Jumaat, 14 Jun 2013

Cabut Gigi Punya Hal!!

Posted by Emmymazli at 3:30 PTG 5 comments

Heheheh.... apa yang boleh aku katakan... dalam banyak-banyak menda... bab cabut gigi memang aku takut sangat... biarlah orang kata muka aku ganas tapi hati kuntum but kalau bab gigi memang mak seram hokeyyy!! Heheheh.... apa yang boleh aku katakan... dalam banyak-banyak menda... bab cabut gigi memang aku takut sangat... biarlah orang kata muka aku ganas tapi hati kuntum but kalau bab gigi memang mak seram hokeyyy!! Heheheh!!! 

Alkisahnya... lama dah aku menderita sakit gigi tapi taklah teruk sangat.  Yang sakit tu geraham bongsu yang belah kiri atas sebenarnya.  Memang aku dapat rasakan dah berlubang teruk gigi aku tu cuma aku biarkan jer selama ni.  Tapi bila dah tahap aku makan pon asik tergigit daging pipi kat tepi tu sampai berdarah dan bengkak coz gigi aku yang berlubang tu tajam belah tepi... ditambah pula kalau makan asik terlekat kat gigi yang berlubang tu sehingga ngilu, so aku gagahkan diri juga la nak gi cabut gigi.  Mana  boleh tahan.... dari kes aku pergi team building kat Pangkor tu sampai la ni aku makan apa pon rasa tak berapa nak selera jer.  Lapor tau.   

Kes malas nak gi klinik gigi kat Bangi tu sebab experience aku yang pertama sangat tak best... aku pon riki-riki la tanya kengkawan yang tau klinik yang terdekat kat Putrajaya selain dari klinik gigi kerajaan.  Aku memang agak takut gi klinik gigi kerajaan.  Macam-macam kes dah aku dengar.  Kalau bab lain takper pergi klinik kerajaan tapi jangan klinik gigi.  Ajer giler dibuatnya kang.  Hahaha.... So kawan aku si Ila ni rekemen la gi Klinik Izra kat Presint 8, Putrajaya ni.  Kebetulan pula ada beberapa kengkawan  yang pernah pergi situ pon rekemen tempat yang sama.  So aku gagahkan diri la.  Siap minta Ila temankan lagi.  Mana la tau apa-apa terjadi.  Hahahah. 

Setelah cabut gigi… ini komen aku…. Firstly… aku sendiri tak sure bila doctor gigi tu bius gusi aku… cuma masa tang kat langit-langit tu ada la rasa cucuk skit tapi tak rasa sakit langsung seperti first experience aku….. Secondly, masa doktor cabut gigi aku tu… tak sampai seminit la…. goyang-goyang tetiba dah!!! Itu pon masa dia goyangkan tu… aku ingat doctor tu tak boleh cabut gigi aku pakai ragum gigi yang pertama dan nak tukar ragum lain sebab macam susah jer kan….  Lagi pulak gigi bongsu ni takut masalah nak cabut… rupanya dia nak tekapkan kapas kat gigi aku tu dan kemudian suruh meludah… hahahah… boleh gitu??? Aku siap boleh tanya doctor… “Eh… dah sudah?? Tak rasa pon??” Hahaha…. Masa nak cabut tu bukan main takut.  Kihkihkih… buang karan jer….. si Ila yang duduk dalam bilik doctor tu kerana aku paksa temankan pon gelak tak hengat tengok aku.  Hahahah…. Apa pon tak bolehhh!!!   

So.. kepada kengkawan kat Putrajaya dan Cyberjaya yang nak cabut gigi next time…. Sila la datang ke Klinik Izra ni.  Aku rekemen sangat-sangat!!  Ada kawan aku nama Siti Hajar pon penakut macam aku then bila aku rekemen klinik ni… dia pon setuju dengan aku.  Heheheh…. siap main rekemen-rekemen lagik…. Agak-agak klinik ni nak bagi komisen tak kat aku??? Hahahahha!!!   Oklah… chow chin chau!!

Isnin, 10 Jun 2013

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Kumpulan Koir NRE

Posted by Emmymazli at 6:13 PTG 0 comments
6-8 Jun 2013
Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Salam semua....

Apa sangat yang aku nak storykan di sini....just story pasal aktiviti yang aku joint lagi... hehehe... kalini aktiviti dengan kumpulan koir dan urusetia yang selalu join kumpulan koir.  Program ni nama jer bengkel pengukuhan dan pemantapan kumpulan koir.... tapi sebenarnya lebih kepada team building dan aktiviti santai.  Program ni sebenarnya merupakan hadiah daripada pihak kementerian kepada team koir NRE setelah mendapat tempat kedua dalam pertandingan koir peringkat kementerian dulu.... kebetulan pula tahun lepas kami dapat tempat pertama... jadi inilah hasil dan hadiah yang kami dapat seperti yang dijanjikan. Bolehlah dari takder kan.... heheheh.... 


Program ni diadakan di Pulau Pangkor.  Menarik la jugak... Pelbagai aktiviti berkumpulan yang dijalankan dan semuanya aku join dengan jayanya walau tak berapa larat... hahaha... Team building la katakan.... tapi apa pon... aku dan kengkawan yang lain rasa happy sangat program ni... kat sini baru nampak semangat setiakawan dan kekeluargaan.  Selalu jumpa time latihan koir jer... kali ni 3 hari berturut-turut nampak muka orang yang sama setiap hari... hahahah... amik kaw!!

Oklah... nak story bebanyak pon tak best... just tengok gambar apa aktiviti yang aku buat ekkkk...

Day 1
Masa baru sampai Jeti Pulau Pangkor
layan possing dalam bot
bergambar dengan urusetia koir dan urusetia program
selamat sampai di jeti
Lai... lai... lai... sudah sampai di Pulau Pangkor
Kami disambut dengan alunan muzik ala mexico oleh petugas Telok Dalam Resort
Suasana di Telok Dalam Resort dari lobby

Day 2
Aktiviti pertama petang tu ialah sesi paintball battle
Hari kedua - aktiviti berkumpulan
Kesemua peserta team building
Ready untuk program bertali
sempat peace walau agak gayat - aktiviti burma bridge
muka ada senyum - aktiviti bertali 1
muka dah start gayat - aktiviti bertali 2
get ready nak flying fox
sempat kami jalan di pangkor walau hanya 2 jam setengah... kalau tak merasa sebab aktiviti pack sangat
shopping fridge magnet.... kenangan wehhh
Singgah di Kota Belanda.... possing itu pasti... ngehngehngeh
muka penat lepas jungle tracking
Possing dengan semua peserta yang selamat berjungle trekking bersama dengan jurulatih
Aktiviti sea rafting bersama kumpulan aku
Yeay!!! kami berjaya siapkan rakit kami... heheheh
Berakit-rakit ke hulu... tapi kami tak tau nak pi mana... asik ke kiri dan ke kanan jer.... ke hulunya tak sampai-sampai... hahahha
Antara bukti-bukti yang kami asik ke kiri dan ke kanan... bukan ke depan... bahahahahhah!!!
BBQ dinner.. makan sakan kami


Day 3

Aktiviti snorkling yang sangat tak best... layankan jer la.... to those yang nak try snorkling kat pangkor ni... abaikan jer la niat anda... membahayakan kaki korang jer.  tak pasal-pasal berdarah pulak kang terlanggar batu yang penuh teritip masa snorkling dan juga landak laut yang tak diduga. lagi pun bukannya ada ikan dan coral sangat pon yang korang bleh tengok.... buang karan jer...
balik dari snorkling.... 
possing sebelum balik petang tu
sempat bergambo lagi sebelum bot sampai di jeti pangkor
bye  bye pangkor

Isnin, 3 Jun 2013

Jalan-jalan Ke Kalumpang Resort, Perak

Posted by Emmymazli at 5:51 PTG 0 comments
1 Jun 2013
Sungai Inki, Kerling, Perak

Okey... just a little story dari aku pasal program jalan-jalan ambil angin main redah walau tak tau tempat dengan family bibik limah aku yang plan last minit nak berkelah. Ni first time aku terjah ke situ atas nasihat seorang sahabat yang kata tempat ni best.... tapi memang best pon.... heheheh.

Anyway... apa yang dapat aku nak cakapkan pon.... kalau korang nak tau best ke tidak... datang lah ke Kalumpang Resort... 







Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...