Rabu, 31 Oktober 2012

Pertandingan Koir Inovasi NRE 2012 (Final) - Kami Juara!!

Posted by Emmymazli at 11:57 PG
RHAPSODY CHOIR DE NRE
Salam semua....

Today aku still dalam mood happy sebab semalam, 30 Oktober 2012 bertempat di Dewan Baiduri, NRE kami kumpulan koir gabungan NRE dan JBK atau dengan nama glemernye Rhapsody Choir de NRE berjaya menyandang gelaran JUARA untuk pertama kalinya dalam sejarah koir kami.  Tiada kata yang dapat diluahkan... hanya rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana usaha dan  titik peluh ahli koir NRE ni berbaloi.  

Pada aku sendiri.... aku syukur kali ni... hubby aku lebih positif dengan penyertaan aku dalam pertandingan koir tahun ni walaupun adakala aku terpaksa balik lewat dan datang pada hari minggu.  Terima kasih juga tak terhingga kepada kengkawan yang datang traning pada hujung minggu walaupun masing-masing ada keluarga dan agenda tersendiri tapi still boleh datang sampai berangkut suami dan anak-anak semasa training.  Dugaan betul tahun ni kan bila nak ke final.... dengan yang kena batuk teruk sampai takder suara... bukan sorang lak tu.. ada 2-3 orang... dengan yang suspek denggi lagi... dengan yang baju takder la sampai kene sewa menyewa.... Anyway...... Love u all semua!!! Muahhh!!!

Paling berterima kasih yang tak terhingga kepada cikgu Nurul Fazlina yang banyak bertungkus lumus dan bersabar dengan karenah kami ni sepanjang mengajar kumpulan kami.  Dari tahun ke tahun kami ada peningkatan dari tempat ke 5 masa dengan Cikgu Awie dan kemudian Cikgu Ina ambil alih kami mendapat tempat ketiga pada tahun 2010, then tempat ke 2 pada tahun lepas 2011 dan akhirnya pada tahun ni kita bergelar Juara!!!  Muaacchhhh.... Love u cikgu!!!

Sedikit info.... pada tahun ni yang berjaya ke final Pertandingan Koir Inovasi NRE 2012 ialah NRE, JPSM, JPS, JMG dan JAS.  Juara akan membawa pulang RM3000+ trofi, Naib Juara membawa pulang RM2000+ trofi dan seterusnya tempat Ketiga membawa pulang RM1000 + trofi.  Keputusan pertandingan tersebut ialah Juara=NRE, Naib Juara= JMG dan Ketiga=JPS.  Hadiah-hadiahnya akan disampaikan pada 8 Oktober 2012 bersempena Hari Inovasi dan Perhimpunan Bulanan.   Masyuukkk!!!

Apa pon... congrats pada semua yang berjaya!!!

NOTA:  Pedulikan apa orang kata.  Yang penting kita jujur dan tahu apa yang kita buat.  Just do our best sudah!!


Jom layan VIDEO & GAMBAR kami!!

Lagu 1- Meraikan Kreativiti


Lagu 2 - Medley Aku Maafkan Kamu dan Anak Kampung



 
 

3 comments:

ynas on 1 November 2012 pada 9:38 PG berkata...

tahniah..

Emmymazli on 1 November 2012 pada 10:28 PG berkata...

terima kasih ynas... ;)

cerita best on 9 November 2012 pada 12:41 PTG berkata...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira kk hehehe :P http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...