Selasa, 30 April 2013

Seminar Aspirasi Setiausaha 2013

Posted by Emmymazli at 5:22 PTG 0 comments
29 April 2013
Hotel Marriott Putrajaya
Anjuran Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd


Salam semua....


Setelah hampir 4 bulan berlalu.... nampaknya baru ini kalilah aku dapat memenuhi tuntutan kursus 7 hari setahun untuk kakitangan kerajaan tu.  Bukan senang nak dapat green light dari boss nih.... tau jer la boss aku tu... sumer nak bersyarat... nyampah!!! Ni dapat sehari pon dah kira ok lah ni.

Seminar anjuran Utusan Publications ni memang tiap-tiap tahun ada penaja yang akan berikan sponsor diorang kepada  peserta.  Kami dapatlah goodies bag dari diorang ni... macam-macam ado... tapi barangan tu untuk orang perempuan ajer la yer... heheheh

Kali ni yang jadi pengacara ialah Shamsul Ghau-Ghau.  Talk yang mampat dari penceramah seperti Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Aziah Jasmin Azizul, Airol Irwan Limin dan juga dari penyanyi jemputan Mawi dan Intan Suraya dah cukup memuaskan hati para setiausaha yang hadir ke seminar ni.  Pada aku, tak sia-sia pergi seminar ni kalini.

Tapi yang sedihnya... seperti tahun-tahun lepas... kalau bab cabutan bertuah memang selalunya aku tak bertuah walau hadiah yang kecik.  Sedihnya.... hmmm....

Oklah.. just sharing the picture jer laaa... takmo citer bebanyak...


Jumaat, 26 April 2013

Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kastam) Meninggal Dunia Kerana 3 Das Tembakan di Putrajaya!

Posted by Emmymazli at 3:02 PTG 1 comments
kredit: STAFF BERITA SEMASA
on APRIL 26, 2013




Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima. Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya? 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.

  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki kereta
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?
  • pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
  • keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara. (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.
Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?

Ada kaitannya?
Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM
Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.
Sumber : Sinar Harian

Dan,  sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Nota Emmymazli:  Kalau aku tak salah ini merupakan kejadian pertama seumpama ini di Putrajaya.... naik takut dengan dunia sekarang ni...huhuhu

Rabu, 24 April 2013

Kes Kecurian di Taman Pinggiran Cyber

Posted by Emmymazli at 5:49 PTG 2 comments

Salam semua…

Harini rasa amat terpanggil nak story kisah kecurian yang berlaku di taman rumah aku ni.  Memandangkan berlaku beberapa rentetan kecurian di taman aku ni…. Aku jadi seram lak nak stay rumah sengsorang dengan anak-anak bila hubby aku takder…
Bermulanya kecurian yang berlaku sebelah jer dengan rumah aku… rumah sewa yang didiami student pada penghujung Januari lepas… kemudiannya selang beberapa hari pula…. Ada juga rumah sewa student lagi yang dipecah masuk dan juga cubaan masuk rumah penghuni lain.  Tak lama lepas itu dalam bulan Februari… cubaan mencuri lagi di rumah kawan seopis aku di NRE… nasib baik rumah dia pakai pintu selak dalam… kalau tak sia-sia jer.  Dah la dia berdua jer dengan adik dia tanpa suami masa tu. 

Bulan lepas berlaku lagi beberapa kes pecah masuk… mostly rumah student dan rumah-rumah yang kawasan hadapannya menghadap tanah lapang…… itu blom lagi rumah yang penghuninya macam jarang-jarang ada….. memang seolah-olah ada orang yang meronda dan mentarget rumah di taman perumahan aku nih.  Huhuhu… Banyak benau suspeknya aku dengar.

Bulan ni pula…. Minggu lepas ada lagi cubaan pecah masuk di rumah penduduk taman ini yang menghadap tanah lapang tu….. Then hari Ahad lepas baru lagi aku dengar 2 kecurian berlaku serentak…. Rumah tu pula sederet dengan rumah aku lagi…. Hmmm…. Apa la nak jadi….

Maka disebabkan kekerapan kecurian dan cubaan mencuri kerap  berlaku walaupun rondaan polis selalu diadakan… hari Isnin lepas….  1 meeting taman telah diadakan bersama penduduk taman… mesyuarat telah memutuskan supaya rondaan dilakukan secara bergilir oleh penduduk taman (orang lelaki la kan…).  So malam tu bermula la syif pertama hingga la malam tadi. 
 
Nak dijadikan cerita… tiba-tiba pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kecurian lagi di rumah student di taman perumahan aku tu…. Heiiii… apa la nak jadi.  Naik ngeri pon ada…. Risau terkena batang idung sendiri…. Gerak hati merasakan orang yang mencuri tu macam orang dalam jer…. Hissshhhh….

Apa pon kengkawan… perlbagai langkah berhati-hati aku telah ambil terutamanya bila hubby aku takder.  Korang diluar sana doakan kesejahteraan dan keselamatan aku sekeluarga yer dari ancaman jahat manusia.  Aku bimbang juga….. Amin….
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...