Isnin, 16 Jun 2014

3rd Leg of the SPORTEXCEL-NSC-MILO-TM (WTF) National Taekwondo Circuit 2014

Posted by Emmymazli at 3:41 PTG
14-15 Jun 2014 - Presint 11, Putrajaya

Alhamdulillah.... Anak aku Hanum akhirnya berjaya ke 3rd National TM Circuit bersama-sama team Koryo Taekwondo Club.  Hanum akan mewakili Excel dalam kategori Bantam Girl Cadet 12-47 years old. Setiap kategori dari Koryo Taekwondo Club akan ada 2 orang wakil meweakili Koryo dan juga Excel.  Team Koryo Taekwondo Club kalini akan bergabung dengan pemenang pingat emas dari 1st dan 2nd TM Circuit 2014 bersama pemenang pingat emas tahun 2013.   Perjuangan kalini ini memang sangat sengit kerana bukan sahaja Hanum akan berlawan dengan kawan sendiri dari kelab yang sama tetapi Hanum akan berlawan dengan pesaing dari kelab luar yang hebat-hebat juga.  Cabaran baru buat Hanum untuk bermain sebagai pemain kebangsaan dalam Koryo Taekwondo Club.  Bukan senang nak galas tu kan....

Rezeki Hanum bila dah mewakili Koryo Taekwondo Club tahun ini... dia dibekalkan dengan 1 sut jacket dan seluar untuk keseragaman.  As mom dah tentu aku rasa bangga bila anak aku pakai jacket sedondon dengan team berdiri bersama pemain kebangsaan mewakili kelab.  Happy for you Hanum!!

Alhamdulillah juga... sebagai pemain junior... Hanum menunjukkan prestasi agak memuaskan cuma perlu  banyak lagi diperbaiki.  Perlawanan kalini Hanum perlu menentang 2 orang sahaja yang pernah menjadi juara pada beberapa National TM Circuit tahun lepas termasuk seorang dari kawan dia adalah dari Kelab Koryo sendiri.  Perlawanan kalini merupakan round robin (liga) dan bukan kalah mati seperti perlawanan sebelum ini.  Hanum akan bertemu dengan kedua-kedua pesaingnya untuk mendapat tempat antara pingat emas, perak dan gangsa.

Rezeki Hanum dalam 3rd National TM Circuit ni hanyalah pingat perak.  Syukur alhamdulillah.  2 orang pesaing yang berentap dengan Hanum, salah satunya adalah sahabat dia sendiri dari training centre yang sama dan merupakan orang lama.  Hanum kalah dengan Nana Azami tetapi dengan pesaing dari kelab lain Hanum menang dalam perlawanan.  Ini menjadikan mata Hanum 1 (satu) kerana menang 1 perlawanan dan Nana Azami 2 (dua) kerana menang 2 perlawanan.  Ini menjadikan Nana Azami sebagai pemenang pingat emas dan Hanum pemenang pingat perak serta seorang lagi pesaing dari kelab lain tu mendapat pingat gangsa (walau kalau kedua-dua perlawanan) bagi kategori Bantam Girl Cadet 12-47 years old.  Syukur alhamdulillah sekali lagi.

Walau apa pon... Hanum kena tingkatkan usaha.... banyak lagi yang perlu diperbaiki.  Moga Hanum sentiasa ada rezeki dalam bidang taekwondo ni.  Aminnn...
Nota Emmy: Terima kasih kepada Koryo Taekwondo Club yang buat surprise untuk Sambut Hari Bapa pada petang itu selepas tamat program.  Terharu sangat.... tapi kesian kat Hanum sebab ayahnya tak dapat turut serta kerana keluar uruskan kenderaan yang tak siap-siap di bengkel kerana accident baru-baru ini.  Tapi apa pon... everybody happy tengok ayah-ayah masing-masing diraikan.  Special thanks to Teacher Alice.
Minta penghargaan dari coach sendiri... 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...