Isnin, 26 September 2011

Majlis Pertunangan Nurul Huda (Keluarga Angkat)

Posted by Emmymazli at 3:58 PTG 0 comments
Salam semua….

Lama tak story mory  kat blog kesayangan aku ni.  Lately ni, banyak kerja yang aku perlu selesaikan baik di opis mahu pun di rumah.  Kalau nak diikutkan… banyak yang aku nak story, tetapi aku bila dah sibuk terutamanya time raya ni, memang tak bersempatan la nak taip apa pun.  Apa pun, kepada kengkawan yang mengikuti blog aku ni…. Aku akan story 1 per 1 kisah aku, family dan rakan-rakan yer…. Walaupun story tu dah agak lapuk.. hehheheh…. Tunggu step by step ok!!!… ^_^
Nuru Huda
Oklah…. Today nak story dulu pasal majlis pertunangan anak kepada family angkat aku ni di Muar, Johor pada 3 September 2011 yang lepas.   Family angkat??? Heheheh… sebenarnya, keluarga yang aku nak story ni ialah insan yang sudi menjaga aku semasa aku kecik-kecik dulu di Segamat… kiranya baby sitter la… Nama dia Mak Eton, Aunty Kenah & Uncle Rosli.  Lama benar aku tak jumpa dia…. Tau-tau bila dah besar baru jumpa…. Jumpa pun kadang 2-3 tahun sekali jer.  Paling aku rindu tu Mak Eton dan Aunty Kenah laa.   Semua family aku kecuali Abah dan adik Boy semua joint ke majlis terbut.  Masa sampai kat umah tu… kami jumpa macam orang baru balik belayar kapal… bukan main seronok….
Nurul diapit Uncle Rosli & Aunty Kenah
Aku dengan Mak Eton.. insan yang menjaga aku masa kecik-kecik
Adik-adik dan anak aku berposing
Majlis pertunangan yang aku hadiri ini ialah anak kepada Aunty Kenah & Uncle Rosli iaitu si Nurul Huda.  Almaklum laa…. Anak pertama punya majlis…. kena la hadir.  Kebetulan buat majlis pun di musim perayaan… sambil hadir majlis pertunangan, kita pun kiranya beraya la jugakkan….

Masa aku sampai rumah Mak Eton, aku seronok sungguh jumpa Nurul… comeyyy!!!!   Suka jugak tengok barang hantaran yang dibuat…. Boleh la buat contoh-contah untuk permintaan orang…. Aku memang suka cenggitu…
Hantan dari pihak Nurul
Oklah.  Apa sangat yang aku nak story pun…  aku just nak share kehappyan keluarga Aunty Kenah dan Uncle Rosly di majlis pertunangan anaknya…. To Nurul Huda.. kak long doakan semoga perhubungan Nurul dengan Encik Tunang hingga ke jinjang pelamin.   Congrats Nurul!!!!!

Tadaaa.....

Rabu, 14 September 2011

Hari Bengang Sedunia.... 14 September 2011

Posted by Emmymazli at 11:57 PG 0 comments
Pepagi dah buat aku stress..
Pepagi juga aku disalahkan...
Tak senang aku nak dengar ceramah!!
Main sms kat aku dan terus aku naik atas buat kerja
Orang lain silap...
Aku juga dipersalahkan....
Aku tau kerja aku...
Tapi bila orang lain yang ambil alih tugas nak buat kerja aku....
At last kerja ni dia buat tak habis.. tergantung di tengah jalan... aku jugak yang salah!!!
Orang lain suruh simpan barang boss aku dan kata boss balik nanti dia nak bagi sendiri pun...salah aku jugak!!! Bila aku bagi time dia tanya... katanya nak tunggu dia tanya baru nak bagi.. padahal orang lain yang suruh aku pegang dulu... tapi aku jugak salah.... !!!!!!
Alasannya sebab aku PA.. tugas aku...!! Muktamad!!!
Macam cipan!!!! Apa salahnya kita ni manusia ingat mengingat... aku pun kadang terlupa.... bukan takat diri ko, diri aku sendiri pun tak terurus dan aku sendiri selalu terlupa!!!
So... aku pun tak nak cakap banyak.... yer laa... memang salah aku....
Nak blame orang lain pun tak guna.... Admit sudah!! Memang aku salah!!!
Salah aku jer la nampak....!!!! Salah ko sendirik ko tak nampak....!!!  Fine!!!
You are the boss.... untuk harini ko tengok jer laa muncung aku sepanjang hari.....!!!!
Maybe sampai esok!!! Pedulik la.... tak yah nak buat-buat baik ngan aku  bila saat ko perlukan!!!!
Aku tau ko dah rasa sedikit bersalah pada!!   Itu pun sebab ko nak kejar pangkat ko tu sebab tu ko buat baik ngan aku!!!
Honestly... aku buat kerja ko dengan hati tak ikhlas!!!
Malas nak cakap banyak!!!  Porrrraaahhhhh!!!!!




Rabu, 7 September 2011

Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat

Posted by Emmymazli at 11:33 PG 0 comments




Salam semua....

Today aku terbuka blog JEJAKA TERHANGAT ni... dia nak bagi traffik percuma kat blog-blog kengkawan yang mahu naikkan trafik blog memasing... Tapi 20 blog terpilih jer laa. 

Aku pun takmo ketinggalan jugak.... almaklumlaa... aku ni bukannya glemer pun... blog aku ni cuma blog picisan.  Mana la taukan... dengan bro JEJAKA TERHANGAT ni mampu menaikkan rating blog mak... belum cuba belum tau.

Kepada kengkawan yang rasa blog korang blog picisan macam aku... jom kita cuba yer.  Mana tau rezeki aku dan korang.... Cer korang dapatkan info kat blog JEJAKA TERHANGAT ni.

Selamat mencuba!!!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...