Selasa, 7 April 2015

Majlis Sambut Menantu Adik Aku

Posted by Emmymazli at 12:35 PTG
4 April 2015 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua, Melaka

Salam semua....

Harini nak story pasal majlis sambut menantu atau senang cakap kenduri kawen adik bongsu lelaki aku di rumah parents kami.  Alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar seperti yang di atur.  Walau banyak kekurangan.... tetapi atas bantuan banyak pihak terutamanya saudara mara dan juga orang kampung yang membantu... segalanya perfect!!

Apa sangatla aku nak storykan... aku just handle door gift and flower girl serta sambut tetamu.  But... ada certain kerja yang aku dah bahagi-bahagikan kepada cousin-cousin aku.  So tak la rasa terbeban sangat tugas aku ni.  Untuk flower girls and boy... awal-awal lagi aku dah preparekan baju gaun dan juga tuksedo serta flower crown and hand boquet yang aku buat sendiri.  Door gift untuk tetamu pon aku serta beberapa orang cousin dan pak mak sedara dah siapkan awal 2 hari sebelum majlis.  Kalau kami nak buat adik beradik mau tak jadi kerja lain dibuatnya.  Syukurlah ada diorang membantu.  Rewang-rewang untuk masak-masak dah tentu di uruskan oleh orang kampung.  Begitu juga kendarat.  Semuanya be prepared.... tinggal tugas makcik pakcik sedara aku untuk memasak pagi tu untuk tetamu dengan diketuai oleh anak angkat mama yang juga tukang masak hotel.  So.. mama aku tak perlu risau bab lauk-lauk ni... dah ada yang pantau dan bantu masak.  

Okey... bila lagi aku nak tunjuk keloratankan.... orang lain kawen... orang lain pakai inai... heheheh... bila lagi nak merasa... masa kenduri adik sendiri jer la merasa.  Kenduri orang lain kita tengok jer laa... yer tak.... Boleh dikatakan semua adik beradik dan anak buah aku pakai inai ni termasuk mama kecuali Syila sorang.  Apa pon... suke kerja halus orang yang pakaikan aku inai ni.  Sangat halus dan cantik.  Inai dia pon pekat... suke-suke!
Hmm.... apa lagi nak story ekk.... rasanya takde apa pon... anyway thanks kepada sedara mara yang datang dari jauh.... kengkawan dari Kelab Taekwondo Koryo... Kak Lia & family, Kak Mon & family, Kak Fiza & family, Kak Rozana & family serta kengkawan sekolah.. yang aku nampak Zan Aizuwan datang... juga Boss aku sendiri Puan Sharifah Khadijah yang datang ke Melaka untuk hadir majlis perkahwinan adik aku ni.  Thanks banyak-banyak!!

Kita layan gambo jer laa... gambo menceritakan segalanya... yer dak??  Hehehhehe


Flower girls & boy
Semasa majlis berarak... Pengantin dan aksi naik ATVnya
Antara gambar keluarga dan kengkawan yang sempat di ambil
Pengantin of the day
Mother & daughter
Family kami

Gotong royong keluarga kami...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...