Khamis, 27 November 2014

Majlis Graduasi Tahun 6 SK Cyberjaya 2014

Posted by Emmymazli at 5:57 PTG
26 November 2014 - Dewan Besar LKIM, Pulau Meranti, Selangor

Salam semua....

Just nak sharing hari bersejarah buat anak dara aku di akhir persekolahan di alam sekolah rendah bersama u all.  Semalam merupakan Majlis Graduasi Tahun 6 pelajar SK Cyberjaya di Dewan Besar LKIM, Pulau Meranti, Selangor.  Pelajar-pelajar Tahun 6 diraikan dengan satu majlis yang agak besar buat aku sebab bila tengok persiapan mereka dah ala konvokesyen universiti. Dengan jubah convo nyer... dengan hiasan dewan yang agak gah... dengan jualan gift untuk pelajar yang diraikan... setau aku konvo universiti/kolej jer ada gini... sekolah rendah pon ade jugak rupanya....
Aku rasa... korang yang baca pon sedia maklum.... 26.11.2014 merupakan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2014.  Hmmm.... so majlis tu bukan sekadar majlis graduasi biasa... tapi bersekali dengan keluarnya result UPSR.  Berdebar memang berdebar.... tapi aku tak tau la kenapa aku cam biasa-biasa jer.... nak berharap lebih takut kecewa... tapi aku try buat muka tenang seorang ibu.

Aku try to be positif dari awal.... Beli jambangan bunga untuk Hanum ala-ala anak confrim dapat 5A walau aku tau anak punya kemampuan takat mana... walau tak target besar pada kebolehan anak... aku masih letak harapan kot-kot la anak boleh dapat at least 1-2 A, jadilah dari takder.. pastu ada B dan C pon takpe... aku dulu pun setakat 2A 1B 1C... tak la flying colors tapi oklah....
Bukan niat aku nak sorok-sorok... so inilah hakikatnya.... Rezeki Hanum hanya .... 4C 1D 
Sebenarnya aku tak tau nak buat expresi apa... berserah... redha... tension... marah... Apa pon dia dah usaha... terima jer la kan... 

Walaubagaimanapun.... aku takmo tunjuk wajah kekecewaan aku pada anak... cuma bila terlalu menahan perasaan tu yang buat sampai aku sakit kepala tahap migrain... daripada aku banyak bunyi ada baiknya lepas settle tu aku tidur dan rehat....

Malam tu... aku masih boleh berlagak biasa macam seolah-olah aku tak marah dia dapat result begitu... boleh ajak dia keluar bersama untuk makan something else skit di Ayer@8.  Bagi dia release skit...  Tapi masa nilah aku berpueluang untuk bercakap luahan hati aku as mak.
Apa pon.... sehingga ke  harini... walau semalam terdetik rasa kecewa atas banyak perkara.... atas nasihat kawan-kawan kepada aku supaya menganggap anak-anak ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... malah masing-masing ada keunikan yang kadang terserlah dari awal dan ada kalanya tanpa kita sedar.  Apa-apa jer laa.... aku dah boleh terima apa yang Hanum dah usahakan... takde apa dah nak feeling dan fikir setakat ni... harap dia berusaha lebih lagi di PMR n SPM akan datang.

Layan jer la gambar-gambar semasa Majlis Graduasi SK Cyberjaya 2014...

3 comments:

azlanaini on 9 Disember 2014 pada 1:33 PTG berkata...

Tahniah.. Anda seorang ibu yang cekal. Tabah.. Dan memahami.

Emmymazli on 10 Disember 2014 pada 5:15 PTG berkata...

Terima kasih en azlan aini... ^_^

My kitchen, My office on 3 November 2015 pada 7:53 PTG berkata...

saya suka sikap positif anda. esok anak bongsu saya akan ada majlis graduasi thn6 tapi dia mcm x hal jer. insyaallah, saya akan cuba tidak membandingkan dgn anak org2 lain.

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...