Khamis, 14 Ogos 2014

Sudut 5S Seksyen Hakmilik Strata, JKPTG

Posted by Emmymazli at 3:37 PTG 0 comments
Salam semua

Tak sampai seminggu aku tempatkan di Seksyen Hakmilik Strata ni... aku telah diberikan task untuk memastikan sudut 5S di Strata siap sebelum 15hb Ogos ni settle.  Haiyooo... puas juga nak ngelak beria-ia untuk ber5S di JBK dulu... tapi kalini tak boleh terlepas.  Terpaksa la juga layan apabila boss seksyen aku ni dah bagitau yang PA lama di sini dulu yang uruskan 5S maka akulah terpaksa galas tugas untuk pastikan apa-apa berkaitan 5S ni berjaya.  

Bergasak jugalah aku ke sana ke sini untuk cari bahan bagi memastikan sudut 5S ni kelihatan cantik dan elegan serta lebih korporat.  Nak cari idea tu yang payah.  Lagi pula kalau ada yang bagi idea tu sedap hati dia jer bagi idea tapi buatnya tak berapa nak jalan... menyirap juga akukan.... tapi syukurlah... berkat sabo sahabat dan juga staff di sini serta ketunggang langgangan mereka bertungkus-lumus untuk memastikan sudut 5S ni ok dan cantik serta tidak keterlaluan akhirnya berjaya.  Yang penting tidak berlaku pembaziran yang melampau dan juga kena pastikan penggunaan dari bahan terpakai diterapkan dalam sudut 5S ni.

Alhamdulillah... hasil usaha aku dan yang lain-lain tu serta idea-idea dari individu yang bernas... maka terhasillah sudut 5S Strata ni.  Amacam... ok ke idak??? Heheheheheh

Isnin, 4 Ogos 2014

Mulakan Tempat Kerja Baru di JKPTG

Posted by Emmymazli at 3:14 PTG 0 comments
Dimulakan dengan Bismillah... harini 4.8.2014 aku mulakan tugas aku ditempat baru di Seksyen Hakmilik Strata,  Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian,  NRE... ini merupakan hijrah tugas aku yang ke 8 dalam 14 tahun aku di Perkhidmatam Awam dan selepas 6 tahun lebih berkhidmat di Jabatan Biokeselamatan, NRE sendiri. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn..

Rabu, 9 Julai 2014

BISKUT NESTUM

Posted by Emmymazli at 1:10 PTG 0 comments
Ni aku nak share lagi satu resepi biskut yang mama aku tak pernah miss untuk buat dan yang sangat aku suka.  Bagi kuih ni sebalang pon boleh habis kalau letak kat depan mata aku... tak yah nak tunggu bagi kat tetamu... hehehehehe... korang try ekkk!!
gambar ihsan google
** nanti kalau dah ada gambo sendiri aku upload gantikan yang ni. tq
Untuk doh:
5 cawan tepung gandum
2 cawan nestum (diblend kering tp jgn terlalu halus)
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 camca garam
2 biji telur (kuning sahaja)
2 camca teh esen vanila
1 1/2 - 2 cawan butter 

Sebagai hiasan:
2 biji kuning telur
2-4 titik pewarna kuning telur
Ceri potong

Cara membuat
1.  Gaulkan dan uli kesemua bahan doh di atas dan gunakan butter sebanyak 1 1/2 cawan dulu.  Kalau ulian doh tak lembut baru tambah butter tetapi jangan sampai melekit semasa uli doh. 
2.  Terap ikut acuan yang kita suka.
3.  Hiaskan dengan sapuan kuning telur di atas kuih dan letakkan ceri potong
4.  Masak dengan suhu 170°c selama 20-25 minit atau hingga kekuningan

Simple kan?? Yummy!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...