Rabu, 18 September 2013

Celebrated Birthday Sis Selena, Parents Koryo Sepang

Posted by Emmymazli at 12:21 PTG 0 comments
18 September 2013 -  Dengkil
Salam semua... 

Harini baru sempat nak update story hari rabu....  hehehe... 

Kisahnya kami celebrate birthday one of the parents budak taekwondo Koryo Sepang baru-baru ni.... bukanlah meriah sangat tapi orang kata tu boleh la menjadi ingatan.  Asalnya Kak Tipah rancang nak bawak masakan ikan patin masak lemak atau tempoyak malam rabu tu memandangkan ada sorang parent ni bagi ikan patin dan disuruhnya kak Tipah masak... bila di fikir-fikir... naik segan pula asik kak tipah dan yang lain-lain jer masak... aku ni tukang makan jer... so aku decide la nak masak asam pedas tetel.. kununnya masakan orang Melaka. Hihihi!!  Terlaksana impian masak tetel untuk diorang sebab hari Selasa tu aku sempat ke Pasar Tani Putrajaya beli daging tetel.  

Hari Rabu pagi tu sempat aku rebus daging dalam sejam lebih dan petangnya aku just tumis bawang dan cili.  So sempat la siap sebelum nak hantar anak-anak ke kelas sparing.  Setiap malam Rabu dan Jumaat kami as parents akan gathering di Dengkil while menunggu anak-anak sibuk training sparring taekwondo.  

Yang perancangan last minitnya bila aku sempat buka FB pagi tu then baru terperasan  yang birthday kawan kita, Kak Selena yang juga parent anak-anak taekwondo tu semalam.  So aku terus wechat Kak Tipah untuk bincang  nak masak apa dan beli kek simple sebagai kejutan buat Kak Selena kita malam tu.  Kak Selena ni pon antara kawan dan juga parent anak-anak Koryo Sepang yang rapat dengan kami serta yang lain walaupun aku sedar aku ni orang baru.  So rasa happy kalau dapat gembirakan kengkawan.  Maka tengahari tu aku menjalankan projek membeli kek untuk sahabat sorang ni.

Malam tu.... hmmm... memang Kak Selena tak sangka la kan kami nak celebrated birthday dia dengan keknya dan masakan yang aku dan kengkawan lain bawa bersama-sama... sebab alkisahnya birthday anak dia si Adam haritu dan Kak Selena ada bawa kek Adam untuk share dengan kami.  Nampaknya tak laku la kek si Adam tu.  Nampak Kak Selena happy sangat malam tu.... bak kata dia... rasa macam nak kuar air mata tapi air mata dah kering... terharu sangat katanya.... so aku suruh nangis ala ratu cantik jer laa... hahhahah.  Yang paling best... uncle kedai mamak yang kami lepak tu bukan main kuat lagi nyanyikan lagu birthday untuk Kak Selena tu... hahahha... sporting habis... Tapi rasa macam tak cukup korum pula bila ada parents  yang takder.... huhuhu... takder rezeki diorang la nampaknya... heheheh... Next time yer my dear...

Rezeki aritu... Kak Tipah punya Patin Tempoyak memang terbaik... terus tenggelam aku punya Asam Pedas Tetel.... Hahaha.... The best part bila dah makan sampai lupa diri... masing-masing dah macam ular sawa pregnant.... kihkihkih.... nak cakap banyak-banyak pon dah tak boleh... hahhaha.... lawak-lawak.... terima kasih juga la kepada insan yang belanja minum dan yang lain-lain tu yer..... Moga dimurahkan rezeki hendaknya....

Oklah... Happy Belated Birthday Kak Selena.... Chau Chin Chau...
Lauk pauk aritu dan juga tukang masak.... lauk simple tapi sedapppp...
Kami makan sampai licin...heheheh
bapa-bapa yang terlantar kekenyanyan

Selasa, 17 September 2013

Sukan NRE 2013 - Penyertaan Jabatan Biokeselamatan

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 0 comments
13-15 September 2013 - UPM Serdang

Pasukan JBK yang berarak
Salam semua...

Baru jer semalam merungut pasal tak dapat join team volleyball NRE di Sukan NRE... tetiba harini nak story pasal event sukan ni pulak... hehehe... kena story jugak sebab its all about my life... nama pon blog kisah aku so kena la story kan...

Ok... Actually aku dan rakan sejabatan yang tak sampai 25 orang ni termasuklah Ketua Pengarah aku terpaksa join Sukan NRE ni waima diorang seorang pegawai sekalipun untuk mencukupkan korum pasukan kami.  Nak atau tidak.... suka atau tidak.... pandai atau tidak dalam apa acara sekali pun kena join juga mana-mana game untuk turut serta.  Kalau tak tahu kena belajar.... hmmm... sabo jer laaa.... frust memanglah frust seperti yang aku citer dalam entry sebelum ni.... tapi terpaksa juga diturutkan demi arahan KP.  

Acara yang kami turut serta antaranya Bowling Lelaki dan Wanita, Karom, Dart, Congkak, Badminton, Dam Aji dan Perbarisan.  Acara yang terpasa walk over ialah Dart kerana bertembung dengan game lain pada hari yang sama kerana pemain yang main dart terlibat dengan game lain.  Nak kata camner... hanya mampu dibuat ialah cuba sebaiknya.... huhuhuu... Berjuang sebelum mengaku kalah.  Tapi memang dah tau kalah dah sebab masing-masing bukan profesional atau terer main game-game yang diorang masuk tu termasuk la aku sekali dalam ini cerita.  Huhuhu.... sabo jer laaaa...  Yang penting kami ambil pengalaman dan try to have fun dalam game dan terutamanya semasa perbarisan.  

Oklah citer pasal perbarisan ni.... kami ni dah la berapa orang jer.... pastu kena join jugak acara perbarisan.  Nak tak nak.... yer kan jer laaa.... walaupun try to be creatif tapi dengan berapa orang tu saja memang susah nak dapat markah banyak.... yang penting cuba.... tapi alhamdulillah... walaupun berapa ketul orang jer.... kami dapat tepukan gemuruh dari audience dan kengkawan jabatan lain... Kununnya.... walaupun jumlah kami kecil tapi semangat kami besar.... Hmmm... semangat la sangat.... kami ni terpaksa ok!!!!
Team bowling wanita
Hmmm... game bowling yang aku sertai pon ............. kalah la tu... hahahha.... main tak sepenuh hati walau aku usaha.... tapi nak wat camner kan.... training pon sekali jer... nak menang camner.  Mahal der bayar main bowling... bukan nak berkira tapi sebab bowling bukan lagi minat aku so aku cam tak ambil kisah pon.  
Oklah.... Tak tau apa nak citer lagi.... Ehh lupaa... secara keseluruhan yang aku tau JBK di tangga yang ke 11 dari 13 jabatan yang bertanding.... kira ok lah kan untuk first time join... dari duduk tempat yang terakhir... huhuhu... oklah... layankan ajer gambar-gambar pasukan Jabatan Biokeselamatan semasa Sukan NRE 2013. Bubye.....

Kejadian sebelum dan selepas perbarisan - Pembukaan Sukan  NRE

Hari Kedua semasa sukan berlangsung
 
 

Penutup Sukan  NRE

Terpaksa Bebaskan Gucci & Mieko Dalam Rumah

Posted by Emmymazli at 2:49 PTG 0 comments
Salam semua.....

Hmmm.... takder apa nak di ngomelkan arini... just teringat kisah malam tadi yang aku terpaksa masukkan kucing aku si Gucci dan anaknya si Mieko ke dalam rumah angkara Cik Tikus yang berleluasa dalam rumah.  
Al kisahnya masa kami semua dah masuk tidur tetiba Kimie ketuk bilik dengan kuat.... rupanya dia terperanjat tengok Cik Tikus besar panjat meja makan dan larikan lempeng aku yang tak ditutup tudung saji.  Kerja anak aku la tu lepas makan tak reti tutup makanan.  Besar katanya Cik Tikus tu dah macam anak kucing kitorang... hahahha.... tau Kimie takut.... sebelum ni pon dah memang ramai penduduk taman ni mengadu pasal berleluasanya Cik Tikus dalam rumah dan atas siling.... memang dah perasan pon dalam rumah habis tepung aku kena lubang dan menda-menda lain but aku still tak terfikir nak masukkan kucing dalam rumah.  Malam tu lepas kes Kimie dah terperanjat nampak Cik Tikus tu terus hubby dan Kimie angkat sangkar si Gucci dan Mieko masuk dalam rumah dan diletakkan bawah dapur.  Gucci dan Mieko pon dilepaskan di dalam rumah biar diorang jadi jaga.  Kunun-kununnya laaa... Hahahaha
So bermulalah kamus hidup si Gucci dan Mieko ni jadi kucing rumah.  Kalau korang berdua buat onar... ko siap ko... hehheheh!! Warning macam kucing paham.... Tapi suka pula aku bila dalam rumah ada kucing... rasa berseri rumah... tidur pon ada kucing teman kadang-kadang tu... heheheh.... 

Okaylah..... Stop dulu menceceh ye.... byeeee
Ok... ni gambar gangguan teknikal... haiyakkkk!!!
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...