Ahad, 16 Ogos 2015

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Pinggiran Cyber 2015

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:51 PTG
Reactions: 
15 Ogos 2015 - Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya

Salam semua... kalini just nak update aktiviti taman perumahan kita duduk ni.  Lama tak story mory kannn... hehehehehe... 

Memandangkan semalam adalah hari terakhir bulan Syawal... maka pihak persatuan penduduk TPC dan juga KRT TPC telah melaksanakan jamuan raya untuk diraikan bersama semua penduduk TPC. 

Alhamdulillah... jamuan kalini nampaknya lebih meriah dari 2 tahun sebelumnya.  Tahun lepas tak dapat nak raikan kerana husband aku yang juga pengerusi penduduk TPC masih lagi bersedih dengan kehilangan mak... maka tahun ni walau macam mana pun mau kasi jadi juga.  Bila semua persiapan berjalan lancar dan juga perancangan lebih awal telah dilakukan.. maka majlis dapat dilakukan dengan baik.  Alhamdulillah sangat.

Majlis kalini... dengan sambutan yang ramainya... dengan goodies yang banyak... dengan potluck dari penduduk yang meriah.... dengan duit raya dan juga hadiah  untuk pakaian tercantik.... dengan cabutan bertuah... bak kata... semua puas hatilah.... terima kasih semua yang memberi sumbangan.  Moga Allah murahkan rezeki kamu semua..... 
Terima kasih dan tahniah juga kepada AJK yang terlibat menjayakan majlis ni... memang owesome!!!

Seperti  biasa.... biar gambar berbicara...
Ucapan Pengerusi dan Bacaan Doa

Makanan dan potluck  yang disediakan dari penduduk TPC

Suasana majlis... sangat meriah....

Pemberian duit raya dan juga goodie bag kepada kanak-kanak

Pakaian lelaki terbaik
Pakaian wanita terbaik
Pakaian kanak-kanak wanita terbaik
Pakaian kanak-kanak lelaki terbaik
AJK yang menjayakan majlis.... 

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...