Isnin, 5 September 2011

Sambut Raya & Birthday Hanum Sekali Gus!!

Posted by Emmymazli at 6:03 PTG 0 comments
Salam semua...

Kalau korang perasan... entry-entry aku lately ni sumer pasal raya jer.  Hehehehe... raya pun baru berlangsung beberapa hari jer kan.  Aku rasa tak salah kalau kita story pasal raya jer...  Mengembalikan mood raya sentiasa dalam dirikan bagus... huhuhuh

Sebenarnya entry harini nak cerita pasal aku dan family celebrate raya bersekali dengan birthday anak dara aku si Hanum.  Kebetulan raya pertama tahun ni jatuh pada 30 Ogos yang merupakan birthday Hanum..... maka banyak perkara yang perlu aku settle sekaligus dengan persiapan raya.  

Sebelum aku nak bercerita panjang... rasanya belum terlambat aku nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua kengkawan tak kira di mana you alls berada.   Aku mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan juga salah dan silap harap dimaafkan.  Sorrylah.. tak dapat wish awal sebab sibuk meniaga lemang... raya-raya ni... blog dan FB aku pun cuti jugak... hehhehehe...
Mula-mula sekali aku nak story pasal raya dulu... tahun ni aku anak beranak beraya di Melaka as usual.  Tak kemanapun sebab aku dan hubby memang orang Melaka dan kampung pun sebelah-sebelah jer.  Nak balik mana pun tak kisah.  Baju kami sekeluarga tahun ni bertemakan warna purple.  Perrghhh.... comel giler warna tahun ni.   Baju aku dan hubby pun dah macam orang nak gi nikah.  Hahahahah.  Bukan apa.. sekali sekala pakai baju meriah.  Kebetulan pula tahun ni adalah ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 10.  So hubby aku menghadiahkan baju yang macam baju kawen untuk kitorang ambil gambar ala-ala orang baru kawen tu... cuma bezanya kitorang pengantin lama.... pastu pengantinnya pun agak montel dan gebu.  Hahahahah.... 
Macam aku cerita dalam entry sebelum ini, aku dan hubby seperti tahun-tahun sudah berniaga lemang.  So, tak dapat dinafikan lagi betapa penat dan mengantuknya aku dan hubby di pagi raya.  Perghhh.... pening korang tau tak...!!! Kami dapat tido dalam 2 jam jer..... huhuhu....Asal raya jer ngantuk...!!!!  Settle beraya di rumah keluarga yang lebih tua.... biasanya dapat juga kami berehat.  Tapi tahun ni aku agak kelam kabut sikit menguruskan birthday party Hanum pula pada malam raya pertama tu. 

Nasib baik buat raya pertama... so tak payahlah nak buat macam-macam sebab raya pertama memang sudah banyak menu.  Kebetulan pula aku memang minta mama standby buat ketupat dan rendang lebih untuk birthday Hanum tu.  Cuma aku tambah-tambah goreng nugget dan sosej serta buah-buahan sebagai pelengkap menu untuk birthday party.  Kalini buat birthday Hanum bukan kat rumah mama aku di Ayer Molek or rumah mak mertua aku di Telok Mas... kali ni buat di rumah nenek aku di Paya Dalam.  Saje mau kasi meriah rumah nenek aku tu.  Kalau tak nenek aku sedih jer sejak kematian atuk aku sebulan yang lalu.  Sunyi katanya rumah tu.  

Bab kek birthday ni memang aku sesak nafas skit.  Almaklum ler.... raya-raya ni... banyak pembuat kek yang tak mau terima tempahan sebab sibuk siapkan biskut raya walaupun masa aku bertanya tu 2 bulan sebelum puasa..... baek punya prepareration tapi kepala pun boleh pening sekejap.... Kebetulan pula tahun ni Hanum request kek barbie... berposak la aku blog walking blog-blog yang boleh buat kek barbie.... mostly sumer tak nak terima tempahan kecuali sorang kawan ni bernama Mieza iaitu tuan empunya blog http://www.prettysmallbakery.com/ .  Syukur Mieza sanggup terima tempahan dan yang paling best.... harga-harga kek dia juga berpatutan dari pembuat kek yang lain.  Cantik pun cantik design kek barbie yang Mieza buat.  Syukur alhamdulillah!!!  Masa nak potong kek tu pun.. bukan main sayang lak aku sebab cantik sangat kek yang Mieza design... Heheheh... Thanks Miezah!!!!
Tahun ni cadangnya nak buat birthday Hanum agak gempak ala-ala princess dan berwarna pink.... tetapi nampaknya tak kesampaian juga hajat aku dan Hanum.  Baju princess tak dapat..... nasib baik ada juga gaun raya yang aku beli tu warna pink.  Tang lain sumer dah settle.... tapi baju pula yang tak dapat cari.... padahal 1 Melaka aku dah cari... kesian sungguh.... Tapi takper laa..... pengajaran buat aku jugak... jangan nak tunggu last minit baru nak beli.  Lain kali kalau ternampak kat mana-mana dan berkenan di hati terus grab jer baju tu... tak payah nak loghat nak survey tempat lain.  Bukan senang nak cari baju princess tau!!!  (sebenarnya perli my hubby tu... huhuhu...)
Walau apa pun.... syukur sangat-sangat bila majlis berjalan dengan lancar walaupun agak lewat dari waktu yang ditetapkan... yang penting Hanum happy.  Cuma Hanum merungut skit tahun ni...katanya.. "Mama.. tahun ni kakak tak dapat hadiah pun... dapat duit jer.. kalau birthday Kimie tu macam-macam hadiah Kimie dapat.... Kakak nak jugak...!!"  Hahahahha... nak buat macam mana... kebetulan birthday Hanum tahun ni jatuh pada first raya.. so duit raya dilebihkan la dari biase... hehehehhe... kesian lak Hanum.  Tapi dia tak tahu pula duit tu dia boleh beli macam-macam.. Hahahahahah!!!!
 
 
 

Balik dari birthday party Hanum kat rumah nenek aku tu... aku terus balik Telok Mas... sampai rumah jer terus terbongkang laki bini... punyalah bapak mengantuk.... huhuhu....

Oklah... layan gambar dululah yer.... tataaaaa!!!


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah Pada Cousin-Cousin Aku Yang Baru Dapat Baby!!!

Posted by Emmymazli at 3:59 PTG 0 comments

Warghhh… dalam sebulan ni, diam tak diam dari awal puasa hinggalah ke raya baru  ni, aku mendapat 3 anak buah dari cousin-cousin aku.  Hrmm….. meriahlah lagi cicit nenek aku tahun ni…. Seronok!!!

Firstly…. Anak buah aku yang lahir pada awal puasa ialah baby girl kepada cousin aku Hafiz dan Rehan yang bernama Marsya Riffa lahir pada 2 Ogos 2011. 
Secondly… kakak kepada Hafiz pula iaitu si Nurul Baity yang melahirkan baby girl juga bernama Khayla Fatima pada 10 Ogos 2011.  Uikkk... suka sangat la hubby dia si Keef dapat baby girl!!!
Thirdly, pada hari raya ketiga, 1 September 2011 yang lepas isteri Shahrul pula, si Intan melahirkan anak kedua.  Alhamdulillah… kali ni dapat baby boy pula bernama Mohd Irsyad Hasriq … comel sangat!!!
Tanpa disedari.... 3 anak buah aku yang lahir ni sumernya lahir dari kaedah caesarian... pembedahan laaa...  hahahha... takut salah ejalah pulak!!!  Hmmm... macam jangkit-jangkit pulak!!

Lepas ni... turn adik aku si Angah pula yang akan melahirkan anak kedua dijangka bulan November nanti  Huhuhu…. Aku tumpang happy sudah…. Boleh aku picit-picit kasi nangis… best wooo… hahahahah!!!!  Jangan si Angah pun menjangkit melahirkan anak macam 3 anak buah aku tu sudah... mau pening nak berpantang....!!! Hehehheh...

Oklah... Congrats kepada Hafiz & Rehan, Nurul & Keef dan Sharul & Intan for your new born baby....  Makin meriahlah family kita... heheheheh!!!

Rezeki Menjelang Raya…

Posted by Emmymazli at 2:12 PTG 0 comments
28-29 Ogos 2011- Ayer Molek, Melaka

Salam semua.  Kalini nak story bisness aku menjelang Raya... Seperti biasa tiap-tiap tahun menjelang Hari Raya aku akan bercuti lebih awal sedikit dari yang lain-lain untuk aku memulakan bisness aku untuk musim perayaan.  Apa lagi kalau tak bisness “LEMANG” aku.  
 Macam tahun lepas jugak, aku mulakan bisness lemang aku 2 hari before raya.  Bukan apa, tak mau jual lemang yang dah berhari-hari.  Lemang aku memang dijual untuk stok hari raya.  Insyaallah... boleh tahan 3-4 hari.  Bukan nak membandingkan lemang aku dengan lemang peniaga lain… tapi aku punya lemang…. original punya lemang ok!!! Hehehehe…  Ini lemang.. bukan lemang kukus yang pulutnya dikukus dahulu dan kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar atas api.. bukan juga lemang pakai ajinomoto mau kasi rasa yang sedap… ini lemang semata-mata lemang asli yang menggunakan beras pulut, santan, garam, dan dibakar dalam buluh yang cantik atas kayu api berjam-jam.  Segala proses membuat lemang ni aku buat di pondok lemang aku tu jer.  Memang penat buat lemang ni… boleh dikatakan hampir 48 jam non stop dan tak tidor.  Lepak memang lepak…. Dapat rehat pun sekejap-sekejap jer tapi demi mencari rezeki raya… aku dan suami harungi jua.  Nasib baik aku ada 2 orang pembantu yang baik punya… saper lagi… adik aku si Boy dan sepupu aku si Celeng a.k.a. Shahril.
  
Tahun ni aku jual lemang lebih 500 batang yang menggunakan 12 kampit beras pulut.  1 kampit beras pulut tu beratnya 10 kg.  Perghhh… memang lepak skit untuk kejar masa membakar lemang untuk hari mantai tu.  Tapi Alhamdulillah…. Rezeki Allah bagi aku terima jer.  Kalau diikutkan persaingan jual  lemang tahun ni memang hebat.  Kalau tahun-tahun dulu, hanya aku dan 1 peniaga di area kandang jer yang meniaga lemang, tapi tahun ni ada lebih kurang 10 buah gerai yang menjual lemang sepanjang jalan utama di Pengkalan Minyak-Ayer Molek-Kandang.  Korang bayangkanlah macam mana aku nak meniaga kalau dah persaingan begitu ramai.  Tapi Alhamdulillah… aku meniaga ikhlas dan tak nak menganiaya orang dengan mencari keuntungan semata.  So far, aku dah ada pembeli tetap tiap-tiap tahun yang tahu kualiti lemang aku.  Tak perlu nak risau…. Lambat ke cepat…. Ada jer rezeki aku cuma yang aku perasan, tahun ni aku berniaga tak serancak dulu.  Nasib aku baik bila pembeli dah pandai menilai barang yang dibeli.  Aku tukar strategi menjual lemang tahun ni dengan mendahulukan membakar lemang yang besar-besar dahulu.  Kemudian baru yang kecil-kecil.  Orang sekarang tak suka lemang kecik-kecik dan garing.  Diorang suka lemang yang sedang dan besar.  Bersesuaian dengan harga lemang itu sendiri yang lebih kurang harganya RM12-18 mengikut saiz buluh lemang.  Alhamdulillah.   Bila aku tukar strategi tahun ni,  walaupun meniaga tak rancak macam dulu, tapi pulangan aku tetap baik macam tahun-tahun sudah.  Alhamdulillah sangat-sangat!!!!!
 
 
Tahun ni juga… aku tukar nama lemang aku.  Dulu aku letak “LEMANG TELOK MAS”.  Tahun ni aku letak “LEMANG AYER MOLEK” bila ramai permintaan pembeli pada tahun lepas yang minta aku tukar nama sebab kedudukan gerai/pondok lemang aku di Ayer Molek, bukan di Telok Mas.  Dulu aku letak “LEMANG TELOK MAS” sebab hubby aku asalnya meniaga lemang di Telok Mas dan memang dah ada customer tetap.  So, orang nak cari pun senang.  Tapi sejak kebelakangan ni, ada jer kisah tak menarik tentang lemang Telok Mas ni, so ada baiknya juga aku dan hubby tukar nama.  Hehehehe….  Tapi, susah nak puaskan hati semua orang… bila dah tukar.. ada pulak pembeli yang mintak pakai nama lemang Telok Mas pulak!!! Huhuhu… tension… bukan senang nak puaskan hati semua orang tau….
Oklah….  Lastly… aku nak ucapkan terima kasih kepada bapa mertua aku.. Syed Salim Syed Omar yang membantu aku mencari buluh lemang yang baik punya tahun ni.  Ramai puji buluh lemang aku tahun ni cun.   Thanks juga kepada adik aku Boy dan Celeng yang bantu aku dari A-Z untuk bisness lemang ni.   Dan terima kasih juga kepada adik-adik aku yang lain yang terpaksa kemas umah mama tiap-tiap tahun tanpa bantuan aku dan keluarga mak mertua aku kerana tak masak untuk raya sebab tiap-tiap tahun juga aku mengelat pergi jual lemang…. Hehehhehehe… Jangan mare ekkk…. Huhuhuh….

Oklah….. sekian story pasal lemang!!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...