10-12 Mac 2012 - Pulau Tioman, Pahang
Salam semua...
Salam semua...
Sorry la sebab lambat update kisah percutian aku ke Pulau Tioman... Sibuk ngan kerja selain latihan dikir barat dan koir lately ni... bertambah pula mood aku ni masih di Tioman ni... maka tahap kemalasan aku dah tahap maksima untuk mengupdate blog.... heheheheh
Day 1
Anyway.... Lets start the story... Cuti ke Pulau Tioman ni adalah atas arangement adik aku Syila dan aku sendiri dengan membawa rombongan cik kiah ni seramai 34 orang terdiri daripada family aku kat Melaka sahaja termasuk 1 family kawan Syila yang nak joint bersama. Kami bertolak dari Melaka jam 12.15 tengah malam ikut tol menghala ke Ayer Hitam-Mersing-Tanjung Gemuk dengan konvoi 7 buah kereta. Sengaja aku pilih opsyen untuk membeli tiket feri dan naik dari Jeti Tanjung Gemuk bukan di Jeti Mersing atas sebab nasihat kawan-kawan dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang mengatakan pada musim cuti sekolah di Jeti Mersing agak crowded dan agak susah untuk dapatkan feri. Jadi atas bantuan En. Hashim, pegawai JTLM Tg. Gemuk, beliau telah membantu aku untuk mendapatkan tiket feri lebih awal iaitu pada jam 7.30 pagi menggunakan ferry Gemilang. Alhamdulillah. Seawal jam 5.45 pagi kami dah tiba di JTLM Tg. Gemuk untuk menaiki feri. Muka masing-masing pun dah toya habis sebab ada yang tak tidur, ada yang baru bangun tidur, ada yang mabuk dalam kereta (akulah tu) dan macam-macam hal lagi la. Bila masuk jer feri... boleh dikatakan semuanya membuta tak ingat dalam masa 2 jam perjalanan feri nak ke Tioman tu. Heheheheh!!
Sampai je ke bilik masing-masing, terus kami letak barang dan serang ke bilik Mama aku di sebelah kami. Apalagi??!! Masa untuk bersarapan dengan bekalan yang kami bawa ke sana. Masing-masing macam buaya langap. Lapar tu. Dah dekat pukul 10.00 pagi baru dapat makan. Lepas sesi makan... masing-masing terus masuk ke bilik masing-masing untuk tidur dan berehat.
Destinasi pertama feri tu di Pulau Tioman adalah di Kg. Genting tempat kami menginap chalet tu nanti. Kami sampai dalam jam 9.30 pagi di Jeti Kg. Genting... keadaan jeti di Kg. Genting dah agak crowdedlah juga pada ketika kami sampai dek pelancong yang nak pergi snorkling dan scuba serta ada yang dah get ready nak balik. Tapi, tak dinafikan suasana pada ketika itu buat aku rasa tenang dan berdebar-debar nak teruskan aktiviti kami yang seterusnya. Kami disambut oleh En. Zizan tuan empunya resort yang kami menginap di Island Reef Resort di arrangekan oleh Syila. Korang tau tak apa perception kitorang masa mula-mula sampai kat depan signboard resort tu???? "Haaaa... Tangga????? Tingginya!!! Takder esculator ke???" En. Zizan hanya mampu menggeleng jer..... Perghhh.. cuba korang bayangkan kena naik turun tangga tinggi kat resort tu beberapa kali sehari nanti. Time tu.. dahla barang masing-masing banyak dan berat!!! Perghhh... Rasa mau nangis la.... Paling kesian kat mama aku laa... dah la lutut orang tua tu sakit. Saper yang bawak orang tua la kesian... nasib baik nenek aku tak ikut. Aku masa sampai jer kat atas di ruang legar tu... dah terasa nak putus urat kentut dah... nafas aku jangan cakap la... rasa nak semput sebab bawak body yang lebar dan beg yang berat. Huhuhu.... Bila dapat tau dari Syila yang bilik yang aku kongsi dengan Angah pula berada di atas sekali... aku dah rasa bertambah frust dan letih..... nak kena daki bukit lagi.... adoiyai!! Letih wei!!! Apa pun aku berehat dulu dalam 5 minit dan kemudian baru aku berjalan ke bilik slow-slow. Perghh... memang terbaik la tempat nih. Huhuhu!!!
Masa baru tiba |
Jeti Kg. Genting agak crowded ketika ini. |
Kg. Genting, Pulau Tioman |
Island Reef Resort tempat kami stay |
Tangga yang aku dah nak putus urat kentut bila naik ke resort ni |
Pemandangan dari bilik aku... cer korang bayangkan betapa seksa aku nak ke bilik aku... punyalah tinggi nak mendaki... huhuhuhuhu.... |
Dalam pukul 1.30 tengahari gitu baru aku tersedar dari tidur bila aku tengok Angah dan Zahri dah get ready nak pergi mandi laut. Aku pun kejutkan hubby dan anak-anak untuk makan tengahari dan get ready nak pergi mandi juga. Hubby aku la kesian... tak boleh buka mata.... penatlah tu sebab drive sepanjang malam... at last aku dan anak-anak je turun ke laut bersama dengan Angah, Syila dan makcik-makcik aku. Time untuk beronggeng!!!!
Sampai kat pantai... apa lagi??!!! Serang laaaa!!! Hahahahah!!!! Pertama sekali mestilah sesi bergambar dan lepas tu baru sesi mandi manda. Dah lama juga aku tak mandi laut maka sepuas-puasnya. Dekat sini aku rasa puas sangat. Air lautnya yang bersih dan jernih... pantai yang cantik. Masa kami mandi tu air mula nak surut. dalam setengah jam lebih kami mandi baru hubby aku dan sepupu-sepupu aku yang lelaki turun ke pantai tapi tak mandi laut pun.... sabo jer laaa... dasar kambing gred AAA.. Hehehehe... Gelagat paling lawak masa kami mandi-manda tu.... Adik aku si Syila dan Ecah buat aksi berlari-lari anak kat pantai sambil nganyi lagu "Awan Nano". Siap ada scene jatuh terduduk yang aku tak tahan tu...... Kahkahkah!!! Gila!!! Ada 1 lagi aksi kejar berkejaran antara Angah dan sepupu aku Celeng yang perasan dia Beach Boy tu. Ini kes turun pantai tapi takmo mandi la ni. Angah dah target nak benam dia ke laut. Hahahah..... Apa barang datang jauh-jauh takmo mandikan... Heheheh
Aku bergambar dengan cengkerang dan coral yang agak cantik yang terdampar di pantai |
Aksi berkejaran Angah dengan Celeng si Beach Boy!!! H |
Bersama hubby yang ketua geng tak mandi kambing gred AAA... heheheh |
Aksi beach boy... hahahahhahah |
Malam tu kami makan di kedai makan di Kampung Genting sambil menyervey souvenir yang boleh dibeli. Sambil tu aku buat arrangement dengan pihak resort untuk dinner BBQ di resort pada hari kedua dan juga trip snorkling. Lepas makan kami lepak di bilik tetapi kaum lelaki kebanyakkannya pula sibuk nak memancing di jeti. Loghat... bab memancing ni aku tak ambil tau sangat sebab faham-faham ler.... tak boleh memancing sebenarnya kawasan Taman Laut yang digazetkan.... Dah la aku ni orang NRE. Takut terkantoi... heheheh...
Day 2
Seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun. Tak sabar rasanya nak pergi snorkling. Aku dah berjanji dengan En. Zizan untuk berada di jeti bersama-sama dengan family aku pada jam 9.00 pagi. Tapi apa-apa kena isi perut dulu. Ada eloknya pergi breakfast awal-awal. Pukul 8.30 pagi aku dah berada di ruang legar resort untuk mengambil peralatan snorkling seperti life jacket dan google untuk diagihkan kepada 28 orang family aku termasuklah baby dan kanak-kanak kecil yang tak mandi pun... heheheh...
Masing-masing excited sungguh nak pergi snorkling dan kebanyakkannya merupakan pengalaman pertama nak snorkling. Sebab tu excited terlebih. Ada yang takut.... Yer laa... masing-masing bukan tau berenang pun. Tapi experience tu yang penting. Bila kami sedang get ready nak tunggu bot yang akan bawa kami tu.... tiba-tiba ternampak Abang Black Wings. Macam kenal jer masa mula-mula tengok tu tapi blur kejap... Pastu.... bila kami ternampak Abang Joe Wings je.... terus kami serang dia nak ajak bergambar. Tercengang-cengang dia bila kami jerit nak ajak bergambar... Hahhaha... Nasib baik Abang Joe Wings sporting.
possing sementara nak menunggu yang lain-lain ready untuk snorkling |
tetiba Abg Joe Wing muncul... sempatla possing sama... heheheh |
Bot yang disediakan adalah 2 buah. So kenalah pandai bahagi-bahagi duduk sama rata. First destination, ke Kg. Tekek. Yang kelakarnya... disebabkan penganjur tak inform langsung yang kat Kg. Tekek ni sebenarnya pusat di Pulau Tioman dan ada kedai free duty untuk shopping.... maka kami datang memang semata-mata pakai baju renang untuk aktiviti snorkling dan tak espect pun nak jalan-jalan kat sana. Dah la tak bawak duit ke sana... sapa yang bawa tu kira nasib la kan.... hehehehehe. Jalan-jalan pakai baju renang???? Kelakor betul aku rasa.... macam orang giler tau. Yer lee.... aku sendiri pun... masa dah nak sampai kat Kg. Tekek tu... aku dah get ready nak pakai google tu... pastu.. siap tanya dengan pakcik yang bawa bot tu "Pakcik... kat sini ke nak snorkling...??" Pakcik tu dengan muka blur... "Eh tak laa... bukan kat sini...". Pastu aku pun bertambah blur bila pakcik tu berhentikan bot kat tebing kampung tu. "Pakcik... nak snorkling dari tebing sini ke?? Ada ke ikan.. takder orang pun snorkling..." tanya aku lagi sebab aku tengok adik-adik aku ngan mak & makcik aku pun macam blur juga. "Ehhh.... sini nak melawat kampung. Kat sini la pusat di Pulau tioman ni... Nak suruh kamu jalan kat kampung pastu pergi kedai free duty tu kalau nak beli barang" explained pakcik tu. Lorrrr..... "Alorrrr pakcik... apsal la tak cakap nak datang sini shopping... kami ni ada yang datang sehelai sepinggang tau... siap pakai baju renang dah ni nak gi snorkling... takkan nak jalan sana..." Pakcik tu pun gelak jer le.... maka.. kitorang dengan muka toya dan berkilat sebab pakai losyen sun block bertepek dan berbaju renang dan ada juga yang pakai tshirt + track suit untuk mandi ni.... dengan selambanya jalan-jalan kat area Kg. Tekek tu. Hahahahha. Yang tak best tu bila pergi kedai free duty tu... tak boleh beli macam-macam sangat sebab ada yang bawa berapa ringgit jer... tapi barang-barang meriah la dan murah-murah juga.... Yang paling sakan shopping si Angah ler sebab husband dia bawa purse.... boleh auto debit lagik.. Sakan la dia menyopping.... At last kami yang sengkek ni hanya mampu berposing jer la kat situ.... jadi laaaa.....
Possing dalam bot sebelum bertolak ke Kg. Tekek
Gaya masing-masing dalam bot
Jalan-jalan pakai baju mandi kat Kg. Tekek... What the hell... hahahahaha
Orang lain bershopping.. kita possing sudahhhhh!!!!
Selesai di Kg. Tekek... Maka perjalanan ke Pusat Taman Laut Pulau Tioman. Kat situ.. baru rasa teruja tu datang bila tengok ramai orang yang bersnorkling kat situ... Bila bot sampai jer kat pusat taman laut tu... perghh.. nampak ikan berenang-renangan di air jernih... rasa dah tak sabor dah. Pada aku... so far takder masalah untuk snorkling di area pelantar Marine Park yang agak dalam tu sebab dah ada pengalaman snorkling tetapi bila mengingatkan adik-adik dan makcik-makcik aku yang pertama kali baru nak try snorkling... maka aku, hubby dan adik-adik yang lain terpaksalah mengalah untuk testing snorkling di pantai dulu. Bukan apa.... bila dah rasa serasi dengan pakai google dan life jacket tu... barulah boleh pergi kawasan dalam. Jenuh juga nak mengajar mama aku, bik limah, bik obe, adik aku eca dan syila.. anak-anak aku sendiri.... Tak pasal-pasal jadi instructor snorkling plak aku... hikhik.. kalau diikutkan... aku berenang pun tak reti... heheheh.... tapi boleh laaaaa...... kalau takat nak snorkling tu... heheheh.... Bila masing-masing dah confident nak snorkling kat tempat yang lebih dalam..... baru kitorang pergi kat area pelantar tu. Kat sini memang best... banyak ikan... kalau nak merasa ikan tu keliling ko sekejapan jer... make sure prepare beli roti pastu umpan dengan roti.... segerombolan la ikan tu datang dan makan nanti.... kat sini semua ikan jenis high taste.... nak roti ngan biskut jer... hahahahhaha....
Di Pusat Taman Laut Pulau Tioman
Possing sementara menunggu bot untuk ke Pulau Rengis
Dah puas dekat Pusat Taman Laut tu.... kami pergi ke next trip yang merupakan trip terakhir kitorang dalam pakej tu. Pulau Rengis. Kat sini... peserta snorkling dilepaskan di laut untuk menikmati keindahan coral dan ikan yang cantik-cantik. Best snorkling kat sini dari yang dekat Marine Park tu. Mama aku dan Bik Limah yang tak berapa confident nak snorkling kat situ pun nak juga try walaupun sekejap. Tapi memang puas hati sangatlah... Geram rasanya tengok ikan-ikan dan coral kat situ. Bak kata anak aku si Kimi.... bagai di syurga.... hehehhehehe. Syok sangat snorkling... sampai ada adik aku Eca kena gigit dengan ketam... ntah mana datang ketam tu datang pun aku tak tau.... "pergi ketam... pergi..pergi!!!!" sambil tendang-tendang kaki dia... macam halau ayam daaa... hahahhaha.... tak pasal Syila jadi mangsa tendangan Eca. Hahahahha... Selesai jer snorkling.... kitorang bergegas nak balik ke resort... bukan apa... lapar dah perut ni siot... masa tu jam dah pukul 2 lebih. Mana boleh tahan. Kebetulan pula hujan mula turun masa on the way balik tu. Adoii... letih betul.... kesian kat Angah ler sebab bawak baby Qaisarah... tak pasal-pasal kena bungkus dengan plastik si Sarah tu dalam bot.. dah macam baby buangan dah... heheheh..... Sampai je kat jeti... terus hujan selebat-lebatnya... dah alang-alang basah ingat nak redah jer laa... sebab kesiankan si Sarah... hubby aku uruskan si Sarah dengan bungkusan plastiknya meredah hujan untuk balik ke resort. Naik krem tangan hubby aku tu dukung si Sarah yang berbungkus tu sambil berlari anak dari jeti dan naik tangga resort serta panjat bukit nak ke bilik pula.... tapi bila sampai jer bilik... si Sarah boleh senyum-senyum dan ketawa rileks jer macam takder apa... kita ni risau dia demam jer.... heheheh.... tapi alhamdulillah la... sihat budak tu.... Yang orang-orang tua ni best laa.. dah lama tak main hujan.... bukan main lagik.... time-time gini la nak amik peluang...
Aksi kami snorkling kat laut lepas... huagghhhh... best woooo!!!
Mama & Bik Limah pun takmau lepas peluang snorkling kat sini walau sekejap
Masing-masing lepas bersihkan diri... dengan keadaan cuaca pun sudah terang semula.. kami terus pergi ke perkampungan dekat dengan resort untuk makan tengahari yang dah miss tu.... masing-masing punya kebulur tu... perghhh.... tak dapat dinafikan lagi. Macam buaya langap masing-masing bila dapat makan. Settle je makan... masing-masing pun balik ke bilik dan apa lagi.... membuta la... penat nau!!! Aku dengan Angah juga yang tak boleh tidur. Bila tahap kebosanan tu dah melampau sangat... maka aku dengan singgle minggle nyer bersama Angah dan anak-anak aku yang tak boleh tidur tu... kami turun ke jeti untuk sesi beronggeng bergambar sambil menyopping souvenir. Rupanya... adik sepupu aku si Nizam dan Yusry pun tak boleh tidur dan diorang sedang lepak di jeti.... Apa lagi... layan bergambar jer la kitorang.
Makan tengahari diwaktu petang dengan muka penat tapi puas hati.... |
Aksi-aksi kami possing bagai nak rak masa masing-masing sedang enak dibuai mimpi akibat kepenatan bersnorkling....
Malam tu... dengan aturan pantas aku dan hubby malam semalam... aku telah dinner bbq beramai-ramai di resort tu. Bbq simple jer pun tapi boleh laa.... dari nak turun makan kat luar.... Yang penting dapat makan dan berkumpul beramai-ramai. Settle makan... yang perempuan turun ke kedai souvenir dan yang lelaki layan main karom kat lobby resort. Bukan main lagik. Sekali sekala dapat berkumpul rasa seronok sangat!! Malam tu hujan mengiringi kami balik ke bilik bila dah selesai segalanya. Hmmm... hampa la kepada yang nak memancing malam tu.. hahahahhaha!!!!
Pagi tu aku terbangun beberapa kali sebab terlampau sejuk dek hujan yang berpanjangan malam tu di Kg. Genting, Tioman. Kononnya.... pagi tu nak repeat mandi laut.... tapi nampaknya harapan tu musnah la bila hujan yang berlarutan dari malam tadi. Kesian kat anak-anak aku dan anak si Angah yang kami dah janji nak main pasir di pantai. Jadi pagi tu kami breakfast berat dalam pukul 10 pagi dan mula kemas-kemas untuk balik dengan menaiki feri jam 2.30 petang. Tapi kami sebelum pukul 2 sudah berada di jeti sebab katanya feri dari Tg. Gemok akan tiba lebih awal untuk mengambil penumpang.
Family aku dan angah possing depan bilik kami |
Sebelum meninggalkan Pulau Tioman dalam hujan renyai-renyai.... |
Masa menunggu feri tiba tu... hujan renyai-renyai still berlarutan... rasa macam tak best betul hari yang ketiga tu.... apa pun tak boleh buat dek hujan. Tapi nak buat camner.. bukan aku boleh tahan-tahan hujan tu kan.... Feri yang kami naik tu berhenti di 3 kampung lagi untuk mengambil penumpang. Tapi di hentian yang last tu di Kg. Tekek tu.... adalah pasangan hamba Allah ni duduk di depan aku tapi bau badan dia punyalah hangit dan busuk.... bau ketiak kot... bukan aku nak menghina... tapi itulah hakikatnya kalau orang tak menjaga badan. Terus aku mabuk laut dari aku rileks pada mulanya.... Pening wei.... tahan-tahan nak muntah dalam masa 2 jam lebih perjalan balik tu... at last lagi 15 minit nak sampai ke jeti Tg. Gemok tu aku dah tak boleh tahan... maka aku terus ke belakang feri untuk pergi muntah. Huhuhuuh..... bila dah muntah tu baru aku rasa lega... aku duduk diluar sampai feri sampai ke jeti dan make sure pasangan yang berbau badan tu keluar dulu baru aku masuk dan prepare untuk angkat barang. Bila sudah pastikan semuanya dah settle... barulah lega untuk kami semua sefamily bergambar secara kumpulan di jeti Tg. Gemok tu.
Possing sebelum mabuk laut.... |
Semua ahli keluarga dari Melaka yang join trip ke Tioman ni..... |
Telah seminggu berlalu ni... aku masih dapat rasakan mood aku masih di Tioman. Rasa macam tak mau balik... nak snorkling lagi.. nak mandi laut lagi... macam tak puas pulaa.... huhuhu... Camno tu???
14 comments:
This is a better-quality article as they all are. I make fun of been wonder wide this an eye to some beat now. Its great to receive this info. You are fair and balanced.
1985 Chrysler Laser AC Compressor
Nk tny baby yg ikot tu bpe bulan ye? Coz sy nk pegi tp baby sy still kcik agy..
baby yg ikut tu anak buah saya baru 4 bulan tp steady jer masa kat sana... heheheh
Kirim salam dengan suami. Anda kahwin dengan orang kampung saya.
nak kirim salam tu boleh tapi siapa yer empunya tuan yang mengomen ni yer...???
Boleh saya nak dapatkan contact Island Reef Resort? Berapa ya rate satu malam di chalet tu? If possible minta email this info para says hidayah_bahar@yahoo.com
013-9089172
09-4197004 azizan
harga boleh buka website dia...
http://www.islandreeftioman.com/
assalam emmy, Norzi followe ke 145 :) nice blog, so informative. in Sha ALLAH nak ke tioman , tapi kena study dulu sebab tak biasa ke pulau.. boleh ke my blog kalau tak keberatan http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com
Looks like you really had a blast on Tioman.
Whenever we go, which is quite often, we go to Tekek, stay at Berjaya when we want to pamper or Persona when we're going on a budget trip.
The ferry used to me a little leceh because tickets are snapped up so fast at Mersing, so sometimes we needed to wait for the next ferry, susa lah.
It's good to have Tioman in our backyard, no? A lovely little island to stone and eat ;)
Jom!
ish sempat lagi ngate orang ketiak busuk..tak baik tau..entah entah husband tu yang ketiak busuk..hati mesti baik maaaa..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Slm sejahtera..
Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!