Selamat berpuasa semua....
Today aku nak share resepi bubur lambuk yang simple tapi sedap macam korang makan yang Bubur Lambuk Kg. Baru punya.... aku try & error je sebelum ni setelah merujuk resepi kawan-kawan dari internet... tapi ikut cara dan selera masing-masing laa.... kebetulan semalam aku baru jer buat dan ada kawan bertanya pula resepi tu... so harini aku nak sharelah resepi aku yer...
Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)
½ biji kelapa, gunakan santan pekat (guna santan kotak pon boleh. Kalau untuk 2 cawan beras gunakan ½ kotak)
½ kg daging cincang (lebih pun takper kalau suka. Then pakai daging paket Ramli
pun boleh)
5 s/b minyak masak
1-2 biji ubi kentang (potong kecil-kecil)
Garam
Air
Bahan tumbuk/blender
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Rempah tumis
1-2 batang kulit kayu manis
3-5 kuntum bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
1 inci halia (ketuk sedikit sahaja)
Bahan rempah
1 ½ s/b serbuk rempah kurma/rempah sup
¼ s/k lada putih
¼ s/k lada sulah
½ s/k lada hitam
½ s/k halba campur
Bahan hiasan
3 tangkai daun sup yang dicincang
2 tangkai daun bawang yang dicincang
Bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak masukkan rempah
tumis dahulu dan kemudian bahan tumbuk sehingga wangi dan garing kekuningan.
2. Masukkan bahan rempah dan daging. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu
kering. Masukkan ½ sudu paste ayam. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, kentang dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan, dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit dan tunggu 3 minit
kemudian hidangkan dengan bahan hiasan
p/s: kalau masukkan udang dari awal nanti jadi tak
sedap pula. Tak caya cuba laaa…
hehehehe. Lagi satu aku suka masukkan daun sup yang di cincang sekali dalam periuk bubur tu sebelum tutup api. Aku rasa bubur lebih wangi dan tahan lama kalau disimpan.
Selamat mencuba.
2 comments:
salam..saya dah cuba resepi awak..tapi santan sebiji n bau kayu manis kuat sgt lak..mungkin saya terlebih letak kot..anyway..thanks for the resepi..
terima kasih kerana mencuba.... saya letak pon tak banyak santannya... 1/2 biji cukup... kayu manis jgn letak byk2.. skit2 jer.... sbb tu saya tulis 1-2 btg kayu manis.... kalau besar 1 jer cukup... kalau kecik 1 jer.. heheheh
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!