Selasa, 27 September 2011

Rakan APDISK Beraya - Tetamu Pertama tuuu....!!!!

Posted by Emmymazli at 12:47 PG 0 comments
19 September 2011 (Isnin) - Taman Desa Saujana, Kajang

Terharu giler bila ada orang nak beraya umah kita.... hahahah... statement ntah apa-apa... bukan apa, dah dekat kat 21 hari raya baru ada orang yang sudi nak datang beraya umah kita. Ni pun kengkawan APDISK yang willing nak datang.   Kiranya diorang tetamu pertama aku yang datang berayalah ni.. Hehehheeh.... Sebenarnya.. awal lagi diorang ni nak datang tetapi masing-masing ada jer hal.. tangguh punya tangguh at last datang juga mereka akhirnya... 

Selalunya, tiap-tiap tahun aku buat open house time raya, tetapi tahun ni memang aku takde masa dan tak bermood untuk adakan open house sebab mood aku dah tertumpu untuk pindah umah.. alang-alang nak open house.. tunggu saja aku buat house warming rumah baru nanti (itu pun kalau aku ada rezeki lebih... huhuhu).  Tetapi kalau ada kengkawan nak datang beraya rumah aku.... sangat-sangat aku alu-alukan dengan hati yang terbuka.

Rezeki kengkawan APDISK... datang kerajinan aku nak masak mee bandung special dihidangkan untuk diorang haritu.... kali ni aku buat mee bandung berencah ayam dan udang..... target aku nak ajak nurul skali sebab nurul tak makan daging dan dia dah lama tak merasa aku masak mee bandung.  Kalau diikutkan, masak mee bandung dengan daging lagi manis dan sedap. 

Diorang-diorang ni datang umah aku hanya lepak diluar sahaja sebab aku dah set sofa-sofa kat area garaj kereta.  Rasa lebih selesa..... kat dalam umah lebih tertumpu nak tengok tv.  Anak-anak dan budak-budak suka la.  Lagipun dalam rumah agak sempit... kalau kat luar tu selesa lagi kalau nak melepak.  Elok jer bila aku dah bentang tikar... baru best nak borak dan gosip.  Heheheheh

Anyway.... terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi datang ke teratak buruk hamba.   Hehehehhe.... jangan serik yer....
Sesi bergosip
Geng-geng APDISK dan Nurul
Kami yang comel.... Ngeeeee
Suami-suami tercinta pun ada..... hensem tak???!!!

Minat Baru Suami Aku Terhadap Burung...

Posted by Emmymazli at 12:47 PG 4 comments
18 September 2011 (Ahad) - Melaka

Kalau kengkawan baca entry aku yang lepas, Hanum dah dapat kucing idaman dia dari Mak Anjang dia.  Ni tetiba pula my hubby sibuk nak bela Burung Cinta atau sinonimnya Budgie.  Kalau betul-betul Love Bird mahal beb!!  Dalam sibuk-sibuk Hanum nak Mak Anjang dia bawa pergi kedai Pet... boleh pula my hubby ajak pergi kedai burung untuk beli sangkar burung.  Ini semua gara-gara mama akulah ni bila dia kata ada sedara kami kat Melaka ada bela burung ni banyak dan dijual.  Kalau harga sedara murahlah skit.  Terus my hubby berminat.  So, my hubby beli la sangkar dulu untuk standby masukkan burung.
Sebelum sampai kat rumah sedara tu, target my hubby nak dapatkan sepasang burung sahaja.  My mom pun follow sekali.  Kununnya nak jadi perantara... sedaralah katakan... hahahhaha.  Sampai kat sana, boleh pula sedara tu tak mahu jual sebab katanya anak burung yang dia nak jual tak berapa cantik bulunya dan tak sampai  hati nak jual kat orang takut pembeli tak puas hati.  Yang tinggal hanyalah burung induk yang selalu bertelur.  Tapi... dalam kata burung induk.. banyak juga dia bela burung jenis ni dan lain-lain jenis.  Dah boleh buat zoo burung tau.   
At last.. pujuk punya pujuk oleh my mom dan hubby, akhirnya dapat juga hubby aku burung yang diidamkan.  Dari nak 2 ekor... jadinya 5 ekor.  2 ekor dari  burung induk dan 3 lagi burung yang belum matang.   Tapi dah ok juga saiz burung tu aku tengok.  Cantik!!!  Yang bestnye.... sedara aku tu caj bayaran dengan kami hanya untuk 2 ekor jer burung induk sebanyak RM50 sahaja.  Katanya kalau anak burung yang dah agak matang, dia jual seekor RM20.  Tapi dia tak caj untuk 3 ekor tu... dia hanya minta bayaran untuk burung induk sahaja dan kalau beli kat luar tu mau mahal sebab harga burung yang pernah bertelur normally akan lebih mahal dari yang belum bertelur.  Kiranya yang 3 ekor lagi tu free lah... huhuhu.... best..best...best...  Yang lagi best.... sedara aku tu siap hadiahkan 2 buah tempurung kelapa  yang siap dibersihkan untuk burung tu bertelur.   Comel beb....
Yang kelakarnya.... mama aku pun loghat dah nak tempah burung kat sedara tu untuk dibela sebab mama aku dah ada sangkar burung yang agak besar yang diberi oleh cousin mama aku...  sekarang ni tengah repair pasang bumbung sebelum diserahkan pada mama aku.   Hisshhh... loghatlah mama ni... Hehehehhe

Balik dari rumah sedara tu, terus my hubby cari makanan burung... yang peliknya... boleh pula terlupa nak minta sedikit buat bekal sepanjang perjalanan nak bawa ke rumah aku nanti.   Haishhh.... sekali lagi... seperti Hanum dan Mak Anjang dia mencari kedai pet... kami pun meround cari kedai pet atau kedai burung yang buka di hari minggu menjual makanan burung... huhuhu.  At last kedai pet di Melaka Raya yang sama tempat Hanum beli peralatan kucing tu sahaja yang buka pada Ahad tersebut.  Huhuhu.

Dalam kata nak membeli makanan burung... boleh pula my hubby ternampak sangkar burung yang agak besar dan boleh dijadikan 2 tingkat kalau di pasang penghadang...  Fikir punya fikir akhirnya my hubby beli juga memandangkan kuantiti burung yang ada dah lari target dari yang asal untuk sangkar pertama yang kami beli tu.... kesian pula tak bebas untuk burung tu bergerak dalam sangkar kecil.... Tambahan pula... tempurung kelapa yang sedara aku bagi untuk bertelur tu penuh terus kalau dimasukkan dalam sangkar asal tu.... so kalau ada yang ini, luas skit tempatnya.  Akhinya terbeli la jugak!!!
Sangkar burung yang lebih besar dibeli oleh hubby aku siap di pasang tempurung kelapa yang telah ditogelkan...
Sampai kat rumah.... terus my hubby memulakan projek dia.... tempurung kelapa yang besar tu siap dibuang sabutnya supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam  sangkar baru... Sakan hubby aku mengerjakan tempurung tu sampai togel... sabo jer laa... tapi bila dah siap dan pasang pada sangkar.. cantik dan klasik pula aku tengok.. suke... suke... suke... Burung pun nampak selesa...
5 ekor burung yang beli kami bela dalam sangkar baru.. nampak lebih selesa
Comel burung ni tidur atas tempurung kela pa ni..
burung pun pandai posse tau... hehehehhe

20 September 2011 (Selasa) - Kajang

Setelah mengamati minat hubby aku dan meneliti sangkar kecil aku yang cantik tu kosong, aku berminat untuk membelikan hubby aku seekor burung lagi.  Setelah serve internet sana sini,  aku teringin sangat nak memiliki burung spesis macam parrot.  Kalau betul-betul parrot kena ada lesen.  Teliti punya teliti dan menilai harga burung ini... akhirnya aku berminat untuk membeli seekor parrot spesis Cockatiel dari seorang rakan di Sg. Chuah, Kajang yang mengiklankan burungnya untuk dijual dengan berat hati... hehehehehe... boleh gitu?? Nak jual tapi berat hati sebab takut pembeli tu tak menjaga burung itu dengan elok.  Sayang la tu sebab bukan senang nak bela burung yang hasil dia agak susah untuk dimiliki dan orang yang jual pula tu membela dan membiakkan burung itu dengan tangan sendiri dirumahnya... tentulah sayangkan....
Cockatiel yang diiklankan menarik perhatian aku
antara koleksi Aril untuk dijual....
Deal punya deal.. akhirnya aku berjaya membeli Cockatiel untuk hubby aku sebagai hadiah.  Comel giler beb!!  Penjualnya yang bernama Aril telah menghantar burung ini ke rumah aku pada sebelah malam di hari yang sama. Thanks Aril.  Happy giler laki aku walaupun target sebenarnya ialah dia menginkan sangat burung tiong emas atau murai batu.  For info... setau aku jenis Cockatiel ni tak memerlukan lesen... incase kalau ada sesiapa yang tau... beritahulah aku yer...

Inilah Cockatiel  yang aku beli... comelkan....

Setelah diletakkan di dalam sangkar cantik aku yang kosong tu... kesian pula aku tengok bila burung ni agak panik dan bila dia mengepakkan sayap dia... ruang sangkar itu nampak sempit... kesian..... tapi takper laa.... buat masa ni seekor aku rasa ok lagik..... Mana tau ada rezeki lainkan... pandai la hubby aku nak buat camner sok.. Yang penting dia minat dan nak jaga burung tu dengan kasih sayang....Heheheheheh
Cockatiel dalam sangkar aku yang cantik tu...
Dalam sangkar pun pandai nak posing... loghattt
Time to eat!!!
Dua buah sangkar yang mengandungi burung kesayangan hubby aku di rumah kami kini....
Oklah.... nanti kita story lain... tengok perkembangan burung ni macam mana yer..... bye

Hadiah Hanum dari Mak Anjangnya....

Posted by Emmymazli at 12:46 PG 0 comments
17 September 2011 - Melaka

Baru-baru aku ada balik ke Melaka.  Untuk sambung beraya ke rumah sedara-sedara yang tak sempat aku kunjung masa cuti raya yang lepas.  Nak dijadikan cerita.... adik aku Syila rupanya dah plan kalau aku dan family balik nanti nak bawa Hanum ke kedai pet  untuk membeli peralatan kucing yang bakal Syila beri pada Hanum nanti hadiah sempena birthday Hanum yang lepas. 
Hanum dan kucing kesayangannya
Hanum pun bukan main seronok la.... nak dapat hadiah yang diingini....  Hanum memang dah tahu yang Mak Anjang dia nak bagi 2 ekor anak kucing yang comel.  Tetapi ayah dia tak bagi bawa balik selagi kami tak pindah rumah.  Lagipun, pengalaman yang lepas masa Hanum terjumpa kucing seperti dalam story aku kat http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2011/07/hanum-kittynya.html , kucing yang Hanum jumpa tu hilang disebabkan anak jiran aku ni baik sangat sampai panjat pagar aku ambil kucing tu... bukan sekali... tapi 2 kali.  Mula-mula hilang aku tak suspect sesiapa.... tapi kali kedua tu hilang, berani pula anak jiran tu  kurungkan anak kucing tu kat rumah dia... saja nak tunjuk kat aku.  Bila aku tanya dia kata kawan dia punya.  Padahal Hanum jumpa kat sekolah.   Mengaku pula tu dia panjat pagar rumah aku ambil kucing tu.  Amat kurang asam!!!  So lebih baik aku hold dulu untuk bawa kucing tu ke rumah sekarang ni.  Banyak sangat beruk!!!
Anak kucing yang Mak Anjang beri pada Hanum
Jadi, seperti  yang diimpikan Hanum... akhirnya Mak Anjang dia pun bawalah Hanum ke kedai pet tu setelah dari hari Jumaat (Cuti Hari Malaysia) Hanum asyik tanya bila Mak Anjang bila nak bawa pergi kedai animal (panggilan Hanum untuk kedai pet... hahahah).  Ingatkan nak cari kedai dekat-dekat dengan rumah je malam Sabtu tu... akhirnya sampai ke Melaka Raya nak cari kedai pet sebab mostly malam kedai pet dah tutup.  Huhuhu!!

Dalam sibuk nak memilih peralatan kucing... boleh plak Hanum berkenan kucing yang muka flat face+persian kat kedai tu... Korang tau berapa harga...??? RM1000 okey!!!  So aku dan Mak Anjang diamkan saja walaupun kesiankan Hanum bila dia request tu... giler mahal tu... tak mampu den!!

Tapi Hanum tak kisah sangat sebab dia dapat apa yang dia inginkan.... nanti korang tengoklah gambar kucing dia  yang 2 ekor tu dan barang-barang kucing yang Mak Anjang dia belikan tu.   Senyum sampai ke telinga beb si Hanum!!! Disebabkan ini juga, Hakimi yang kununnya sekadar nak follow Hanum beli barang kucing ni, boleh pulak merajuk sebab tak dapat apa.  Huhuhuh... stress aku!!!
Kucing-kucing Hanum dan peralatan kucing yang Mak Anjang belikan
Sampai jer rumah mama aku, terus Hanum siapkan segala peralatan untuk kucing dia.  Walaupun ada sangkar Hanum tak kurungkan kucing-kucing dia sebab anak-anak kucing tu dah tau port buang air dia.  Tak payah nak buang dan basuh berak kucing tu kat alas sangkar tu.  Sungguh pandai!!!  Yang peliknya, jarang kucing nak duduk dalam sangkar dengan sendirinya.  Tapi kucing Hanum ni, cukup time nak tidur, lepak ke apa pandai pula masuk sangkar sendiri.  Heheheh... lawak!!!

Dalam Hanum dah seronok nak bawa balik ke rumah set kucing dan sangkarnya, boleh pula my hubby tak kasi bawa sebab takut kes yang aku story tadi... so Hanum... tunggu jerlah rumah baru nanti yer....  Biar atuk dan Mak Anjang  yang take care kucing Hanum tu sehingga kita pindah rumah baru nanti.  ^_^
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...