20-22 Jun 2012- Seri Menanti Resort
Hmmm... bile jer citer pasal kursus ni je aku jadi lemau... hehehhe... ngadakan... bukan apa... kursus yang aku hadiri ni bukan atas permintaan aku. Even pegawai yang incharge ni pun.. skit tak tanya samada aku ni available ke tidak untuk hadir. Bukan diorang tak tau yang aku ni susah nak berkursus diluar memandangkan menjadi tugas aku untuk jadi driver kepada anak-anak aku ni lagi-lagi pulak kalau hubby aku takder... huhuh... tapi apa pun disebabkan SYMP la katakan... aku hadir la juga...
So... dengan berat hatinya aku terpaksa jugalah hadir kursus ni. Pagi sebelum hubby hantar ke NRE untuk menaiki bas ke hotel tu barulah aku mengemas-ngemas baju untuk dibawa ke kursus tu nanti. Nampak benau aku ni malas nak pergi la kan....
Kursus ni diadakan di Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan... Hmmm!! Apa yang boleh aku kata.. memang tempat ni jauh terperosok dari bandar la jawabnya... tapi masa kami sampai.. rasa terharu giler bila ada orang sambut kitorang macam ala-ala vip gitu siap bunga rampai bagai... hahahha... terharu tau!!!
Suasana di Seri Menanti Resort
Penyambut tetamu yang menyambut kami ala-ala vip gitu
Hmmm... apa sangat yang aku nak citer pasal kursus ni ekk...??? Biasa laa.. nama pun "Smart Intergriti"... dah tentu berunsur keagamaan. Alhamdulillah... walaupun berunsur keagamaan... tapi aku agak enjoy juga hadir kursus ni. Semasa kat sana... kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. So aku ni pun dapatlah group yang agak ok juga. Syukran... Antaranya... kapten volleyball aku sendiri si Ayied, room mate aku si Fizun dari Nahrim, Ustad Zamri, Khaty, Shahril, Rosedi dan Zamrul. Bila dah ada kumpulan mestilah ada nama kumpulan kan... hikhikhik... nama kumpulan kami Imtiyaz... ni si ustad tu la bagi nama setelah faham pengertian dia....
So far... segala aktiviti kumpulan yang kami buat memang rasa best sangat... yang kelakarnya.. dari segi aktiviti yang dibuat... kumpulan aku memang dah leading tetapi disebabkan ada 1 aktiviti hiasan ni... terus kami pun drop.. hahahah... what ever pun... yang penting kita enjoy....
Lupa nak bagitau. Tempat kursus ni bersebelahan jer dengan Istana Lama Seri Menanti. Wallaweehhh... sepanjang aku ada kat sanakan... rasa teruja giler nak pergi masuk ke Istana tu. Macam jakun pun yer... heheheheh. At last.. hari kedua berada di sana tu.. merasa la aku masuk ke Istana tu. Hmm... nak kata seram pun yer... nak kata biase pun yer... terpulanglah penerimaan masing-masing.... Yang pasti... aku dapat la menikmati suasana duduk dalam istama macam orang dolu-dolu yang dalam filem melayu tu. Yang bestnye... penjaga istana lama ni... memang best dan peramah giler... ko tanya la apa pun pasal istana tu.. insyaallah dia jawab dengan penuh semangat dan mesra...Thanks pakcik lain kami-kami ni lebih-lebih aku ni yang banyak soalan. Hihihih!!!
Apa pun.... apa yang dapat aku rumuskan tentang kursus ni.... Kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang baik terhadap tugas seharian kita selain dari aktiviti dia yang menyeronokkan juga walaupun dari segi keagamaan dan integriti. Selain itu.. tempat penginapan pun selesa... damai... makanan kat resort tu pun sedap dan panas-panas. Suka sangat!! Dan yang paling penting.... Dapat buat lawatan free... hahahaah!!!
Oklah... Chow!!
Oklah... Chow!!
2 comments:
apa aktiviti masa kursus.. kena pakai bj kurung je ke..ade aktivit luar x.
aktiviti keagamaan tu confirm dan ada aktiviti sampingan di luar juga ada. namun... walaupun aktiviti luar... masih dikaitkan dengan integriti.... tidaklah all the time pakai baju kurung... hehhehe... good luck!!!
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!