Salam semua....
Sejak umur mula nak menginjak ke 34 tahun ni... banyak perkara yang aku cuba untuk perbaiki dalam hidup aku. Huhuhu... walau aku tahu aku ni tak la sebaik mana.... tapi aku tetap mahu cuba memperbaiki diri untuk jalan yang lebih diredhai Allah. Moga Allah terus bagi peluang untuk merubahkan diri aku.
Lately ni... ada beberapa kawan dah mula menegur perubahan aku yang tak berapa ketara ni... Kalau kawan dan sedara terapat maybe perasan kot. Huhuhu..... malas la nak selindung-selindung. Sebenarnya aku dah mula bertudung bila keluar kemana-mana berbanding sebelum ni aku hanya bertudung di ofis sahaja. Huhuh.... Sedikit demi sedikit perubahan yang cuba aku bawa walau aku tau menutup aurat itu wajib tapi sebelum ini aku telah abaikannya. Moga Allah terus kuatkan semangat aku untuk berhijab dan permudahkan segalanya. Walaupun aku perasan yang aku sering juga la migrain lately ni bila terlalu lama bertudung dan panas.... hopefully Allah permudahkan niat aku ni yer.... Insyaallah. Korang di luar sana doakan aku yer!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!