Jumaat, 30 Ogos 2013

Kursus Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat NRE 2013

Posted by Emmymazli at 1:51 PTG
25-27 Ogos 2013 - Hotel Grand Blue Wave Shah Alam

Alkisahnya.... dah lama tak join kursus under NRE ni terutamanya kursus yang berkaitan dengan setiausaha.  Alhamdulillah tahun ni ada peluang turut serta.

Kursus yang di anjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia NRE ni lebih kepada Pengurusan Majlis dihadiri oleh PA-PA Setiausaha Bahagian dan Ketua Jabatan di Bawah NRE.

Apa yang boleh aku katakan di sini.... kursus yang aku hadiri pada kali ini melibatkan para setiausaha anjuran NRE sendiri adalah yang terbaik.  Kalini kami dapat fasilitator yang sangat berpengalaman dengan pengurusan majlis, kecantikan dan merupakan juga perunding imej.  Yang penting..... fassi ini sangat kelakar dan meriah.  Ala-ala Aznil Hj. Nawawi gitu... memang gamatlah kelas kami.  Siapa lagi kalau tak En. Hafiz Mustapha @ Cute Carry.  Malah.... disebabkan pengalaman dia dalam dunia fashion dan macam-macam lagi.... sesi pembelajaran kami tampak lebih menarik dan happening.
Semasa sesi pembelajaran
Perasmian kursus oleh SUB BPSM, En. Wahid bin Salim
Aku jadi bahan testing....
Sesi make over
Sesi pembelajaran - mengenal tubuh badan
Malam terakhir kami merupakan sesi praktikal dari kami as peserta.... So kena buat ala-ala malam gala gitu.... Bayangkanlah... kami hanya ada beberapa jam untuk mengendalikan majlis dan dengan penuh GAYA  & GLAMOR.  Kiranya ala-ala Secretaries Night gitu.... syukur....  akhirnya berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya..... Ada persembahan menarik dari peserta sendiri... poco-poco... dan program ala-ala Ratu Cantik....Miss Secretary NRE.  Kebetulan pula.... aku antara 8 orang yang tercalon malam tu dan berjaya hingga ke top 3.  Alhamdulillah..... Dapat 2nd Runner Up (Tempat ketiga).  Bukan nak berangan sangat jadi macam ratu cantik... tapi just nak naikkan keyakinan diri....  Buat kengkawan yang menang tu.... congrats yer....  Tak lupa juga kepada kengkawan lain yang sama-sama berganding bahu untuk menjadikan event kita malam tu lebih happening dan menarik. Love u all so much!!

Oklah... layan gambo jer laa....
Make up dan dress oleh aku sendiri
With Miss Secretary NRE (kiri, atas) dan kengkawan PA
Pantang jumpa camera
Antara kawan yang paling meriah dalam kelas.... Kak Melahhh
Semasa pengumuman Top 3
Terima hadiah 2nd Runner Up
2nd Runner Up -  Miss Seceratry NRE 2013
Nilah hadiahnya... simple but nice
Aktiviti pada malam tu oleh peserta

Aktiviti Poco-poco
Inilah dia En. Hafiz Mustapha, our fassilitator
Kisah selanjutnya dari pihak fasilitator CuteCarry boleh di baca di sini.....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...