Selasa, 30 Disember 2014

Jom Support Hotel Jeonsa / Jeonsa Centre!!!

Posted by Emmymazli at 3:42 PTG
Assalamualaikum semua....

Today... mak nak promote skit usaha salah seorang guru Koryo Taekwondo Club berjiwa besar yang telah mula menjalankan bisness perhotelan disamping mahu memartabatkan sukan taekwondo di Malaysia.  

Nama guru taekwondo tersebut ialah Sir Shafiq Aidruss Al-Jufri.  Hotel yang diasaskan oleh beliau bersama beberapa ahli team beliau (aku sendiri tak pasti siapa... maybe ahli keluarga) bernama Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre. Menurut beliau, matlamat utama Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ditubuhkan adalah untuk menaikan Taekwondo di Malaysia khasnya. Insyaallah, dalam masa beberapa bulan lagi, Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ini akan menjadi pusat utama taekwondo di negara kita sama seperti di Muju Park, Korea. Yang penting... mereka-mereka yang menopoli sukan dan bisness ini adalah dikalangan anak  bangsa Melayu.  Bangga weh!!!

Eh lupa mak nak bagitau.  Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre ni terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Lokasinya di area pintu belakang Hospital Kuala Lumpur katanya.  Nanti aku akan update alamat dan lokasi yer...

Okay... dari keterangan dalam brochure yang Sir Shafiq bagi ni.... Hotel Jeonsa/Jeonsa Centre mempunyai bilik hotel yang terdiri daripada Deluxe Queen (Single Room), Deluxe Twin (Twin Sharing Room) dan juga Sports Dorm (Eight Single Bed).  

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah: 
  • 9 court badminton, 
  • Sports Cafe yang menyediakan masakan barat dan asia serta siaran sukan dunia, 
  • Studio untuk zumba/aerobic beserta audio system 
  • Bilik seminar/mesyuarat mengikut berapa ramai perserta yang boleh dimuatkan. 
Haaaa.. kelas koooo.... Untuk permulaan oklah sangat.  Memang tempat ini sesuai untuk para atlit menginap tak kisahlah atlit taekwondo atau yang lain-lain tu.  

Difahamkan... Hotel ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2015.  Cuma untuk Official Grand Opening masih belum dapat tarikh yang bersesuaian kerana tunggu jadual VIP yang diinginkan free. Insyaallah... perkara baik mesti dipermudahkan dengan baik....

Apa pon... aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sir Shafiq yang telah menjemput parents Koryo Taekwondo Club untuk buat lawatan ke Hotel Jeonsa ni.... Insyaallah... kalau berkelapangan aku dan anak-anak akan sampai untuk bagi support.... Insyaallah...



Nota Emmymazli:  Takut niat baik kita disangka lain.  Ya Allah... permudahkanlah.  Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...