Ya
Allah… bagai dipanar halilintar bila mendapat berita mak mertuaku kena serangan
jantung. Rasa penat… letih… sedih… nasib
malang menimpa-nimpa…. Apa yang perlu aku buat aku sendiri buntu…. Dalam
keadaan mak sakit… aku tak dapat balik secepat mungkin… kereta aku masih
dibengkel kerana kejadian langgar motor sebelum ini. Dengan aku takder duit nak balik… setakat belanja
harian memanglah ada… tapi untuk balik kampung aku totally out of budget sebab banyak
perkara yang aku terpaksa uruskan…
Setiap kali balik kampung… bukan sikit-sikit duit akan keluar…. Ya
Allah… satu-satu dugaan yang aku alami tahun ini. Kenapa aku dan keluarga aku yang kau duga Ya
Allah….
Sepatutnya
mak akan sambut hari lahir dia pada 27 Jun ni tapi mak telah sambut hari
jadinya di hospital. Pada awalnya, aku
difahamkan oleh pakcik (gelaran bagi pak mertua aku) yang badan mak
bengkak-bengkak. Akibat tak tahan tengok
keadaan mak… pakcik gagahkan hantar mak ke hospital walaupun pada awalnya mak
sendiri tak nak. Bila hantar ke
hospital… doktor sahkan mak mengalami masalah jantung dan perlu ditahan di
dalam wad CCU. Malam tu… semasa mak baru
dimasukkan ke CCU.. mak tiba-tiba mengalami pendarahan dari dalam perut
membuatkan mak muntah-muntah darah.
Keadaan mak tiba-tiba kritikal.
Doktorkan maklumkan kepada parents aku yang kebetulan melawat mak bagi
pihak kami yang tidak dapat rushing balik malam tu yang mak kena serangan
jantung dan pendarahan dalam perut serta memerlukan perhatian yang rapi dari
pihak hospital setiap masa.
Aku
bingung…. Mana nak cari duit nak balik kampung… dengan keadaan kereta yang
masih di bengkel…. Pomen janjikan pada aku yang kereta akan siap minggu tu dari
awal tapi masa dapat berita tentang kesihatan mak … kereta masih tak siap-siap
juga. Patutnya minggu sebelum tu aku
balik jenguk mak… tapi dek kerana eksiden tu… dan juga kerana dek duit dah ke
arah lain terpaksa aku senyap dari berura-ura untuk balik kampung. Dah dekat 2 minggu…. Janji tinggal janji…
terpaksa juga suami aku menengking kat pomen tu suruh siapkan kereta bila
fikirkan keadaan mak.
Apa
pon… aku tunggu keputusan suami aku…. Tunggu kereta siap… aku bukan pulang
seorang yang boleh naik bas sendiri-sendiri.
Aku kena balik sekeluarga… Nak
bincang dulu ngan mama and abah aku pasal nak balik kampung ni…. Harap mereka
boleh bantu. Aku takkan harap orang
lain… Sedihnyaaa…. Mak tunggu kami balik yer….
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!