6 Jun 2014 - Persimpangan KBS & NRE
Ya Allah... apa la nasib aku nih... apalah ujian Allah nak bagi aku sebenarnya... baru aku nak dapat rezeki lebih sedikit untuk cover perbelanjaan aku setelah habis duit bercuti ke Langkawi... bleh plak eksiden dengan motor.
Hmmm... tak tau nak salahkan saper... aku atau motor tu... masa kejadian tu... aku dalam perjalanan balik rumah dari ofis... kena pon kat depan pejabat di simpang tiga nak ke jalan besar. Tapi honestly aku memang silau matahari petang tu... masa aku keluar... aku memang tak nampak motor pon dari arah kanan walau aku menjengah... jadi aku keluar simpang seperti biasa.. tup tup... dammm belah pintu kanan aku.... memang terperanjat giler.
Aku terus himpit ke tepi... nak buka pintu tak boleh.... toleh belakang tengok-tengok ada budak kecik atas jalan tertiarap sambil nangis.. menggelabah giler... terus aku ke tempat duduk sebelah dan buka pintu... aku perhatikan anak perempuan dia menangis tak berhenti... berdarah di atas mulut dan dahi. nasib baik tiada ada yang parah... si ayah yang bawa motor luka di kaki dan tangan.... nasib baik tak ada apa yang buruk berlaku... terus aku bawa mereka berdua ke hospital putrajaya dan motor minta lelaki yang menjaga kiosk di tepi jalan tu uruskan.
Sampai di hospital putrajaya terus aku hantar mereka berdua di wad kecemasan... lepas hantar tu aku terus cari parking kereta. Dah dapat parking terus aku menuju ke wad kecemasan... Lelaki yang eksiden dengan aku tunggu tu namanya Rosaidi... aku menunggu dengan tenang sambil dia mendaftar untuk berjumpa doktor. Anaknya yang tadi menangis akhirnya dah ok. Dalam baik aku pujuk dia duduk dengan aku dan alhamdulillah... dia ok dan senyap jer. Sehinggalah tak lama selepas itu isteri beliau datang dan menerpa anaknya dengan tenang. Nasib baik wanita tu baik orangnya dan rileks... Ada setengah manusia dah menggelabah monyet kalau tengok ahli keluarganya kalau terjadi apa-apa. Dia nak pastikan anak dan suaminya tidak apa-apa yang teruk berlaku barulah hatinya tenang. Selepas menelek anak perempuannya barulah dia boleh bersalam dan berborak dengan aku baik-baik.
Sambil menunggu kami menunggu giliran untuk dia dan anaknya berjumpa doktor... jauh di sudut hati aku berdoa agar tiada apa-apa yang berat berlaku pada mereka. Kalau tengok kecederaan Rosaidi macam patah or retak di bahu. Entah laaa.... Dalam hati runsing dengan apa bakal berlaku... adusss... bila fikirkan balik aku jadi tension tapi aku cuba jadi tenang. Berdoa agar tiada apa berlaku.... itu belum lagi difikirkan apa yang perlu aku bincangkan dengan hal kenderaan kami. Bab aku takper laa... bab dia... Ya Allah... tension aku dibuatnya. Hubby dah malas nak layan or fikirkan pasal aku... dia suruh aku settle sendiri. Lagi buat aku tension!! Apa-apa biarlah tunggu keputusan doktor.
Dalam 3 jam di hospital menunggu dengan penuh sabar dan doa... hasil pemeriksaan doktor dan ujian x ray kedua-duanya... alhamdulillah dua-dua selamat dan hanya luka kecil sahaja. Lega rasa. Ujian kedua pada aku... Rosaidi tanya aku macam mana nak settle. Kalau difikirkan... jika aku nak claim insurans memang acces aku tak lepas dengan kerosakan begitu. Buat rugi aku punya ncb insurans jer kalau nak claim. Lebih elok kalau buat sendiri sahaja. Tapi kalau nak buat dua-dua skali dengan motor dia memang jauh dari kemampuan aku. Sebab kami sendiri tak pasti kesalahan siapa. Kalau setakat aku punya kereta... kemek pon aku still boleh bawa lagi hinggalah aku ada duit untuk repair. Jadi setelah bincang dan lihat kembali keadaan motor dan segalanya... akhirnya kami decide buat sendiri-sendiri. Hmmmm.... lega rasa....
Apa pon... seperti biasalah... kena tahan telinga dengan laki aku tu.... lepas seminggu lebih kereta tak hidup dan tersadai di rumah menunggu ada duit untuk direpair... kami berharap pakai kereta angah yang kebetulan dia balik Sabah minggu tu... yang geram tu... bila aku nak hantar kereta tu pergi repair setelah ada duit skit boleh plak bateri kereta aku kong. Adussss... dugaan buat aku betullah. Kenalah cari juga RM200 untuk tukar bateri pulak. Haiiii laaaaaa.... Sabo jer laaaaaaa pasrah jer ok....
Resepi Ayam Panggang Simple
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!