Jumaat, 18 Mei 2012

Hari Ibu Bersama Dato’ Siti Nurhaliza

Posted by Emmymazli at 10:54 PG
13 Mei 2012 - Hotel Grand Dorsett Subang

Salam

Orait... kali aku nak story hal family aku menyambut Mothers Day pada tahun ni...  Tahun ni aku merasa la joint event Hari Ibu Bersama Dato’ Siti Nurhaliza ditemani anak-anak aku si Hanum dan Kimie.  Sebenarnya... sepatutnya aku pergi event ni bersama hubby aku.  Tapi di sebabkan planning aku dah tersalah hari yang aku ingat hari Sabtu rupanya hari Ahad.... so hubby aku tak dapat temankan aku sebab perlu outstation ke Johor.   Dah bayar punya pasal... aku ingat nak ajak mama tapi disebabkan mama tak larat nak drive rushing-rushing... at last aku bawa Hanum dan Kimie.  Tak kisahlah kalau 2 budak kena share sit pun.  Tapi nak jadi rezeki... ada pula 2 sit kosong kat table aku... so Kimie dan Hanum tak payah nak share sit.  Duduk jer kat situ... Selain tu, sebelum aku nak gi event ni, macam-macam halangan yang aku hadapi.... walaupun aku dah planning nak pergi event ni awal dan hubby aku setuju.... ada je halnya... dengan duit tak cukup laa.... bukan tak cukup pasal apa.... ada jer halnya yang kena bayar sampai terpakai duit yang kami saving untuk event ni... lagi dua hari nak majlis baru kami bayar pada urusetia event bila hubby dapat duit.  Kalau ikutkan dah rasa macam tak mau pergi dah.... Tapi rezeki aku... sebab hubby kesiankan aku menunggu dari tahun lepas nak merasa gi event  Dato’ Siti.
Alhamdulillah jugak... walaupun aku tak tau macam mana nak sampai ke Hotel Grand Dorsett Subang... tapi aku pakai GPS manual melalui telefon (direction dari hubby aku sebenarnya dari  handphone... hahahha), dalam tak tahu tu sampai juga aku walaupun agak lewat sampai sebab aku ni memang fail jalan area Subang ni... Kalau KL, mau gagah lagi...  Masa aku sampai tu... terus jumpa Fatin, urusetia event yang pegang tiket aku... nasib baik masa la masa aku dapat tempat duduk tu... event baru nak mula oleh pengacara majlis. 

Macam biase lee.. event macam ni mula-mula sekali adalah acara makan dulu sampai kenyang... heheheh... aku layankan  anak-anak makan tak hengat especially tang desert...  Dah kenyang baru kami dihidangkan dengan alunan suara Dato’ Siti yang datang dari pintu depan sebelah pintu utama sambil memberikan bunga kepada tetamu yang sempat dihadiahkan sepanjang laluan dia ke pentas.... mesti yang dapat bunga dari Dato’ Siti terharu dan happy giler... aku jugak yang tak dapat.... huwaaa.....
Makanan yang dihidangkan

   Dato' Siti semasa mula-mula masuk ke Ballroom

Petang tu kitorang dihidangkan lebih kurang 11 buah lagu dari lagu-lagu dia sendiri , dari P. Ramlee dan macam-macam lagi. Di samping tu...  Dato’ Siti berduet lagu Ombak Rindu dengan Hafiz AF dan 2 lagu lain.  Warghhh!!!!  Best giler!!!  Petang tu ada juga game yang dihandle Dato’ Siti sendiri ... so sakan peminat Dato’ Siti nak ambil peluang ini.  Bila Dato’ Siti turun jer pentas dan menyanyi di table-table peminat.... berebutlah peminat nak bergambar dengan Dato’ Siti  termasuklah aku sekali  mengambil peluang untuk bergambar dengan Dato’ Siti.  Hikhikhik... Macam biasa... cabutan bertuah semua ada dalam event macam ni tapi aku still tak bertuah untuk tahun ni... huhuhuh... sedey!!!
 Gambar-gambar Dato' Siti semasa persembahan dan berduet dengan Hafiz AF


Event habis dalam jam 6.40... so aku pun mengambil peluang untuk bergambar dengan Dato’ Siti sekali lagi masa dia nak keluar.  Di samping tu sempatlah aku dan anak-anak  bergambar dengan Aubrey Suwito, pemuzik terkenal tanah air, Abg Lan gitaris yang terkenal dan selalu keluar kat tv, Anzalna Nasir, pelakon dan finalis dewi remaja yang set-set Nelofa dan Izara Aishah dan family Dato’ Siti  yang turut hadir event tu termasuk husband dia Datuk K, Saida dan Saerah dan juga Hafiz AF.
With Dato' Siti & Aubrey Suwito

With Abg Lan & Anzalna Nasir

With Saida & Saerah

With Datuk K & Hafiz AF

Balik tu.. aku tunggu juga Dato’ Siti di luar ballroom sebab nak ambil peluang beramah mesra dan bergambar secara ikhlas dengan Dato’ Siti.... Yer lee... aku ni sedar diri bayar tiket berapa ratus jer... orang yang beli tiket harga RM1000 dah confirm layak untuk bergambar di bilik PC dengan Dato’ Siti.  So aku tunggu jer le kat luar tu dengan anak-anak sebab Hanum ngan Kimie beria nak bergambar dengan Dato’ Siti  kalau dapat.  Lama juga la tunggu sampai aku dan anak-anak sempat bergambar sampai lebam la kat pentas yang disediakan kat luar ballroom tu....  Hehehehe... Akhirnya dapat juga bergambo dengan Dato’ Siti bersama anak-anak setelah penat menunggu diluar.  Kesabaran aku menunggu ni adalah atas nasihat Datuk K juga yang suruh tunggu masa aku sempat bergambar dengan dia setelah dia tanya kenapa tak masuk dalam bilik PC tu bergambo dengan Dato’ Siti.  Aku jawablah terus terang... Datuk K kata.... “Alaaa... tunggu jer kat luar tu.. mesti dapat bergambar dengan Siti.... tak bayar seribu pun boleh jer bergambar dengan Siti” Hahahah... Thanks Datuk K!!!
Akhirnya dapat bergambar dengan dato' Siti Nurhaliza
Masa aku dah nak balik dan on the way ke kereta tu dan Dato’ Siti still lagi melayan peminat kat luar ballroom... si Hanum boleh lorat dan request  nak tengok Dato’ Siti sampai naik kereta.... Layankan jer laahhhh!!!!  Dah 1 hal kitorang terborak dengan Datuk K lagi sekali kat kereta dia....  Si Hanum borak ngan Datuk K macam dah kenal lama jer gayanya... haduuuiii... malu wehhh.... Yang si Kimie pulak boleh pula dapat idea nak mintak autograf dengan Dato’ Siti sebelum masuk ke kereta... sabo jer laa.....  Dato’ Siti ni memang bagus la layan peminat... dia okey jer....
 Melayan peminat cilik ni... hissshhhh

Maka balik tu aku dan anak-anak merasa puas hati giler.  Puas bergambo dengan Dato’ Siti dan artis-artis lain dan yang paling penting puas hati giler dapat tengok persembahan Dato’ Siti yang bagi aku memang the best laa.... Thanks to my hubby yang bagi peluang ni... kalau u ikut mesti bestkan... tapi kalau u pergi dengan i, anak-anak confirm tak dapat join.. hahahah....  betul-betul rezeki anak-anak aku. 

Akhir sekali sebelum aku terlupa nak bagitau.... bila aku belek-belek balik gambar-gambar Dato’ Siti dan yang lain-lain tu semasa event.... rasa macam tak percaya jer yang fotographer tu anak-anak aku terutamanya si Kimie laa... boleh pulak Hanum dan Kimie tercanguk kat depan pentas tu membelakangi fotografer-fotografer lain ambil gambar Dato’ Siti semasa persembahan dan orang tak kisah pun sebab diorang budak-budak... cer kalau aku!!  Hahahahah....  Cantik-cantik gambarnya pulak tu... Ni ambil gambar pakai camera DSLR tau.. bukan camera digital biasa.  Tak sia-sia bawak fotografer cilik ni... gambo-gambo aku Kimie dan Hanum ambil pun cantik-cantik....Cayalah anak-anak mama.... kredit to them!!!

Kalau ada yang nak tengok gambar-gambar event ni... boleh klik kat SINI

NOTA:

Thanks to Lien Aris @ Sofina Touch Mekap yang telah mekapkan aku dan anak supaya nampak gorgous.... ramai kata saya macam Sarimah Ibrahim versi bulat... hahahah....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...