Khamis, 14 Ogos 2014

Sudut 5S Seksyen Hakmilik Strata, JKPTG

Posted by Emmymazli at 3:37 PTG
Salam semua

Tak sampai seminggu aku tempatkan di Seksyen Hakmilik Strata ni... aku telah diberikan task untuk memastikan sudut 5S di Strata siap sebelum 15hb Ogos ni settle.  Haiyooo... puas juga nak ngelak beria-ia untuk ber5S di JBK dulu... tapi kalini tak boleh terlepas.  Terpaksa la juga layan apabila boss seksyen aku ni dah bagitau yang PA lama di sini dulu yang uruskan 5S maka akulah terpaksa galas tugas untuk pastikan apa-apa berkaitan 5S ni berjaya.  

Bergasak jugalah aku ke sana ke sini untuk cari bahan bagi memastikan sudut 5S ni kelihatan cantik dan elegan serta lebih korporat.  Nak cari idea tu yang payah.  Lagi pula kalau ada yang bagi idea tu sedap hati dia jer bagi idea tapi buatnya tak berapa nak jalan... menyirap juga akukan.... tapi syukurlah... berkat sabo sahabat dan juga staff di sini serta ketunggang langgangan mereka bertungkus-lumus untuk memastikan sudut 5S ni ok dan cantik serta tidak keterlaluan akhirnya berjaya.  Yang penting tidak berlaku pembaziran yang melampau dan juga kena pastikan penggunaan dari bahan terpakai diterapkan dalam sudut 5S ni.

Alhamdulillah... hasil usaha aku dan yang lain-lain tu serta idea-idea dari individu yang bernas... maka terhasillah sudut 5S Strata ni.  Amacam... ok ke idak??? Heheheheheh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...