Akhirnya
dapat juga pulang ke kampung melihat keadaan mak di hospital. Kami sampai jam 7.30 malam… Sedihnya…. Ahli keluarga mak dah
menunggu dan memandang kami seolah-olah marah pada kami kerana tak balik dari
awal jenguk mak… Malas aku nak fikir cakap dan prasangka orang. Diorang ingat kami ni suka-suka tak nak
balik. Jenis aku dan suami takkan cerita
hal kesusahan kami dengan orang apatah lagi minta duit diorang. Apa pon…. Yang penting aku dapat tengok
mak.
Sedih
lihat keadaan mak… Dihari lahir mak.. Berderet mesin ubat yang memantau dan
merawat mak sebagai hadiah… Naik takut aku tengok… Aku tau mak sedih kami tak
balik dari awal masa dia mengadu sakit.
Sebelum tu… hubby dah bagi tau mak… kalau mak nak rehat dan rasa tak
sihat… ajaklah Pakcik datang Cyberjaya… boleh jumpa cucu kalau betul-betul
rindu dan juga aku sendiri boleh tengok-tengokkan mak. Kalau perlu mak ke hospital dan ditahan wad…
kalau di Putrajaya kami senang nak uruskan… Tapi susah nak fahamkan mak. Mak selalu dengan egonya sendiri. Kadang aku sendiri sebagai menantu dia selama
13 tahun pon tak faham dengan mak ni.
Bukan dia takde duit nak datang rumah aku… dah tentulah kami
satu-satunya anak dia… apalah salah dia datang melawat kami bila dia rindu pada
cucu. Bukannya kami tak bagitau dia kami
susah dari segi kewangan. Tapi mak tak
nak faham sebab katanya kami dua-dua kerja.
Hmmm…. Sementelah alasan mak
kununnya mak tak nak susahkan anak-anak.
Tapi mak lupa kami bertanggung jawab di atas mak. Walau tak berduit… aku dan hubby masih mampu
jaga emak. Entahlahhh… bingung. Mak sendiri tak nak faham anaknya… takkan
kami terus-terusan nak bagitau kami tak punya ongkos untuk balik selalu. Aku tau mak kecik hati kami tak balik… tapi
tak bermakna kami tak bagitau mak sebab-sebabnya supaya mak mengerti keadaan
kami… tapi mak tak nak faham… Tanpa mak sedar mak mengadu domba dengan saudara
mara tentang kami. Hakikatnya… aduan mak
telah disalah tafsirkan oleh mereka.
Sekarang
bila mak dah terkulai di katil hospital… semua seolah-olah menyalahkan kami
sekeluarga… tak nak cuti pasal mak sakit… tak nak balik pasal mak sakit… tak
kesian ke kat mak…??? What the fish!!
Pakcik terutamanya…. Terus-terusan brain wash anak-anak aku tentang
kedegilan kami tak balik kampung sebelum tu…. Padahal aku dan hubby dah
ceritakan masalah kami… bukan takat kewangan… anak-anak aku nak periksa
terutamanya Hanum yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini… setiap minggu
ada kelas tambahan dan juga kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Bukan aku suka-suka tak nak balik… Kimie dan
Hanum terus menangis…. Apatalah bila melihat keadaan neneknya… lagu sayu hati
anak-anak aku seolah-olah dosa diorang menyebabkan nenek sakit kerana rindu
mereka… Hmmmm…. Sabarlah anak-anak.
Walaupun
hanya dapat melihat mak layu di katil hospital… sekurang-kurangnya lega dah
dapat melihat mak. Kita nantikan keadaan
mak esok.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!