Pada 11 Oktober 2012 yang lepas... Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRE telah menganjurkan Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2012 yang melibatkan semua jabatan di bawah NRE seperti tahun-tahun sebelum ni. Tahun ini... NRE menghantar kumpulan bernama Arrazin yang terdiri dari peserta lelaki sahaja berbanding tahun-tahun sudah yang membawa ahli lelaki dan wanita. For info, penyanyi-penyanyi nasyid tu pun dari kengkawan kumpulan koir jugak kecuali sorang tu memang kebetulan minat pada nasyid jer... wakil-wakil artis dari NRE ni tak ke kemana pon diorang-diorang nih. Pusing-pusing situ jugak.
Tahun ini... Arrazin atau NRE sendiri mempertaruhkan lagu dari kumpulan Rabbani iaitu Kerlipan Cinta dan lagu baru Wacana Merdeka yang dicipta oleh guru kami Cikgu Fadzli dari Kumpulan Far East. Ehh... kebetulan pula... tahun ni cikgu kami sendiri jadi artis undangan... perghhh!! Seronok dan bangga tengok cikgu sendiri menyanyi!!
Far East sebagai penyanyi jemputan
Ahahhh.... Apa pon aku nak ucapkan tahniah kepada Arrazin kerana muncul Juara untuk Festival Lagu-lagu Dakwah NRE 2012 tu. Bagi pihak aku, memang rasa happy kerana kengkawan kita menang.... tapi jauh di sudut hati...hihi.. jeles pon ada.... sebab bila kita tak masuk plak diorang ni jadi juara. Hihihi... sungguh notty!! Anyway... sajer jer.... mungkin NRE perlu perubahan... dan aku sendiri pun perlu berubah juga.... Yang penting... aku boleh tumpang gembira di atas kejayaan kengkawan....
Kebetulan pada tahun ini.... time yang aku tak join nasyid ni pulak... terserempak dengan Abg Mie dan Abg Waie orang kuat dari Nasyid.Com. Abg Mie ni yang popular dengan lagu yang di nyanyikan OST I'm Not Single tu. Meleleh tau dengar lagu tu... 2 orang ni pernah menjadi cikgu nasyid masa aku muda-muda dulu... hihihih...... malu pon ada bila bersua....
Abg Mie (kiri) dan Abg Waie Ramly (kanan) |
Anyway, congrats Arrazin dan NRE!!
p/s: Terima kasih Cikgu Ahmad Fadzli dari Kumpulan Far East yang setiap tahun memberi kami kemenangan dan sentiasa dalam ranking top 5. Bangga ada cikgu macam awak dan saya amat bangga atas usaha saya dulu dapat cikgu macam Cikgu Fadzli dari 3 tahun lepas hingga kini!! Love u Cikgu!!
Cikgu Ahmad Fadzli (kanan) dan rakan seperjuangan Far East |
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!