Salam semua... maaflah... setelah sekian lama... baru aku ada kekuatan untuk cerita kisah mak mertua aku yang dah pergi meninggalkan kami semua pada 14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan. Ini pon setelah emak pergi selama 40 hari baru aku ada kekuatan itu.... Kalau korang nak baca jurnal aku ni dipersilakan....
28 Jun 2014 (Sabtu)
Mak
masih dikatil hospital tak sedarkan diri… jantung mak masih bergantung pada
mesin pernafasan. Doktor sedang berusaha merawat mak… kalau tengok keadaan mak…
mak agak stabil dari awalnya. Mak
terpaksa ditidurkan bagi memastikan mak selesa dengan tiub pernafasan dan juga
tiub yang sedut pendarahan dalam perut mak.
Kalau tak nanti mak akan meronta dan sakit. Tapi sesuatu yang aneh di wajah mak. Entahlah… tak dapat aku nak ungkaikannya… Aku
harap mak panjang umur…. Walau kami
boleh tengok emak di hospital selain waktu melawat… tetapi kami tidak
dibenarkan berada di hospital untuk menjaga mak. Semuanya atas pemantauan jagaan jururawat di
situ.
Bila
diperhatikan tangan mak… ada sedikit tanda lebam di tangan kirinya. Pada mulanya aku hanya nampak di kawasan
lengan di mana tempat darah di ambil… kemudiannya setelah aku telek di bawah
lengan mak juga dah mula kebiru-biruan. Bila
aku bertanya kepada jururawat mengenai hal itu… mereka hanya mampu jawab kerana
mak terlalu lama berbaring. Haiii..
entahlaaaa.. Yang pastinya mak masih seperti itu sahaja… terbaring lesu…
29 Jun 2014 (Ahad)
Pilu
rasa hati… hari pertama Ramadhan yang dinanti oleh seluruh umat Islam dengan
hati gembira tapi kami menyambutnya dengan hati duka… hati risau lihat mak
masih terbaring di katil hospital. Lebam
di tangan mak nampak kian ketara… pendarahan mak dari perut yang mereka sedut
melalui tiub dah mula kosong. Kalau
sebelum tiub tu penuh dengan darah hitam… harini dah mula beransur tiada…
permulaan yang baik untuk mak…
30 Jun 2014 (Isnin)
Keadaan
mak masih sama…. Tiub yang sedut pendarahan dalam perut mak kosong… hati agak
gembira… jururawat bertugas maklumkan yang semalam pendarahan masih ada sedikit
dan pagi ni mereka telah tukar tiub lagi.
Jika harini telah tiada pendarahan tiub itu akan dibuka samada harini
atau esok. Syukur Alhamdulillah…
Sedihnya
hati… semasa kami sibuk-sibuk nak berbuka puasa… aku dapat berita sahabat dari
NRE, Muhammad Kamal Salleh Hodin meninggal dunia akibat serangan jantung
selepas terjatuh ketika melangkah longkang di Bazar Ramadhan Putrajaya. Ya Allah… teringat segala gelagat dan
kelakuan Arwah Kamal yang berbudi pekerti tinggi… suka memuji orang… Hmmm….
Rasa terkilan bila tau kejadian ni berlaku, aku masih di kampung tidak dapat
melihat dan melawat jenazah arwah Kamal bersama-sama kawan-kawan lain sebagai
penghormatan terakhir. Semoga roh arwah
dicucuri rahmat.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!