Rabu, 12 September 2012

Raya @ NRE & JBK 2012

Posted by Emmymazli at 3:24 PTG
Salam semua...

Hmmm.... Apa sangatlah yang nak aku tulis pasal Jamuan Raya di NRE & JBK ni....??? pening aku....

Oklah.. kita citer pasal Jamuan Raya di NRE dulu...  Jamuan Raya NRE ni diadakan pada 11 September  2012.  Pada haritu... aku dan rakan-rakan PA lain kitorang jadi penyambut tetamu kepada boss masing-masing... huhuh.... sabo jer la kan.... Tema pakaian pada haritu ialah Purple.... Tapi nak dijadikan cerita.... jamuan raya ni dibuat selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)... so... itu pasal di awal gambar aku berpakaian formal bukan sahaja sebab aku jadi penyambut tetamu... tetapi jadi penyanyi koir di awal majlis APC tu.  Huhuh... sumer aku hantam... terpaksa.... Dah habis majlis baru aku tukar baju... nak juga pakai baju ikut tema kan...
Wajah-wajah penyambut tetamu yang gevu-gevu dan jelilta... heheheh

Antara team koir NRE yang buat persembahan haritu

Kalau dah nama jamuan.... apa jer aktiviti yang ada... makan dan makan dan makan lagi... hahhaha... camner la aku tak bulat.  Menu hari tu seperti biasalah... sama juga menu raya di tempat lain.... rendang.. ketupat... lemang... laksa...ABC, Satay dan lain-lain lagi.... Nak makan pon 1 hal kena beratur dan berebut bagai nak rak... huhuhu.  Dah makan dan perut kenyang barulah sesi possing ngan kengkawan pula.  Artis jemputan pada haritu ialah J Sham, seorang artis veteran.  Dah tentulah penonton-penonton dia bos-bos sahaja kan dan duduk pon dalam dewan jer... huaarrghhh!!! Sabo jer laa...  Kitorang ni yang kat luar dewan makan dan dengar nyanyian J Sham pon dari luar jer laaa.... Dah selesai majlis baru aku dan kengkawan serang nak bergambo dengan J Sham ni walaupun aku sebenornya tak berapa kenal pon.  Hahahaha... boleh gitu??
Possing dengan kengkawan....

Kami bergambar dengan J Sham (tengah)
Next ni... story pasal jamuan raya yang JBK pula anjurkan.... sebenarnya.... JBK buat jamuan lebih awal dari Jamuan Raya NRE ni tadi...  majlis sebenarnya diadakan pada 5 Sepetember 2012.  Tapi takder apa yang menarik sangat pon.... just buat  menu yang simple-simple dan ala kadar jer... almaklumlaa... budjet kena jaga.  Huhuhu.  Ada staf yang sanggup sponsor sana sini skit untuk memeriahkan  majlis.... Thank you so much... Walaupun segalanya ala kadar... tapi tetamu yang hadir memang meriah... terima kasih la menyokong JBK... hehehehe  

Liza dan Mira yang sponsor kek
Ucapan aluan dari En. Zul
Pembukaan majlis dengan staf JBK
Apa pon... sesi bergambar adalah sangat penting!! Haahahah.  Tengok-tengoklah kami yang gila bergambar ni... Oklah.... chau chin chau dulu...
Antara tetamu yang hadir....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...