Ahad, 12 April 2015

Larian Cyber 2015

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:51 PG
Reactions: 
11 April 2015 - SMK Cyberjaya

Alhamdulillah.... ini saja yang mampu aku ungkapkan pada ketika ini.  Anak dara aku Hanum berjaya mendapat tempat pertama bagi pelajar perempuan Tingkatan 1-3 (P2) dalam Larian Cyber 2015 anjuran SMK Cyberjaya.  

Dari malam tu dia tak lena tidur.  Macam mana pun... dia kata dia nak proof kat semua orang yang dia pon boleh dapat yang terbaik.  Sedangkan kawan-kawan lain berjuang dalam sirkit taekwondo peringkat kebangsaan pada hari yang sama.... Hanum yang tidak berpeluang pada tahun ni untuk join sirkit taekwondo kebangsaan hanya mampu berjuang bagi pihak sekolah.  Memang nampak dia tekad.  Dari hari percubaan pada rabu sebelum tu dia dah bagitau yang dia dapat tempat pertama dalam larian.  Jadi... macam mana pun... masa hari kejadian dia nak juga dapat first place.

See.... impian yang diharap tercapai.  Congrats Hanum.  Sebelum ni... banyak kali dari sekolah rendah ke sekolah menengah dia sendiri minta untuk masuk acara balapan dan larian... tapi cikgu selalu tak bagi peluang.  Kalini... dia dapat proof something... terus cikgu suruh masuk acara 400 meter.  Baru terbuka mata agaknya.... Hmmm... sabar jer la Hanum.  Insyaallah... Kejayaan ada di mana-mana ekk nak.  Mama akan doakan apa yang Hanum buat beroleh kejayaan.  Aminnn....

Apa pon... Congrats for Larian Cyber 2015.  Siap dapat medal emas dan beg sekolah harga RM49.90 lagi... heheheh... siap ada tanda harga tu yang tak tahan.... heheheheh... Apa-apa je laa....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...