda negara kita di beberapa buah negeri, so
mereka pun terpaksa tangguhkan dulu bagi menghormati mangsa-mangsa bencana. Kena la pahamkan…. orang tengah sedih, suasana pun muram takkanlah
nak buat acara yang happy-happy.
Okay…
larian kalini yuran penyertaan dia tak mahal ok… Hanya RM10 sorang dan larian hanya 5km jer… adoiii…
berbaloi dengan apa yang kita dapat… baju dapat…. medal dan sijil juga
dapat. Kalau menang lagi mantap.... Difahamkan… penyertaan larian ni
sebanyak 2000++ orang. Humang aihhhh…. Memang
agak sesak… tapi pasrah jer laaa….
Seawal
6.15 pagi aku dah terpacak kat lokasi… sebelum larian bermula…. Kami bersenam ala-ala
Zumba or senam robik… bagi panas badan skit yer… Dah panas badan baru kami ke
garisan permulaan larian….
Ohhh…
lupa nak bagitau… anak dara aku ni ngajak kawannya join lari sama. Namanya Wazlin. Boleh teman Hanum katanya…. Si Kimie boleh
geng dengan aku. So kami berempatlah
ni. Hubby aku walau di ajak memang tak
nak der nyer dia join lari. Berat bontot
katanya… geram hakak hokeyyyy!!!
Kalau nak tau...sempat lagi hakak ni berpossing berlatar belakangkan Masjid Besar Shah Alam yang santekk tu masa tengah jalankan larian... heheheh... Alaaa.. masa tu bukan lari beria pon... lari dan jalan... lari dan jalan. Kalau lari jer terus mau semput hakak. Tapi bolehlah untuk dijadikan larian ni sebagai aktiviti sihat bersama anak-anak. Kalau tak terus menembam jer....
Hmmmm... dah penat lari... di garisan penamat masing-masing dapat medal dan sijil. Of course anak-anak aku lebih awal sampai. Heeee... mamanya tertinggal kat belakang. Sabo jer la.... Tapi anak bujang aku memang terbaik... dia tunggu mama dia di garisan penamat. Hanum dah tentu ngan kawan dia tu kat somewhere else.... Anyway.... sampai jer garisan penamat.... menda lain aku tak fikir lagi dah... tau nak air jer.... haus weh... Nasib baik penaja baik punya... Milo dan 100Plus. Minum la sampai kembung!
Sambil-sambil rehat nak tunggu majlis cabutan bertuah... mana la tau kami ni dapatkan... sempatlah berzumba. Akulah yang paling ligat... Kikikikikkk... poyooo....
Apa pon.... apa yang aku nak share ialah... memang rezeki kami haritu amat baik. Dalam 3 orang dari kami sekeluarga yang lari tu... 2 dari kami dapat hadiah cabutan bertuah iaitu aku dan Hanum.... Walau setakat hamper... tapi rasa teruja giler kot. Kalau korang tengok gambo kat bawah ni.... yang besau tu Hanum dapat and yang kecik dan Kimie pegang tu aku dapat. Tapi as usual.... Kimie akan cemburu kalau dia tak dapat.. maka kenalah mengalah. But yang aku stress masa tengah panas-panas ni... boleh lak anak-anak aku ni berebut hamper besar kat kaunter urusetia.... tension jap aku... haiyaaaakkk!!!!
Hmmm... segala yang dihajati dah dapat. Alhamdulillah... rasa berbaloi giler... bayar RM10 dapat macam-macam. Hopefully tahun depan Kerajaan Negeri Selangor buat lagi... Boleh la aku join lagi... Heheheheh...Oklahhhh... Babaiiii
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!