Khamis, 22 November 2012

Jalan-jalan Ke Snowalk I-City

Posted by Emmymazli at 5:53 PTG
Yuhuuu....

Today nak share story aku dan family pergi jalan-jalan di I-City.   Niat asalnya nak temankan bibik aku dan family dia dari Melaka jalan-jalan ke Bukit Cahaya Shah Alam.  Bila dah sampai sana.... masing-masing terfikir pula apa yang boleh dibuat kat situ dengan keadaan hujan renyai-renyai ditambah pula dengan terlihat orang yang lalu lalang kat situ masing-masing memakai pakaian dan kasut sukan dalam keadaan yang basah.  Dah la kat situ  hutan... orang pergi ke situ dah tentulah jungle tracking ke apa..... ni boleh plak masing-masing pakai cantik-cantik and yang paling sadis bila ada yang pakai heels... Hahhaha... Camno tu.... Lebih-lebih pon kalau nak ke situ.... boleh masuk ke Rumah Empat Musim jer laa tapi tempat tu pon tutup.  Apa pon tak boleh... Hahahha...  Dengan perut lapar tu... kitorang pon keluar dari situ dan mencari tempat makan dan teruskan perjalanan ke I-City.

Sampai-sampai kat situ tempat pertama kitorang tuju ialah Snowalk.  Teringin nau nak feeling-feeling oversea kenalah datang ke situ... Ala-ala winter sonata gitu... hahahhaha..... Bayaran per head dewasa masa tu RM25 dan kanak-kanak RM20.  Perghhh masak aku!!  Tapi dah sampai takkan nak balik dan tak nak masuk pulakkan.... so redah jer leee.   Bayaran include baju sejuk yang disediakan kat dalam tu.  Cuma boot ala Pua Chu Kang + stokin tu jer yang kena sewa lagi RM10.  Tapi... erk.... bau takleh tahan skit... but redho jer leee.  Hmmmm.
Dalam loghat-loghat nak bersiap masuk ke dalam tu.... boleh pula terjumpa kawan seopis si Alin dan family dia.... hihih... kot opis jarang berjumpa... kalau jumpa pon kadang wat tak tau lak... tetiba bleh plak jumpa kat sana... siap posing sekejap lak tu... hahahhaa....

Masuk-masuk kat sana... jadi orang jakun dah masing-masing.... nak feeling oversea sangatkan.... sejuk tak hengat!! Hahahah.... Ntah berapa kali la aku jatuh.... dah tak rasa apa dah.  Masing-masing sakan bergambar.  Pada aku laa... kalau dah sejuk gitu... takleh tahan aku nak duduk lama-lama... camner la orang kat kutub utara tu leh hidup ekk.... haishhh.... Anak-anak aku jangan cakap laa..... suma menda dia nak try.. mengelinjat lebey...sebab tu gambo diorang kurang kat sini.  Tak lama pon kitorang duduk dalam tu.  Tak boleh tahan der..... Sejuk sampai tahap kebas dah... ada kot duduk kat situ dalam 30 minit jer kot.... kitorang pon keluar le dari peti ais tu... tak kuase nak duduk lama-lama.  
Keluar dari Snowalk tu... dah alang-alan ada masa dalam 1 jam lebih skit untuk masa berganjak ke malam dan nak menunggu kawasan lampu-lampu kat I-City tu... kitorang pon pergi la makan dulu mengisi perut kat KFC yang berada betul-betul di sebelah tempat lampu-lampu kat I-City tu.  Elok-elok perut kenyang jer dan tepat jam 7.00 malam.... lampu-lampu pokok di I-City pon terpasang.... kitorang pon beransur la ke sana.... 
Sebenarnya... family aku dan Angah dah pernah sampai ke sana... so tak berapa la excited sangat pon macam mula-mula sampai dulu... so kami bagi can la kat family Bik Limah aku tu jenjalan menikmati keindahan lampu  yang bewarna-warni kat situ.  Sakan benau diorang bergambar... hihih.... Disebabkan kitorang di situ awal... maka balik pon nak awal laa... jam 10 lebih dah sampai rumah.  Takder apa nak buat.. just berehat sudah... Bibik dan family pon sebenarnya nak ke KLIA untuk berjumpa mertua bibik, ayah kepada arwah cik jamal yang baru balik dari Mekah dan akan sampai jam 12.30 malam... So bila sampai rumah aku jer... masing-masing semua bersiap untuk keluar semula dalam jam 12 tu.  Lagipun rumah aku dari KLIA tak jauh mana pon.  Dalam 15-20 minit dah sampai.  So diorang tak perlu la terkejar... heheheh

Oklah... tu jer story nye pon.... jumpa di next entry... tataaaaa

Jom layan gambo... kat sini... hehehehe

2 comments:

OKje on 5 Disember 2012 pada 8:45 PTG berkata...

Dah pegi jugak.... teringin nak pegi water park dia pulak!

Emmymazli on 18 Disember 2012 pada 6:50 PTG berkata...

Samala.... Teringin juga nak sampai situ....

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...