Pertama-tama sekali... aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat hubby aku kerana menghadiahkan aku handphone impian aku. Baru berangan dalam 3 minggu sudah.... Asik tengok dalam tv dan kat kedai handphone jer.... Geram la aku... Dah lama benar aku tak beli handphone memahal ni sebab aku tau aku ni jenis kasar dan kadang agak careless.... Tapi bila Samsung keluar jer model jenis ni... memang aku berkenan giler... Tu yang berangan-rangan jer dulu. And aku tak tak target la pulak akan dapat secepat ini dengan pemberian hubby aku nih.
SGN idaman aku |
Sedang aku masak tu.... aku tak tau la apa projek hubby aku tu... malas nak pikir. Kebiasaan, lepas aku masak dan hidang-hidang makan pada waktu petang/malam... aku akan terus pergi mandi... panaskan... Time aku nak masuk bilik nak mandi hubby aku bleh pula berkurung dalam bilik. Aku nak masuk pun tak boleh. Katanya "Kejap... nak salin baju....". Sabo jer laaa... macam tak biase.
Bila hubby aku keluar bilik jer.... aku tengok dia dah siap-siap mandi dan wangi-wangi. Macam pelik pun ada... jarang hubby aku mandi petang nih. Heheheh.... Kalau nak balik kampung pun jarang wangi gini. Aku pesan kat hubby terus pergi makan... aku kenyang lagi then terus masuk ke bilik nak mandi.... Masa aku nak salin baju tu ternampak ada kotak berbunga kat atas meja alat solek aku. Waaa.... patutlah tanya besday... ada hadiah rupanya.... nak pujuk la tu kan....
Hadiah yang hubby letak atas meja solek aku
Sampai terkoyak la kotak ni punya cover aku bukak sampul tu... huhuhu
|
Yang kelakarnya masa tu.... hubby suruh aku mandi cepat-cepat dan ajak makan sama.... Masa makan tu aku rasa tak selera langsung. Telan nasi pun tak sedap!! Ayam yang aku goreng tu pun kalau selalu aku makan 3-4 ketul.. ni 1 ketul pun tak lalu. Ni sumer angkara SGN la nih!! Hahahaha!!! Tergelak hubby tengok perangai aku. Heheheh ^_^! So sekarang ni aku tengah proses menggodek handphone ni bagi pandai pakai. Even kami ada ipad pun.... aku still tak berapa tau guna. Yang guna selalu hubby aku dan anak-anak. Aku just check FB dan email jer dalam ipad tu... Main game pun jarang sekali. So bila dapat SGN ni memang aku nak master la pakai handphone ni. Itu pun... anak-anak aku dah loghat asik nak main game jer... tak cukup-cukup ada ipad... aku punya pun diorang nak kacau.... sabo jer laa... Anyway... Thank you very much yang..... I LOVE YOU!!!
1 comments:
jordan outlet
off white clothingoutlet
kyrie irving
kyrie 7 shoes
cheap jordans
hermes handbags
hermes
palm angels t shirt
curry 9
kyrie 7
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!