Ahad, 9 Januari 2011

Sok Sek.. Sok Sek... Anugerah Juara Lagu 25!!

Posted by Emmymazli at 6:46 PTG
Aku ni dari tadi dah terpacak kat depan tv tu untuk menunggu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 25... padahal dah tau dah AJL25 tu akan start pukul 9... mana la tau ada apa2 info yg akan disiarkan before siaran langsung nnt.. hehhehe.. kemaruk tul... padahal aku tak la follow sgt juara lagu sblm ni... tp yg wat aku nak tgk sgt tu sbb mostly lagu yg tersenarai dalam AJL25 ni mmg antara favourite list aku.. hehhehehe


Sedikit info.. Senarai Finalis AJL25 pun sudah kita ketahui.. Sebanyak 14 buah lagu dipilih dan layak pada tahun ni. Last year AJL24, Aizat berjaya merangkul Juara Lagu dengan lagunya Kau Pergi.  Agak2 la... saper la juara tahun ni ekk... dari tadi aku dok pk siapa la menang.... ?????!!!! Kalu boleh biarlah lagu Faizal Tahir, Shahir or Adira yg menang... hehehehe.. poyo jerkan...


Kalu korang perasan... Finalis AJL25 banyak bintang muda yang layak ke AJL25 adalah bintang yang lahir dari program realiti iaitu Tomok, Black, dan Faizal Tahir dari OIAM.. Shahir, Adira, Stacy dan Hafiz dari Akademi Fantasia. Artis indie lain seperti Yuna yang baru sahaja memenangi anugerah Ultimate Shout! Award 2010 dan juga Ana Raffali.  Bagus jugak ada program realiti ni bila bakat2 yang digilap mampu menaikkan persada seni tanahair...

One more thing... yg buat aku tak sabar nak tgk AJL25 ni sbb nak tgk pengacara dia... si Cheryl Samad dan 2 pengacara sengal si Faizal Ismail tu ngan Ally Iskandar buat loghat dia kat AJL25 tu nnt.... mesti best!!


Berikut adalah senarai finalis AJL25... sumernye hebat2 belaka!! Yang aku highlight tu yg aku target maybe leh menang... huhuhuh... mana la tau kan.... but i like them all!!!

Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Aku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Cinta Sempurna – Yuna
Pelita – Loque/Loque/A.P.I
Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
Ekstravaganza – Sam/Bunkface
Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

So guys... watch out malam ni pukul 9.... tak sabau dah!!! ^_^

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...