Alkisahnya.... adik aku nak melangsungkan perkahwinan pada 6-7 Mac 2015 nanti. Temanya pada malam majlis nikah nanti adalah berkebaya dan tema hijau. Majlis sanding pula, baju kurung dan kebaya tetapi keutamaan adalah baju kurung dan tema peach. Pilih salah satu yang berkenan pon takpe as long temanya ok.
So cuti Raya Cina lepas aku kan balik kampung... Ops lupa nak bagitau... kampung aku di Melaka yer... Heheheheh... Balik kalini dapat la aku discuss dengan family nak pakai apa.... aku pilih tema kebaya nyonya untuk malam nikah. Ramai aunty-aunty dah setuju nak pakai kebaya juga... maka aku pon mengikutlah tema kebaya nyonya cuma takmo warna hijau sebab takde yang berkenan. Aku diberitahu kat Medan Samudera di Bandar Hilir harga kebaya nyonya sangat reasonable. Kebetulan makcik aku dah beli lebih awal... so memang berkenanlah harga dia dari beli kat kedai-kedai under Baba Nyonya House di area Bangunan Merah.
Maka aku pon berdating berdua jer la dengan hubby untuk beli kebaya nyonya ni. Anak-anak dah mengelenjit gi Dataran 1 Malaysia kat Klebang kununnya nak mandi kolam dan juga makan ais krim pasu dengan Mak Ngah and Mak Anjangnya. Senang skit kerja aku ni.... Mudah juga nak cari kedai yang jual banyak kebaya ni kat Medan Samudera. Dah tentu 1 kedai ni jer yang pelbagai jenis corak dan warna kebaya nyonya dengan pelbagai saiz termasuk untuk yang bersaiz besar cam aku nih. Tapi..... nak menyampaikan hajat tu ke Medan Samudera time musim perayaan ni punyalah berhantu jem nyer.... perjalanan 20 minit nak jadi dekat 1 jam! Nangessss!!!
Pilih punya pilih sebenarnya sangat berkenan dengan warna pink.... tapi hubby aku dok merepek dalam kedai.... asik warna pink jer pilihan aku.... cuba ubah skit katanya.... so pilih punya pilih, tersangkut aku kat corak dah warna maroon seakan coklat. Sesuai la dengan umur dan saiz aku.... huwaaaaa... nak pink... tapi terpaksa suka sebab hubby kata nicekan.... sabo jer laaa.... Harga untuk sepasang kebaya untuk saize macam aku L-XXL (baju dan kain batik berjahit) adalah RM150. Kalau size S-M dapatlah RM140 sepasang. Pada aku sangat ok. Yerlah... kalau nak jahit lagi kan dah jadi 1 kerja pula... upah menjahit pula mahal sekarang ni....
Nilah pilihan hubby untuk aku. |
Balik dari Medan Samudera... maka aku pun buatlah fashion show kat makcik-makcik and mama aku. Semua kata cantik... ok... aku dah kembang semangkuk ni.... tapi dalam baru kata nak kembang ni.... anak dara aku ni merajuk pula sebab katanya aku boleh beli baju kebaya tapi dia tak dapat. Merajuk sampai nangis okay!!! Adoiiiii tension. Out of budget dah ni.... Aku pun buat senyap-senyap aku. Malas nak layan kehendak anak sangat. Kalau tak mampu buat cara tak mampu.... Aku cerita dekat makcik aku yang mak kepada adik aku yang bakal menikah ni pasal anak dara aku tu. Kebetulan masa tu aku sedang menghabiskan kerja mempacking goodies untuk majlis adik aku tu nanti... settle jer kerja makcik aku hulur duit minta aku belikan Hanum baju kebaya nanti. Kalau diikutkan memang tak cukup duit tu tapi makcik aku suruh mama aku contribute skali duit untuk cucu sulung dia sorang ni. Nasib aku ni bijak skit. Aku bagitau mama dan abah sekali supaya contribute beli baju untuk cucu dara dia sorang ni. At last... dapat juga aku kumpul untuk beli sepasang baju untuk Hanum.... Hahahahah.... selamat duit hakakkk.... maklumlah... bajet ciput tapi kesian pula kat anak dara sorang ni... Nasib baik dapat full sponsored.
Maka bermulalah esoknya pencarian baju kebaya nyonya untuk Hanum. Terpaksa meredah jem lagi... sabo jer laaa. Dalam pilih punya pilih sampai naik penat aku melayan kerenah Hanum yang banyak songeh ni kat Medan Samudera....at last berkenan la kat warna dan design macam gambo kat bawah ni sampai tak tau pilih mana satu. Warna baju sama tapi design kerawang dia lain dan juga matching color kain juga lain.
Pemutusnya aku whatssapp makcik aku untuk pilih mana yang sesuai sebab Hanum pun dah buat muka tak kuasa nak pilih yang mana satu. Dia dah mula buat perangai cam budak-budak main-main dengan kraftangan kat area situ... at last makcik aku balas dengan pilihan bunga kecil dan kain warna kontra dari baju. Bila dah test memang sangat cantik..... sesuai dengan peringkat umur Hanum yang masih remaja.
Balik jer rumah mama aku.... mama adalah antara orang pertama yang minta Hanum pakai baju kebaya tu... di suruhnya buat fashion show kat rumah.....heheheh... sampai Hanum tak kuase dibuatnya. Amik gambo pun buat muka nak minta penyepak. Sakit ati... padahal semalam dah menangis sebab tak dapat kebaya. Tapi memang suka dengan warna pilihan Hanum ni serta design kerawang baju serta warna kain batiknya sekali. Sangat matching dengan warna kulit Hanum serta peringkat umur Hanum yang remaja sekarang ni. Hehehehe.... cam jeles laakkk mama kak!
Apa pon... apa kata korang dengan design kebaya nyonya Hanum ni?? Ok tak...??? Heheheh... nak puaskan ati sebenarnya.... Kikikikikkkk!!!
Oklah... aku nak belanja skit pic beberapa helai baju kebaya nyonya yang cousins and auntys aku dah beli.... ish... ish... ish... tak sabo nak menunggu hari yang dinanti... nak saksikan meriahnya kami2 bergaya.... heheheh
6 comments:
Salam. Hee chantek kebaya mak.
Assalam sis.mn nk cari kebaya saiz mcm ank sis hanum tu...
Cer cari kat Medan Samudera di Bandar Hilir. Harga kebaya nyonya sangat reasonable. Byk yg mcm hanum punya...
Cer cari kat Medan Samudera di Bandar Hilir. Harga kebaya nyonya sangat reasonable. Byk yg mcm hanum punya...
Salam nak tanya ..berapa.rm yea kebaya kanak2 di melaka tu?
Salam nak tanya ..berapa.rm yea kebaya kanak2 di melaka tu?
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!