Rabu, 24 April 2013

Kes Kecurian di Taman Pinggiran Cyber

Posted by Emmymazli at 5:49 PTG

Salam semua…

Harini rasa amat terpanggil nak story kisah kecurian yang berlaku di taman rumah aku ni.  Memandangkan berlaku beberapa rentetan kecurian di taman aku ni…. Aku jadi seram lak nak stay rumah sengsorang dengan anak-anak bila hubby aku takder…
Bermulanya kecurian yang berlaku sebelah jer dengan rumah aku… rumah sewa yang didiami student pada penghujung Januari lepas… kemudiannya selang beberapa hari pula…. Ada juga rumah sewa student lagi yang dipecah masuk dan juga cubaan masuk rumah penghuni lain.  Tak lama lepas itu dalam bulan Februari… cubaan mencuri lagi di rumah kawan seopis aku di NRE… nasib baik rumah dia pakai pintu selak dalam… kalau tak sia-sia jer.  Dah la dia berdua jer dengan adik dia tanpa suami masa tu. 

Bulan lepas berlaku lagi beberapa kes pecah masuk… mostly rumah student dan rumah-rumah yang kawasan hadapannya menghadap tanah lapang…… itu blom lagi rumah yang penghuninya macam jarang-jarang ada….. memang seolah-olah ada orang yang meronda dan mentarget rumah di taman perumahan aku nih.  Huhuhu… Banyak benau suspeknya aku dengar.

Bulan ni pula…. Minggu lepas ada lagi cubaan pecah masuk di rumah penduduk taman ini yang menghadap tanah lapang tu….. Then hari Ahad lepas baru lagi aku dengar 2 kecurian berlaku serentak…. Rumah tu pula sederet dengan rumah aku lagi…. Hmmm…. Apa la nak jadi….

Maka disebabkan kekerapan kecurian dan cubaan mencuri kerap  berlaku walaupun rondaan polis selalu diadakan… hari Isnin lepas….  1 meeting taman telah diadakan bersama penduduk taman… mesyuarat telah memutuskan supaya rondaan dilakukan secara bergilir oleh penduduk taman (orang lelaki la kan…).  So malam tu bermula la syif pertama hingga la malam tadi. 
 
Nak dijadikan cerita… tiba-tiba pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kecurian lagi di rumah student di taman perumahan aku tu…. Heiiii… apa la nak jadi.  Naik ngeri pon ada…. Risau terkena batang idung sendiri…. Gerak hati merasakan orang yang mencuri tu macam orang dalam jer…. Hissshhhh….

Apa pon kengkawan… perlbagai langkah berhati-hati aku telah ambil terutamanya bila hubby aku takder.  Korang diluar sana doakan kesejahteraan dan keselamatan aku sekeluarga yer dari ancaman jahat manusia.  Aku bimbang juga….. Amin….

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
saya baru duk taman ni hujung bulan 6 ari tu...alkisahnya ada gak yg curi2 ni ya...patutlah ada yg jaga...tq ya share..kena berhati2lh lepas ni

Tanpa Nama berkata...

Seriau gak nak dok situ baru je ronda siang td cari umah sewa kawasan tu..manala nak duduk ni..tgk rumah kawasan tu ok dh tapi..

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...