Adehhh.... seriously... aku betul-betul perlukan rehat dan cuti. Maksud aku cuti ni... bukan cuti duduk rumah yer... aku nak cuti berjalan luar dari kepompong aku seharian di sini. Since aku berpindah bulan 12 haritu... Aku tak kemana-mana walaupun sebelum ini ada cuti panjang yang boleh aku meronda seperti time Cuti Sekolah, Cuti Raya Cina haritu dan juga cuti pada awal Februari baru-baru ni. Huhuhu!!! Rasa macam dah pack sangat dah otak ni bila tak kemana-mana.
Anyway thanks to adik aku si Syila yang plankan percutian ke Pulau Tioman bulan Mac ni bersama-sama dengan keluarga dari Melaka. Rasa tak sabar pulak!!! So, for this vacation.... punyalah excited aku menyiapkan persiapan untuk ke sana. Aku siap beli baju swimming baru untuk aku dan hubby aku.... almaklumlee... orang nak snorkling la katakan.... so excited terlebih!!! Heheheheh. Baju swimming aku yang lama tu ada tapi disebabkan lemak dan daging pada body aku ni bertambah... maka dengan itu pempaham sendirilah... hahahahahha!!! One more thing... tak lupa juga aku beli camera lomo yang boleh masuk underwater ni. Tak sabar nak ambil gambar masa snorkling. Aku beli camera murah-murah jer melalui Mudah.my dengan harga RM29 satu!!!! Kang pakai camera digital walaupun berseal dengan plastik mau meroyan pulak kalau camera masuk air. Heheheheh!! Kali ini aku tak mahu lepaskan peluang ambil gambar di dasar laut. Seronok wei!!! Takmo jadi macam kes dekat Pulau Perhentian dulu. Rasa frust tak dapat ambil gambar semasa di dasar laut.
Aku dimaklumkan yang percutian ke Pulau Tioman ni kami semua akan menginap di Island Reef Resort. Korang bleh tengok gambar tempat ni kat SINI kalau nak tau. Mana tau korang nak plan ke sini pulak lepas baca entry aku nih. Heheheheh
Oklah..... Kita tunggulah story aku nanti lepas balik bercuti. Yeay!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!