Selasa, 4 September 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Emmymazli & Birthday Hanum

Posted by Emmymazli at 3:21 PTG
3 September 2012 (Ahad) 
Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya

Salam Semua....

Entry kali ni mengenai kami sekeluarga mengadakan Rumah Terbuka Emmymazli & Birthday Hanum sekali gus di rumah baru kami di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.  Kebetulan... malam sebelum majlis tu... kami buat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk masuk ke rumah sedangkan rumah tu kami duduki dah hampir setahun pun.  Hahahahha.... Bukan apa... belom ada rezeki sebelum tu... jadi bila ada dan dah alang-alang nak buat majlis... terus kami buat sekali gus la...  

Tahun ni nak nampak meriah  buat kali pertama majlis yang kami anjurkan untuk rumah baru ni... kami ni sampai buat banner nak jemput kengkawan sekeliling taman datang dan juga nak nampak meriah lah majlis tu... Cantik tak aku design banner tu?? Hahahah... nak nama jugak...
Jemputan aku kalini simple jer... Aku jemput  melalui medium FB dan sms jer.  Nak jemput macam kenduri kawen payah pula nantikan... hahahah... disebabkan kawasan rumah aku ni baru lagi.... aku siap bagi peta rumah aku untuk memudahkan diorang datang rumah aku... hahahah... sabo jer laaa.... itu pun still ada yang sesat mesat lagi. Huhuhu

Kad jemputan dan map yang aku siapkan untuk memudahkan saudara mara dan rakan-rakan datang

Menu haritu, Rendang Ayam dan Nasi Impit, Mee Bandung, Lontong dan Spagetti yang aku minta makcik aku Bibik Lipah buat khas untuk aku.  Disamping tu ada buah-buahan dan air oren  sebagai pencuci mulut.  Apa pon... Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada Angah dan 3 orang cousin aku ni membantu aku sampai jam 3 pagi menyiapkan makanan yang hendak dihidangkan pada haritu dan juga goodies birtdhay Hanum....  Kalau takder cousin-cousin aku ni... huhuhu.... memang pewaii la aku gamaknya haritu... nak harapkan saper lagi...  ada juga yang datang ke rumah aku malam tu tapi just tolong tengok jer la... nama nak bantu idak la kan.... syukur ada mereka.... Thanks to Allah!!
Alhamdulillah... Boleh dikatakan saudara mara dan teman-teman yang hadir haritu ramai la juga hingga tak menang tangan aku dan hubby nak melayan.  Tak sangka ada juga rakan-rakan dari sekolah menengah kat segamat, port dickson dan poly yang sampai ke rumah aku.   Huhuhu... sungguh terharu ok...  Terima kasih kepada sedara mara dan kengkawan yang hadir.  Love you all laaa!!


Sambil tetamu tidak berhenti datang.... dalam jam 2 petang gitu.... baru aku mulakan dengan Majlis Hari Jadi Hanum.  Untuk pertama kalinya anak aku celebrate birthday dengan kengkawan setaman.  Seronok la diorang.  Budak-budak la katakan.... dah dapat potong kek dan goodies coklat semua.... barulah  masing-masing nak pergi bermain kat taman permainan depan rumah aku tu.  Tapi ada 1 insiden kelakar masa Hanum potong kek.... korang perasan tak siapa yang duduk depan kek betul-betul macam birthday dia?  Hahahah.... Siapa lagi kalau tak anak buah aku si Alya paling loghat tu... kalau tak bagi potong kek dia melalak pulak... nasib baik la Kakak Hanum dia ni melayan jer.... sayang punya pasal!! Hahahah


Alhamdulillah.... hingga ke malam aku masih dikunjungi tetamu.  Makanan pon boleh dikatakan tidak membazir.   Walaupun ada penambahan buat spagetti kerana terlampau laku la kuah spagetti yang bibik aku buat tu tapi rasa syukur sangat  makanan tak membazir.  Terima kasih kasih kepada mereka-mereka yang membantu aku dari A-Z.  Kalau korang takder rasanya aku memang tak buat la majlis ni sebab tak larat  sorang-sorang nak handle.... letih wooo.... Hubby aku dah tentu layan tetamu dia.... orang lelaki mana nak kedapur... yer tak?? hahahha.... Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir.... Happy sangat korang datang... insyaallah kalau ada rezeki di lain masa kita jumpa lagi....

Oklah.... sampai sini dulu entry ni yer.... Bye!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...