Salam...
Today aku nak share pasal penyertaan aku dalam team koir NRE atau lebih dikenali Rhapsody Choir de NRE.
Pada 16 Oktober 2012, Selasa lepas, berlangsungnya pertandingan koir sempena Hari Inovasi NRE 2012. Semua jabatan di bawah NRE kecuali JBK yang joint venture dengan NRE HQ yang telah terlibat sama seperti tahun lepas. Nampaknya tahun ini, penyertaan amatlah sengit. Boleh dikatakan semua peserta dari setiap jabatan telah bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.
Rhapsody Choir de NRE |
Tahun ni, team aku membawa lagu Inovasi yang telah diolah dari segi sususan music dan juga lagu medley dari genre music terkini iaitu Aku Maafkan Kamu (lagu asal Jamal Abdillah dan Maliq) & Aku Anak Kampung (lagu asal Jimmy Palikat & One Nation Emcee). Alhamdulillah... segala penat lelah dan pengorbanan sumer ahli yang datang pada hari minggu dan training sampai malam terbalas dengan kelayakan kami masuk ke final bersama 4 lagi team yang akan bertanding ke final. Team yang akan ke final JPSM, JPS, JAS dan JMG.
Team aku memang tidak boleh merasa selesa walaupun layak ke final. Happy memang la happy bila layak ke final tapi pada penilaian aku sendiri... aku memang rasa tak puas hati dengan pencapaian team aku pada kali ini. Aku berharap sangat kerjasama dari semua ahli pasukan aku untuk lebih komited dan work hard. Sekurang-kurangnya kami dapat target tempat yang terbaik pada tahun ini. Hopefully... Amin... Kita tunggu keputusannya...
Anyway... good luck for the final pada 30 Oktober 2012 nanti yer kengkawan aku....Buat pembaca blog aku ni... doakanlah kami yang terbaik yer tahun ni.... Tq ^_^
So layankan jer laa gambar kami ni yer sepanjang hari pertandingan tu.
Tataaaa....
With Cikgu Ina |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!