Selasa, 2 Februari 2016

Trengkas Tutorial: Part 25

Posted by Emmymazli at 4:24 PTG 0 comments
Cangkuk 'r' - Awalan 'memper, diper, berke, terke dan seper'






 Rangkai Kata
 Latihan 25.1



Transkripsi

Latihan 25.1
Satu program untuk memperelokkan lagi keadaan di Zoo Negara sedang dijalankan.  Para Pekerja sedang sibuk memperbesarkan sangkar-sangkar kurungan bagi binatang-binatang yang dipertunjukkan agar binatang-binatang itu dapat bergerak dalam keadaan yang lebih selesa.

Zoo Negara kini berkemampuan mengambil para kakitangan yang berkelulusan tinggi kerana binatang-binatang yang diperlihatkan mendapat penajaan dari badan-badan terkemuka di tanahair kita.  Lebih kurang sepersepuluh sahaja daripada binatang-binatang itu yang tidak mendapat tajaan.

Zoo Negara telah memperolehi sepasang rusi dari Negara CIna pada bulan Disember lalu.  Rusa-rusa ini akan diperkenalkan kepada orang ramai secara rasmi pada bulan April nanti.

Zoo Negara juga sedang mempertimbangkan permintaan daripada orang ramai agar membina sebuah panggung untuk memperlihatkan burung-burung dan binatang-binatang serta memperdengarkan bunyi-bunyinya.

Trengkas Tutorial: Part 24

Posted by Emmymazli at 3:29 PTG 0 comments
Cangkuk 'r' - Awalan 'ber, per dan ter'


Tanda kecil (rujuk di bawah) bagi awalan 'ber', 'per' dan 'ter digunakan.  Jika boleh, tanda kecil itu patu disambungkan kepada gurisan kata dasarnya.  Jika tidak boleh, tanda kecil itu diletakkan berdekatan dengan gurisan kata dasarnya.

Awalan 'ber' -



Awalan 'per' -


Awalan 'ter' -

 Rangkai Kata
 Latihan 24.1
 Ringkasan
 Rangkai Kata
Latihan 24.2
Ringkasan
 Rangkai Kata
Latihan 24.3


Transkripsi

Latihan 24.1


Tuan,

Saya sangat berterima kasih jika tuan dapat memberikan pertolongan dan kerjasama kepada perlaksanaan projek Kerajaan untuk rakyat berternak lembu secara besar-besaran.

Seorang pakar ternakan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sedang menjalankan penyelidikan untuk satu kertas kerja yang akan dibincangkan di dalam satu seminar berkenaan dengan tajuk di atas.  Untuk itu beliau terpaksa pergi ke serata ceruk pelosok tanahair kita ini termasuk kampung tuan.  Pakar yang berbangsa Jerman ini tidak begitu bijak berbahasa Malaysia.  Jadi tuan sepatutnya tidak tersinggung jika sekiranya beliau terkasar atau tersilap.  Segala permintaan dan pertanyaannya patut dijawab dengan sempurna.  Beliau akan dibantu oleh seorang rakyat Malaysia yang bijak bertutur Bahasa Jerman dan Inggeris.  

Akhir sekali, terlebih dulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah

Idrin bin Nordin
Pengerusi
Seminar Ternakan Lembu


Latihan 24.2


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Seperti  yang kita sedia maklum penyakit demam denggi telah merebak di bandar ini sejak bulan April lalu.  Penyakit ini telah merebak disebabkan oleh  beberapa perkara.

Pertama, pondok-pondok setinggan tidak mempunya bekalan air yang elok.  Rakyat di situ telah diberitahu agar tidak menyimpan air di dalam takungan.  Tetapi sangat sukar sekali bagi rakyat di situ mengkuti pemberitahuan ini.   Oleh itu rakyat di situ telah diberitahu agar memasukkan ubat pembasmi jentik-jentik nyamuk aedes ke dalam takungan-takungan air seperti takar dan lain-lain lagi.

Tidak ada saluran longkar yang teratur menjadi perkara yang kedua.  Daripada 32 buah pondok tidak lebih daripada empat buah saja yang mempunyai saluran longkang dan tandas yang betul-betul elok.

Rakyat di kampung setinggan itu juga telah diberitahu agar tidur di dalam kelambu.  Beberapa buah kelambu telah diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukannya.

Kita sekarang memang maklum betapa sukarnya tinggal di kampung setinggan yang sesak.

Sekian, terima kasih.


Latihan 24.3

Tuan,

Perkara kekurangan doktor ini memang mendapat pertimbangan yang utama.  Serata negara sedang mengalami kekurangan doktor.  Untuk mengatasi perkara ini, beberapa orang doktor dari  luar negeri akan bertugas di negara kita ini.  Mereka diambil dari negara-negara yang mempunyai  bilangan doktor yang banyak.  Mereka akan bertugas selama tiga tahun.  Mereka akan menjalani kursus mempelajari Bahasa Malaysia terlebih dahulu.  

Kami tidak dapat memberitahu tuan bilangan doktor yang akan dikirimkan ke tiap-tiap negeri kerana kami belum menerima laporan berkenaan dengan pengambilan para doktor itu.  Kami akan memberitahu tuan apabila kami menerima keterangan lengkap berkenaan dengan problem di atas.

Doktor-doktor ini akan dikirimkan ke luar bandar terutama negeri-negeri  yang seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Perlis kerana rakyat di luar bandar telah lama menderita.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

Trengkas Tutorial: Part 23

Posted by Emmymazli at 12:51 PTG 0 comments
Cangkuk 'r'


Cangkuk 'r' digunakan melambangkan bunyi 'er' sahaja.

1.  Bagi gurisan lurus, ia ditulis mengikut pusingan jam.

Kedudukan:

1.1.  Vokal pengawal ialah vokal pertama -

 1.2.  Vokal pengawal ialah vokal sesudah 'er' -
 1.3. Cangkuk 'r' di tengah-tengah perkataan:
 1.4. Cangkuk 'r' di akhir perkataan:
 2.  Pada gurisan melengkung, cangkuk 'r' ditulis dengan cangkuk kecil di sebelah dalam gurisan melengkung.

Kedudukan:

2.1.  Vokal pengawal ialah vokal pertama -
 2.2.  Vokal pengawal ialah vokal sesudah 'er' -
 Rangkai Kata
 Latihan 23.1


Transkipsi:

Latihan 23.1

Tuan,

Dengan surat ini saya lampirkan satu laporan mengenai ternakan lembu di Malaysia.  Satu seminar akan diadakan pada bulan DIsember ini untuk membincangkan laporan itu.  Di dalam seminar ini juga kita akan membincangkan satu  kertas kerja mengenai ternakan lembu di Malaysia oleh seorang pakar ternakan bangsa Jerman.  Pakar dari Jerman ini telah pergi ke kampung-kampung di pelosok tanah air kita ini.  

Tanahair kita yang subur ini sangat elok untuk ternakan lembu.  Bagi pertama kalinya penyelidikan dan pemeriksaan ini dijalankan oleh seorang perunding antarabangsa.  Kerjasama yang diberikan kepada belian sangat mengembirakan dan menggalakkan.  Orang-orang kita telah menerima segala cadangan yang dikemukakan oleh beliau.  

Terima kasih.

Saya yang menurut perintah

Idris bin Nordin
Pengerusi
Seminar Ternakan Lembu
Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...