Rabu, 17 April 2013

Cerita Sensasi Penulisan Aku Dalam Blog Jadi Isu Di Surat Khabar

Posted by Emmymazli at 5:24 PTG
Alkisahnya... bila isu entry dalam blog aku ni mengenai Kayuhan Patriotik 1 Malaysia Putrajaya Bersama PM (aku terpaksa delete entry aku tu atas nasihat teman-teman) menjadi isu besar mengenai basikal 'free' semasa event itu dijalankan.  Panasss ok!!! Dalam aku cuti minggu lepas berbakti untuk orang tua... tiba-tiba aku di maklumkan yang aku sekarang glemer bila muka aku kuar dalam akhbar  berbahasa inggeris Malay Mail.  Pelik tiba-tiba bila ada teman yang menyatakan begitu.  Kalau lah glemer perkara yang baik takper la jugakkan.... ni perkara tak baik. Aku jadi suspen la kan.... Lepas tu kawan aku suruh tengok dekat papan kenyataan KBS mengenai keratan akhbar yang ada print screen blog aku tu.... Terperanjat aku bila tengok keratan akhbar yang dimaksudkan tu pada Ahad lepas. 

Menurut artikel wartawan Haresh Doel dari akhbar Malay Mail bertarikh 12 April 2013 yang mengskodeng dan mencuri gambar dan memprint screenkan gambar serta penulisan dalam blog aku tu tanpa kebenaran tu... ramai yang mengaku membawa pulang basikal 'free' yang sepatutnya dipinjamkan untuk program itu.  So untuk membuktikan artikel dia ni betul.... dia telah menjadikan blog aku sebagai tempat di mana bukti  artikel dia yang aku telah dapat basikal 'free' tu dari pegawai KBS sendiri.  So ibarat macam menuding jari sesama sendiri la kan....   

Yang aku bengang tu.... terang-terangan kot dalam entry aku yang diprint screen oleh Haresh Doel tu aku bagi tau aku minta dengan cara baik... bukan mencuri kat kontena or kat tempat diorang landingkan basikal kat kbs tu... bukan main ambil dekat tempat mendaftar pasar tani tu.... or alasan aku tak tau mana nak pulangkan setelah gunakan basikal..... terang-terangan aku  bagi tau aku minta dengan cari baik itu pun setelah basikal  pertama  yang kami gunakan telah dipulangkan..... nak jadi citer... basikal yang kami guna untuk program yang telah dipulang tu pun bila skali lagi kami pandang dah  hilang.... so... nak salahkan siapa?? aku.... atau ramai lagi manusia yang mencopek basikal tu...  bukan aku sorang tapi saksi beberapa orang kot.  Tapi disebabkan aku berlaku jujur dalam blog.... maka adalah beberapa hamba Allah ni dengan tanpa usul periksa telah menuduh aku 'pencuri'. Wow!!! Memang terbaik la korang!!!  

Paling aku kesalkan..... orang ramai yang berpusu-pusu menahan kontena sambil mengambil basikal yang masih dalam kotak malah bukan 1 tapi untuk seluruh ahli keluarga mereka walaupun tak sertai program ni.... takde pula orang dok tuding jari ke apa kan.... itu aku tak cakap lagi 1 penghuni bas KKR membawa balik balik basikal 'free' penuh dalam bas.... malah abang-abang polis yang bertugas pon ambil basikal 'free'... camner tuh??  Aku just tak dapat bukti jer bila ada kawan aku cakap ada basikal 1 Malaysia di tapak pasar tani semasa sesi mendaftar tu ada tertulis signboard 'tak perlu dipulangkan'.  Itu namanya apa ekk??? Sebab tu orang dok ingat basikal yang tak dipinjamkan.  Nasib la aku takde bukti... kalau ada bukti.... perghhhh!!! Memang best la camner Haresh Doel dah malukan aku dalam surat khabar. 

Dalam kes aku ni.... aku memang tak terlibat pon dalam kes curi... kes mengambil... kes tak pulangkan dan sebagainyalahkan..... aku pergi minta dengan cari baik dekat KBS pula tu....  Pada pendapat aku dan kengkawan aku pada ketika itu... mungkin ada peruntukan untuk peserta pada ketika itu.  Cuma mungkin kalau diwar-warkan nanti semua orang serang.  And one thing... jika diberi kat KBS ramai yang tak tau... kalau kat pasar tani sana ramai buaya langap yang mengambilnya.... Kalau betul dari awal aku tau takkanlah aku dah pulangkan basikal pertama tu dulu.... Dan kalau  benar tak bolehhh nak bagi dan basikal tu hanya untuk event.... kenapa bila kami minta orang tu bagi?  Dan paling aku hangin kalau nak siasat la bagaikan setiap pegawai kbs dan orang yang mengambil basikal tu.... setau aku la dari sumber kengkawan aku di sini.... ada 2 lori basikal yang dibawa masuk ke basement bangunan KBS.... then  basikal tu diagihkan kepada staff KBS keesokan harinya.... warghhhh... kalau gitu best la kan warga KBS.... asik dapat menda 'free' jer.... aku yang minta elok-elok ni dikatakan mencuri... orang KBS sendiri dapat basikal nak kata apa ekk??? Kata basikal tu hanya untuk event jer..... bukan untuk sesiapa kan walau staff kbs yang tak join event.... best arr gitu... or memang kalau jadi warga kbs dapat banyak kelebihan ekkk... hmmm entah laaa....    

Dalam hal ni... aku memang kesian dengan pegawai KBS yang menguruskan... tak pasal-pasal kena siasat la bagaikan..... walaupun niat baik.... tak pasal-pasal kena lak dek perlakuan orang yang benar-benar MENCURI DAN MENGAMBIL BASIKAL tu.  Memang aku tak nafikan.... keadaan ketika itu tak boleh dikawal.  Tapi dalam kes aku dan kengkawan lain ni camno.... ??  Aku  memang persalahkan wartawan Haresh Doel ni sebab menggunakan blog aku untuk menyenangkan kerja dia dan juga memalukan aku di khalayak ramai sebab artikel dia.  Kenapa perlu print screen blog aku...??? Orang lain yang cerita-cerita tak pon... sebab aku jujur sangat???   

The thing is.... ada pula membidas kat shoutbox aku kata aku mencuri/pencuri or what ever laa..... huhuhu... korang yang cakap lebey ni baca ke tak print screen tu??? Ke nak aku ajar mengeja dan tatabahasa.  Kalau disebabkan sebiji basikal ni nama dan maruah aku tercemar dek wartawan dan manusia main lepas cakap ni.... aku rela pulangkan balik basikal ni.... tapi dengan syarat....  
1.  Aku takmo jumpa setakat kakitangan KBS yang bawahan.... sebab aku tau ada agenda korang nak memunya basikal tu akhirnya kan.... biar buruk basikal jangan hati buruk!!  Hati aku pon tak sakit!! 
2. Wartawan Haresh Doel kena minta maaf terang-terangan dengan aku sebagaimana dia dah malukan aku dalam surat khabar walau tak mention nama blogger tersebut. 
3.  Kalau setakat aku sorang yang pulang basikal.... camner dengan berapa ribu basikal yang orang lain dah ambil tu termasuk yang dah dibagi kepada staff KBS sendiri??? aku nak juga orang lain pulangkan basikal terutamanya yang dah mencopek tu...siasat la selagi boleh siasat?? boleh?? sedangkan aku minta cara baik pon orang kata aku mencuri.... so macam mana dengan yang lain?? adil ke?? 
4.  Dalam hal ni.... aku tak nak mana-mana pegawai kbs dipersalahkan.... sebab aku tau niat pegawai tu baik.  Tapi disebabkan orang yang berhati busuk... cemburu... mula la kan..... hmmmm... manusia-manusia.... dunia-dunia....   

 Bila dah jadi gini.... 1 perkara jer yang jelas sekarang..... SIAPA SALAH SEKARANG NI??? JANJI?? PERANGAI CAM HAPRAK!!  Cukup setakat itu kata-kata aku.... aku takmo cakap lebih-lebih sebab aku masih menjaga tatasusila aku sebagai pegawai kerajaaan. Sendiri mau fikir la beb!!  Terima kasihlah wartawan Haresh Doel!! Kalau aku saman patut tak sebab mengggunakan hak aku seperti yang aku nyatakan dalam bawah blog aku tu??? Siapa bagi keizinan ko ek??? Kurang ajar lah ko nih!!!
Artikel  Haresh Doel yang aku maksudkan dalam Malay Mail 12.4.2013

Dari artikel yang sama but aku ambil dari internet

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang musibat wartawan haresh doel nie..dasar samdol..

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...