Isnin, 19 Oktober 2015

Anak Buah Baru

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:59 PTG
Reactions: 
Salam semua....

Harini nak kongsi keseronokan aku dan keluarga aku yang menerima ahli keluarga baru.  Adik bongsu aku si Boy yang nikah pada Febuari lepas telah pon isterinya Adda melahirkan baby boy.   Heeee.... mana tak seronoknya.... dalam 5 cucu Nek Idah & Tok Mat sebelum ni... hanya sorang jer cucu lelaki si dak Kimie.  Yang lain semua perempuan.... Rezeki cucu yang keenam ni pula baru dapat cucu lelaki lagi... semua tumpang happy la... 
Nama baby baru tu... Muhammad Daiyan Rafiq bin Mohd Nazirul Asyraf... Nama manja Daiyan... Lahir pada Awal Muharram lepas 14 Oktober 2015 dengan berat 2.6 kg di Hospital Besar Melaka.
Adda melahirkan baby tak cukup bulan... usia kandungan dalam 7 bulan lebih.  Nasib baik baby sihat.  Alhamdulillah... Tapi ada berita sedih skit aku nak bagi tau... sebab tu lambat aku post entry ni.  Anak buah aku ni kakinya mengalami Clubfoot.  Boleh rujuk pada gambar yang aku share di bawah.  Aku tak naklah share gambar kaki anak buah aku nih... Tentu Boy and Adda lagi sedih.  Sekarang diorang sedang tertekan... tapi aku sekeluarga takkan putus mendoakan dan beri rangsangan supaya adik-adik aku ni sabar dan tabah mengharungi dugaan yang Allah bagi.  



Bayi clubfoot ni yang aku diberitahu oleh kawan-kawan yang pernah mengalami situasi anak yang sama... so far semuanya kaki menjadi normal semula selepas bayi  berumur 4 bulan hingga setahun bergantung kepada rawatan yang pihak hospital bantu.  Bukan apa... tulang bayi masih lagi lembut dan mudah dibentuk.  Tapi kenalah ikut saranan yang doktor berikan.  Insyaallah... aku percaya anak buah aku ni akan normal kakinya nanti.  Silap-silap jadi football player negara... mana kita tau kan.

So kengkawan yang baca entry aku ni... please doakan anak buah aku ni... Dalam gembira dengan kehadiran Daiyan... kami juga sedih kerana kerana dengar berita ni... Moga Boy dan Adda tabah dan cekal dihari mendatang demi anak yang tersayang.

Love u Baby Daiyan Maklong cayang!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...