Isnin, 18 April 2016

Sportexcel 25th Anniversary Walkathon & Family Day 2016

Posted by Emmymazli at 4:24 PTG
17 April 2016 - MSN Bukit Jalil

Salam semua....

Aku nak update aktiviti family dan anak-anak taekwondo Koryo kalini.  Event ni sebenarnya bulan dalam planning aku dan kawan-kawan lain pun sebenarnya.  Kami sepatutnya join Superhero Race di KL pada tarikh ini tetapi run ini telah ditunda di saat akhir.  So... memandangkan run telah pon di tunda.. aku dan anak-anak lain telah pun diinvite oleh coach taekwondo Koryo yang kini bertugas di MSN iaitu Sir Taufik melalui Sir Muhin untuk sama-sama support aktiviti diorang ni.  Hmmm... atas desakan dari Sir Muhin, anak-anak yang disenaraikan memang wajiblah join... parents digalakkan turut sama join diorang.  Support skitlah diorang nih!! 
Aku difahamkan yang anak-anak dari Koryo Taekwondo Club Ampang dan Sepang akan mewakili  Koryo dalam event ni... So jangan muntahlah ekk kalau muka-muka kami jer yang kongker tempat nih... hehehhe...
Aktiviti utama event ni adalah Walkathon.  Tak sangka la pula bila event yang diinvite ni ada disediakan tshirt. Punyalah seronok.  Macam masuk running berbayar.... joint dah la free... dapat baju, medal dan certificate  lagi.  Mula-mula tu macam nerves la sebab kami tak diberitahu berapa kilometer walkathon ni akan berjalan.  Rupa-rupanya 2.5km jer... heheheh... kacang jer laa.... Kami dengan suksesnya menamatkan walkathon.... terutamanya mak-mak ni.  Dah la aku nih malam tadi baru jer lepas run 6km.  Fuhhhhh!!!! 
 
Penaja utama event ni ialah Milo... so mana-mana pergi semua Milo.... minum Milo sampai pitam.... heheheh... tapi kalau  nak dapat goodie bag dari Milo.. kena la penuhkan kertas aktiviti setiap booth yang ada kat event tu.  At least budak-budak dapat bermain dengan aktiviti menarik bagi memeriahkan event ni... jangan kata anak-anak jer yang seronok.  Mak-mak pon bukan main lorat lagi... hehehehe... rasa muda sentiasa... kikikikikkkk!!!
Oklah... apa jer nak diceritakan... dah penat bermain kami semua nih... goodie beg pon dah dapat.  Thanks MSN menganjurkan event macam ni dan sudi jemput kami parents ni untuk turut serta.  Sangat-sangat enjoy!!  Selama ni wakilkan anak jer dalam tournament.  Moga tahun depan ada lagi... hehehehe... Bye!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...