Isnin, 25 Julai 2011

Atukku Sayang!!!

Posted by Emmymazli at 2:14 PTG
Aku syukur, dalam usia aku menjangkau 32 tahun, aku masih mempunyai atuk dan nenek walaupun hanya disebelah mama aku jer. Sekurang-kurangnya, anak-anak aku juga sempat bermanja dengan moyang mereka. 

Namun akhir-akhir ini, kesedihan sering menggamit perasaaan kami sekeluarga bila kesihatan atuk semakin teruk.  Malah kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.  Almaklumlah... umur atuk dah 92 tahun. 
 
Hari Sabtu dan Ahad yang lepas, kami sekeluarga panik bila atuk kelihatan nazak di kampung.  Lebih-lebih lagi bila atuk dah mula minta maaf ngan Makwek (nenek) aku sebelum nafas atuk tersekat-sekat.  Nasib baik tak lama lepas tu, Atuk stabil semula.  Makwek cakap selama hidup dengan atuk, atuk tak pernah minta maaf dengan makwek macam ini.  Semua orang yang datang dirumah induk sibuk membaca yassin dan sering berada di sisi atuk.  Paling sedih bila atuk nak dengar orang mengaji disisinya.  Kami takut kehilangan atuk.  Tapi bila difikirkan balik, seandainya ditakdirkan atuk untuk pergi, kami sekeluarga sudah redha tetapi mungkin pada awalnya kesedihan tu akan berpanjangan sedikit bila atuk yang disayangi yang menjadi tunjang keluarga kami akan pergi selama-selamanya.  Walaubagaimanapun, buat masa ini, aku mendoakan atuk sihat sejahtera dan masih boleh beraya dengan kami menjelang Syawal nanti. 
 
Kepada keluarga aku yang tak jemu menjaga atuk dan juga bergilir dalam menjaga atuk... aku ucapkan terima kasih kepada kalian semua.  Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 
 
Kepada ahli keluarga yang lain yang belum sempat jenguk atuk, jenguklah atuk tu sementara dia ada.  Jangan nanti  bila dah takder baru menyesal. 
 
Aku berharap, jika kawan-kawan yang terbaca blog aku sudilah kiranya untuk mendoakan kesejahteraan atuk aku.  Moga Alllah dapat membalas jasa kalian. 

Aminnnnn!!!!
Walaupun Atuk uzur dan terlantar, Atuk tetap cuba senyum bila kami suruh atuk bergambar ketika ini. 
 

 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...