28 Mac 2012 - Dewan Baiduri, NRE
PESISTAR bersama tenaga pengajar |
Kalau baca tajuk tu macam best jer dengor kan... Tapi memang best pun... Alkisahnya bila NRE dah mula buat event ala-ala Istana Budaya... boleh jugak staff kerajaan ni hilangkan tension dari mengadap kerja jer. Event ni merupakan idea KSU NRE untuk cungkil bakat terendam di kalangan warga NRE, jabatan dan agensi dibawahnya untuk mengadakan persembahan bebas tak kira la.. menari, menyanyi, lakonan, main alat muzik dan macam-macam lagi ler tapi menggunakan tema sumber asli dan alam sekitar. So, aku pun tak melepaskan peluang la untuk menyibuk sama join event ni. Memandangkan jabatan aku terlalu kecil untuk menghantar group untuk buat persembahan, maka aku dan Ridzuan mewakili JBK untuk menumpang kasih wat persembahan dengan group NRE.
Nak jugak berposing kat banner Simfoni Seni NRE 2012... hikhikhik.. |
Mula-mula yang aku tau Simfoni Seni ni nak buat sebagai persembahan semata-mata tapi at last dijadikan pertandingan bagi mengelakkan peserta dari Jabatan dan Agensi buat sambil lewa. So jadilah menda ni pertandingan... huhuhu... sabo jer laaa...
Group NRE mengadakan persembahan Dikir Barat. Kami menggunakan khidmat cikgu dari group PESIBAN. Best juga sekali-sekala ubah hala join dikir barat... asik koir jer... busan tau!!! Anyway.. bukan senang nak mengumpul orang-orang ni untuk berlatih. Susah tau!! Jangan cakap orang... aku sendirik pun.. nak keluar gi training macam seksa jer.... kalu boss takder oklah... kalau boss ada tu... hadoiyaaiii..... pening mak... memanglah dia bagi... tapi dalam hati tuhan je tau.
Oklah.. back to story tentang group aku. Nama kumpulan kami PESISTAR atau nama panjangnya (Penggiat Seni Sumber Asli dan Alam Sekitar). Nama group adalah hasil perbincangan kumpulan kami. Aku yang bagi cadangan nama tu setelah tau maksud nama group cikgu kitorang tu... heheheh.. sebenarnya nama tu cadangan jer tau... tapi tak sangka ahli lain yang ada dalam meeting tu setuju walaupun in the end ahli yang tak hadir meeting tu rasa tak sesuai... macam aku cakap... aku bagi cadangan jer... bukan terus buat keputusan. Then diorang yang vote... hikhikhik...
PESISTAR - Ahli lelaki |
PESISTAR - Ahli perempuan |
PESISTAR bersama Datin Junaidah |
PESISTAR terdiri dari lebih kurang 30 orang. Ramaikan....? Ahli-ahli dia pun datang dan pergi... kejap ada kejap takder.. huhuhu.. nak wat camner.... masing-masing ada komitmen yang lebih penting... Tapi yang penting semangat!!! Sepanjang masa kami berlatih kami rasa taklah seronok sangat tapi semasa hari berlangsung... kami mengadakan persembahan yang bagi aku amat luar biasa. Semangat dia lain laa... maybe betul kata Cikgu Mie sehari sebelum hari pertandingan.... "kalau kita dah pakai baju dikir tu siap-siap sumer... semangat kita nak berdikir pun lain... ". kalau tak... macam bateri week jer... Dalam dikir tu ada 4 lagu.... lagu pertama dan kedua suara masing-masing tu ok.. masuk lagu ketiga dan keempat jadi slow pula masing-masing. Macam bateri low lah senang cakap!! Hahahahah.... Tapi pagi tu.. dah la persembahan pertama tu group kitorang... tapi aku rasa semangat aku masa tu memang lain bebenor la. Tak sangka pula kengkawan lain pun gitu. Bila masing dah start tepuk bertabur dan buka mulut.... perghhh.. aura dia memang tak hengat punya laa... ditambah pula bila dapat supporters NRE yang memang best lagilah group kami bersemangat. Hehehehhe!!!
Untuk Simfoni Seni ni.... ada lagi 2 group dikir barat yang memang hebat belaka dari JTLM dan JPS. Otai-otai la katakan. Dan tak dinafikan juga... group-group lain pun hebat-hebat belaka. So, pada group aku... apa yang penting ialah enjoy jer.... buat yang terbaik sudah.... kalau ada rezeki adalah.... yang penting kita dah buat ikut tema yang diberi... insyaallah.
Kumpulan Dikir Barat Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) |
Kumpulan Dikir Barat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) |
Anyway... alhamdulillah rezeki memihak kepada kami.... PESISTAR dapat tempat kedua. Walaupun ada yang kurang senang dengan keputusan itu, juri semua ada reason tersendiri. Heheheheheh.... Sebenarnya... kami dah redho apa pun keputusannya nanti... bila masa MC umumkan keputusan yang FRIM dapat tempat ketiga.... geng-geng aku dah sibuk hasut.."jom balik!! dah takder harapan la tu!!!" Bila kami sedang sibuk-sibuk menceceh di belakang dan tak menghiraukan keputusan MC.. kami boleh buat muka seposen dalam beberapa saat pula bila tiba-tiba keputusan tempat kedua tu jatuh kepada NRE.... kemudian tu baru masing-masing jerit-jerit kegembiraan. Nampak sangat tak espect high... hahahahaha!! Tak sangka menang la tu. Juara Simfoni Seni NRE 2012 ialah INSTUN. Tahniah korang!!
Tanda kemenangan kami. Macam trofi Oscar |
Haritu... menang tu taklah seberapa... tapi masa kami makan tengahari tu... makanan yang kami makan tu rasa manis jer... rasa nak sengih jer... hehehehe.... gediksss!!! Dan yang paling penting.. tetiba aku rasa sayang pulak kat geng-deng dikir barat ni walaupun ada yang aku baru kenal pun. Heheheh.. rindu lak nak berdikir ni... hikhikhik.... Lastly... CONGRATS PESISTAR!!!!! Love u all!!!
Nak jugak merasa pegang trofi ala-ala Oscar nih... hikhikhik... |
Bagi yang tak sempat tengok group kami berdikir barat... boleh tengok di video ni.. tapi sorrylah.. kualiti gambar tak berapa baik... hehehhe
Nota Emmy : Aku tau ada yang tak puas hati kalau NRE menang tak kira la dalam pertandingan koir ke... nasyid ke... dan ada yang berbunyi... group kami tak buka mulut lagi pun dah tau nombor berapa dah.... itu bagi aku amat tidak adil... kami berusaha sehabis baik.... apa pun keputusan kami redho... pada yang tak menang tu... cuba muhasabah diri balik... cuba cari kelemahan dan sebab kenapa kita kalah... adakah kita mengikut tema yang ditetapkan?? adakah kita mampu mencuit hati juri?? adakah apa yang kita cakapkan dan yang kita sampaikan tu bertepatan dengan tema dan juga orang yang mendengar itu faham dengan apa yang kita cakap dan sampaikan walaupun semua orang tahu anda memang HEBAT SANGAT???!!!!! So... renung-renungkan dan selamat beramal!!!!
3 comments:
kak emi bukan banner la...tu namanya bunting =) -zaiNRE-
emm thn 2013 pun ada simfoni seni...saye pun kena perah otak nk wat persembahan ape lak ni sbb open..emm...thn lps dikir barat..thn ni ape.lak ek...
hmmmm... ni saper ekk..??
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!