2-3 Julai 2011 (Sabtu & Ahad) - Cameron Highland
Kalau kengkawan yang mengkuti aktiviti aku, selepas habis jer Pertandingan Bowling APDISK, aku sefamily terus bergerak untuk sesi Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Penat jangan cakaplah. Semua program nak buat serentak... tapi apakan daya. Mana yang aku larat jer la aku follow.
Aku rasa, aku bertolak dari IOI Mall tu ada dalam jam 2.30 petang dan tiba di Cameron Highland lalu Tapah sepatutnya dalam pukul 5.30 .. tetapi disebabkan kitorang terfollow belakang lori... perrghhh!! Jadinya jam 6.30 baru sampai sana.
Sampai je Cameron, terus aku call mama aku kat mana sepatutnya kami menginap sebab urusan hotel semua diuruskan oleh adik aku Syila. Aku ni datang bawak body jer... heheheh.. But at last, kami tak terus ke hotel tetapi terus ke Pasar Brinchang untuk shopping!! Apa yang nak dishoppingkan sangat pun.... lebih-lebih pun, aku beli sweater untuk aku dan hubby, topi sejuk untuk kami anak beranak, fridge magnet, teh, strawberry dan sedikit makanan untuk mengunyah kat hotel nanti. Anak-anak aku minta sarung tangan la, stokin la... macam la duduk kat oversea dianyer loghat tu... hahahahahh.
Habis shopping, terus balik ke hotel untuk berehat. Aku sendiri dah pewai!! Yer lee... seharian tu macam-macam aktiviti dibuat serentak. Nak mandi tak larat.. bukan main sejuk. Kebetulan lak masa aku shopping kat Brincang tu hujan renyai-renyai. Lagi la keadaan sejuk. Mandi air panas pun tak jalan. Huhuhuh. So aktiviti yang paling sesuai ketika itu ialah makan... perghh... mama tapau daging masak kicap untuk makan kat sana.... aku pun makan tak hengat la... hehhehehehe. Kebetulan, masa kat pasar tadi dah beli strawberi siap-siap, maka teringat lak nak makan dengan coklat yang dicairkan. So, nasib baik sebelum masuk hotel tadi teringat nak beli coklat cadbury, apa lagi...minta hubby tolong cairkan... pastu terus cecah strawberri... perghhhh!!! Marvelous!!!!
Esoknya Ahad tu, seawal jam 8.00 kitorang dah pun bersiap-siap untuk jalan-jalan area Cameron. Korang tengoklah gaya kami sefamily tu... bukan main lagik... macam kat oversea!!
Kami anak beranak |
Aku sefamily yang ada di Cameron Highland |
Lawatan pertama kitorang pagi tu ialah ke ladang strawberry. Mama aku yang beria sangat ni. Nak merasa petik strawberry sendiri katanya. So, round punya round... rasanya kami sampai ke ladang strawberry yang paling last sebelum sampai ke Rose Valley, kitorang pun singgah. Dari yang hubby aku citer, kalau kita pergi ke tempat yang banyak orang, strawberrynya dah tak banyak pilihan dan kurang. Silap-silap dapat yang muda-muda lagi. Tetapi memang tak dinafikan, ladang strawberry yang kami singgah tu memang banyak buahnya. dari segi murah aku tak pasti la pulak. Tapi syaratnya 2 orang 1 bakul sahaja dan kalau timbang 1kg = RM30. So, aku sefamily pun bukan loghat la memetik strawberry. Gaya tu kena ada!! Hahahahahah. Poyo jer!! Aku rasa kitorang dah petik banyak dah... tapi tetap 1 kg lebih jer... heheheh... kira ok la.. makan strawberry tak hengat aku nih.. teringat yang makan strawberry dengan coklat cadbury yang dicairkan malam tu... perghhhh!! Terus ngences!!!!
Bab bayar strawberry yang dipetik tu takder hal sangat aku ni sebab dah estimate berapa ringgit aku punya.. tapi bila tengok bakul mama jer... dah boleh agak. Mau kena dekat 2 kg lebih ni. Sekali bila timbang... memang betul. Syila la yang melopong bila kena bayar strawberry sahaja RM60. Kahkahakahkah...
Sampai kerut-kerut dahi hubby aku nak petih buah strawberry |
Gaya jer lebih.... hahahahah |
Kami di Ladang Strawberry |
Perghhhh!!! Meleleh air liur dibuatnya!!!! |
Tengok la mama punya bakul strawberry.. petik punya petik sekali dekat 2 kg lebih... hahahaha |
Kami sekeluarga dan strawberry nyer... |
Gaya Kimie memetik strawberry |
Gaya Hanum. dah macam pekerja situ pun ada jugak.. hehehhehe |
Habis jer lawatan di Ladang Strawberry, kami terus ke Rose Valley pula. Ni mama punya permintaan jugak. Layankan jer laa. Kat sana bukan ada apa pun sangat. Pemandangan jer ok... Yang penting sesi bergambo dengan bunga-bunga yang cantik kat situ kena ada... baru rasa puas datang ke Cameron Highland. So, korang layan jer la gambar-gambar aku sefamily dengan pemandangan bunga yang cantik tu. Kalah model profesional tau!!! Heheheheheh.
Kebetulan di Rose Valley tu ada burung merak.. sakan lah adik ipar dan anak buah aku ni bergambar |
Memandangkan masa tak berapa mengizinkan, tak banyak tempat pun kami nak berjalan sangat. But, sesi lawatan terakhir ni kalau tak pergi memang rugi la... Mana lagi kalau tak Ladang Teh Terbesar di Malaysia. Pemandangan ladang teh.. memang saujana mata memandang.. ringan jer biji mata ni. Aku sefamily tak lepaskan peluang nak berada di dalam ladang teh sambil berpossing sakan. Kalau ikutkan, daun teh tu pun kami nak NGAP!! Hahahaha!!
Bila dah sakan possing... aku sefamily pun sakan menyoping teh pulak.. macam-macam perisa ada. Yang paling banyak beli mama dan Syila la. Aku skit-skit jer. Selesai membeli teh, kami pun nak ngeteh jugak. Nak testing la kunun ngeteh style mat salleh kat situ. Mama dan angah nak belanja. Yang kelakarnya, dok berharap sangat mama belanja ngeteh, boleh tak check mama beli teh apa. Dok bantai telan jer. Sekali rasanya pelik jer... ingatkan mama beli teh halia.... bila tanya mama beli teh apa.. mama kata beli teh berflavor. Tapi tak tau flavor apa. Bila angah double check.. rupanya mama terbeli teh buah pelaga!!! Hahahahhaha... patutlah pelik sangat rasanya. Nak sangat testing teh berflavor tapi tak tengok apa bendanya. Kan dah terkena... terkulat-kulat muka masing-masing. Hahahahahhahah!!!!
Kebetulan sedang ngeteh dengan muka terkulat-kulat tu, terjumpa pula team JUPEM yang baru habis berkursus di Cameron juga. Sempatlah aku bergambar dengan ex ofice mate aku si Eddy. Eddy terasa diri glemer pulak kejap. Hahahah... bukan apa... bergambo tu sebab tak caya Eddy dah kurus macam tu. Dulu dia gevu sangat. Jeles lak aku ngan si Eddy.
Settle semuanya... kitorang pun bertolak pulang ke Putrajaya. Memang enjoy sangat walaupun penat. Yang penting, mama dan semua orang happy. Bye!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!